• Senarai Pendek The ERA Award
8 stories
Split Love by farid5attar
farid5attar
  • WpView
    Reads 4,011
  • WpVote
    Votes 567
  • WpPart
    Parts 56
Sambungan dari novel Kelas DSB Setelah apa yang berlaku 11 tahun yang lalu, hidup Alif Najmi berubah 360 darjah sebaik mendapat tahu dia memilik lima personaliti yang berbeza. Alif, seorang insan sadis yang tiada haluan. Farid, seorang penulis sinis. Musang atau MC Fox, seorang penyanyi rap psiko. Hoshiko, seorang otaku tsundere. Najmi, seorang insan yang mulia. Selepas kematian cinta pertamanya, Alif Najmi terpaksa selesaikan kes kematian Siti Sarah biarpun menghidap simptom MPD, Multiple Personality Disorder atau dikenali sebagai split personality. Pada masa yang sama, dia perlu siapkan novel thriller untuk satu pertandingan menulis novel yang dianjurkan syarikatnya. Dalam sedang asyik menyiasat, muncul pula insan lain yang mencintai Alif Najmi. Paling menghairankan setiap insan yang mencintai Alif Najmi pasti ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Segala siasatannya diambil dan dijadikan inspirasi novelnya. Siapakah pembunuh bersiri yang membunuh wanita-wanita yang mencintai Alif Najmi? Apakah motif pembunuhan yang melibatkan penggunaan sudu perak? Siapakah psikopat yang teramat mencintai Alif Najmi itu? Ayuh selesaikan kes cinta maut yang penuh misteri dalam novel SPLIT LOVE. "Mengikut apa yang saya nampak, awak ada lima personaliti." - Siti Sarah "Bagi saya, awak ni taklah pelik sangat." - Isma Fatieha "Sebab... benda ni libatkan nyawa dia." - Inspektor Insyirah "Depan mata Liyana tadi... ada orang... bunuh Nisa... dengan sudu.." - Nurliyana "Kau boleh nampak tubuh dia,... tapi kau tak boleh nampak jejak dia. Itulah hantu." - Aya
STaRRY FeSTiVaL KeLaBWP [✔] by HalimaAbdulMuis
HalimaAbdulMuis
  • WpView
    Reads 583
  • WpVote
    Votes 147
  • WpPart
    Parts 11
Aksara yang disusun mengikut nada baitnya bergenrekan dedaunan muda sang imaginasi. Tautan pemikiran seiringnya nada si pengadil. Dunia oren ini menjadi saksi akan hamparan nan lengkap si penyambung tradisi dalam mendalami ilmu. Dihias indah bunga-bungaan bak mekarnya si melati dan juga mawar. Kekura cuma nak bagitahu... di sini terhimpunnya tinta pena yang mencabar kekreatifan diri sendiri berdasarkan arahan yang diberi. Semoga bermaanfaatlah hendaknya. 📝 Misi Pikat Dia! (Romantik) 📝Mesej (Seram) 📝Usikan Manja (Teen Fiction) 📝Urusan Sulit (Aksi) 📝The Unknown (Thriller) 📝Aku Hanya Seorang Wanita (Chick-lit) 📝Bulan Mengambang (Werewolf) 📝Disneyland (Versi Dua) 📝Virus (Distopia dan Apokalips) 📝Peta Misteri (Adventure) Turut serta : 03 September 2019 Cerita lengkap : 27 September 2019 #StarryFestivalKelabWP
Dunia Rerama by mieamie_
mieamie_
  • WpView
    Reads 847
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 21
Segalanya di sini.
Our Whispers (Completed) by flizwn
flizwn
  • WpView
    Reads 1,991
  • WpVote
    Votes 236
  • WpPart
    Parts 11
Short story : Max dan Deanne melarikan diri dari kenyataan hidup selepas bertemu di 'alam' mereka, The Best. Pertemuan demi pertemuan mengeratkan hubungan mereka hingga tanpa sedar ianya mengikis semangat mereka dari meneruskan kehidupan sebenar. Mereka memutuskan untuk meninggalkan dunia realiti. "Dunia kau bukan di sini, Sei." - Max "Kita takkan kembali lagi ke sana." - Deanne ____________________________________ PEMENANG BEST FANTASY ERA AWARD - JAN 2020 ____________________________________ TEMPAT PERTAMA QUEEN OF ROMANCE PROBOOK AWARD - FEB 2020 ____________________________________ THE BEST FANFICTION THE FOU (CRAZY) ECRIRE AWARD - AUG 2020
LUNA CRYSTAL by Fiixorra
Fiixorra
  • WpView
    Reads 3,695
  • WpVote
    Votes 350
  • WpPart
    Parts 21
-ERA Best Fantasy The ERA Award- "Kill him if you wanna stay alive." Bermulanya kisah Luna Crystal, seekor duyung yang telah disihir menjadi seorang manusia dan harus mencari cinta sejati. Sepanjang menjalani kehidupan sebagai manusia, Luna bertemu dengan Ben atau lebih dikenali Benjamin Louis. Ben merupakan vampire yang mempunyai sebuah kedai bakeri dan juga Guesthouse. Ariel pula adalah duyung berambut merah yang sudah hidup sebagai manusia 20 tahun yang lalu, mempunyai kuasa untuk melihat masa hadapan. Dari apa yang dilihat Ariel, Ben merupakan cinta sejati Luna. Luna cuba mendekati Ben. Tetapi, Ben meminta Luna untuk menjauhkan diri daripadanya atau dia akan mati. Luna akan mati seandainya dia meniduri Ben. Roh Luna akan diganti dengan roh Georgina yang merupakan bekas kekasih Ben yang mati 275 tahun yang lalu. Ini bermaksud, Georgina akan hidup semula dengan menggunakan jasad Luna. Dapatkah Luna dan Benjamin menghentikan sumpahan itu? Bagaimanakah sumpahan itu boleh terjadi? Apakah kesudahan di antara Luna dan Benjamin? ... This is my first ever Fantasy Romance/Vampire book. Start: 4th July 2019 Status: Slow Update Makluman! Terdapat penggunaan kata-kata kesat di dalam karya ini. #HarshWordsDetected
ANNYEL[Complete](Dah TERBIT 2021)✓ by aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Reads 5,579
  • WpVote
    Votes 655
  • WpPart
    Parts 22
Buku ini telah di delete bab 4-akhir utk jdkan ver cetakan. FANTASY HORROR+ROMANCE+ACTION STORY. winnertwotheEraAward(the Relaxful award+The best fantasy award) ANNYEL mengisahkan sebuah perjanjian mistik. Perjanjian secara rahsia bertahun lamanya dan kembali untuk menuntut janji. Apakah sesuatu yang kembali untuk menuntut janji itu? Manusia? Atau sebaliknya? Lisa, seorang gadis yang malang. Yang sering mengalami mimpi-mimpi aneh sejak kecil lagi. Dan saban malam, dia mendengar suara pensyair gemersik seseorang bersama alunan indah serunai malam yang sungguh merdu untuk didengari. Gangguan itu yang membuatkan hidupnya jadi tak tentu arah. Apakah ia? Apa yang mengganggu tidurnya saban malam? Apabila dikhabarkan kepada ahli keluarganya apa yang dialaminya saban malam, mereka sama sekali tidak mempercayainya. Dan hanya menganggap dia berhalusinasi kerana dia tidak suka bergaul dengan orang disekeliling. Apatah lagi teman sekolej dengannya. Jadi, apakah kesudahannya apabila tiba-tiba seseorang yang sering mengganggu tidur malamnya benar-benar memunculkan diri di hadapannya? Dan seseorang itu mahu membawa Lisa terbang bersamanya masuk ke dalam dunianya. Apa akan terjadi? Akankah Lisa setuju untuk mengikutinya? Dan siapakah si pemain serunai malam yang sungguh merdu dan miliki suara gemersik itu? Zain Khairin a.k.a Kai, rakan Lisa sejak zaman kanak-kanak cuba membantu Lisa bersama Jannah a.k.a Jennie, adik Lisa dan juga Baekhyun lelaki beragama Buddha juga rakan satu kolej dengan Lisa dan Zain, mereka cuba membongkarkan misteri yang mengganggu Lisa selama ini. Berjaya mereka membongkarinya? Dalam ANNYEL bakal merungkai segalanya. #coverbyLucyanaAszwanee #5th karya #startwriting n pub_20hb/oct/2019 Complete 20november #AuroraAward #AuroraAward2020 #ExanderAward #ExanderAward2020 #theMoonAward2020 #specialAward2020 #JuneAward2020
Dia Hero Aku  by mieamie_
mieamie_
  • WpView
    Reads 30,665
  • WpVote
    Votes 1,449
  • WpPart
    Parts 42
Cover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi. Menjalankan tugas menjadi tanggungjawab utama. Setiap hari, dia akan melihat Aaira Khayla yang akan lewat hadir ke sekolah. Lama kelamaan, hatinya mula terusik. Karl Adrian, kepala budak nakal di sekolah. Abang Long kawasan yang sangat popular dengan sifat nakalnya. Membuli, mengusik sehingga cikgu juga dilawannya. Namun pertemuan dengan Aaira Khayla yang berhati batu mencabar perasaannya. Dalam perjalanan ini, ada Layla Tasnim yang tidak pernah bahagia melihat kebahagiaan Aaira Khayla. Kerana itu juga, Aaira Khayla serik untuk merasa bahagia. Bagaimana pengakhiran mereka, ikuti Dia Hero Aku hingga ke akhirnya.
Puisi Kita ✓ by _Aisywa
_Aisywa
  • WpView
    Reads 11,053
  • WpVote
    Votes 705
  • WpPart
    Parts 33
1ST POETRY BY _AISYWA [ C O M P L E T E D ] Di sini tempat aku bermadah, meluahkan bait-bait puisi tentang kita. 08-07-18, Rank #22 in Poetry ©Aisywa, 2018 #1