farid5attar
- Reads 973
- Votes 197
- Parts 26
Sambungan dari novel HIPSTERIA...
Kali ini, Ami akan berangkat pulang ke tempat kelahirannya setelah berjaya menumpaskan sindiket ahli kongsi gelap di Kuala Lumpur. Dia bakal menempuhi cabaran di Shah Alam bersama Ayda Jebat untuk menyelesaikan kes pembunuhan ibu mereka dan membersihkan nama Ami dari senaraihitam. Dalam penyiasatan, Ami dilamun cinta dengan gadis 7Eleven, Safiyah Zulaikha (dari novel PENULIS MALAM). Caprice menuduh Ayda Jebat tentang penculikan temannya, Mimifly.
Caprice yang salah faham tentang kehilangan temannya itu, mula berganding bahu dengan Ami dan Ayda Jebat sebaik Shah Alam menjadi kucar-kacir. Mereka menubuhkan satu pasukan yang dipanggil, UK atau namanya, Unit Keamanan. Mereka menempuh pelbagai musuh yang lebih ganas dan kejam sekitar Shah Alam sampailah bertemu dengan dalang segala kekacauan itu. Namun, dalam diam, Ami mendapat tahu tentang sejarah silamnya. Satu demi satu rahsia sejarahnya dibongkar sendiri.
Benarkah Ayda Jebat kakak kepada Ami? Adakah AC Mizal yang pernah dilanggar tren satu ketika dahulu, muncul sebagai raksasa semula? Siapakah dalang di sebalik kekacauan bandar Shah Alam itu? Berjayakah Ami membersihkan namanya dari senaraihitam? Ikuti kisah selanjutnya di buku ini, HIPSTERIA 2. Bang! Bang!
"Sekarang ni, akak nak kau masuk polis macam akak ni!"-Ayda Jebat
"AKU TAK BUNUH MAMA KAU TU!!!"-Caprice
"Haa... Aku tak tahu langsung pasal mama kau orang ke bonda kau orang ke... Aku nak bagitau awal-awal. Kau orang sepatutnya jangan cari aku! Tapi, cari orang yang upah aku!"-Syamsul Yusof
"Musuh takkan berhenti, selagi lawannya masih berdiri."-Ami a.k.a. Arif Hakimi
#jangankecamsaya...lagi