We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
mwrlyana's Reading List
3 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 341,194
  • WpVote
    Votes 19,803
  • WpPart
    Parts 46
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
HELLO QASWAR by stroberisenkrim
stroberisenkrim
  • WpView
    Reads 3,142,969
  • WpVote
    Votes 121,517
  • WpPart
    Parts 63
MERAH MERONA I Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui lebih daripada itu. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat. Jadi benarlah kata orang kalau sudah rezeki memang tak akan kemana, kan? Tuhan itu maha baik, dipertemukan pula dengan jodoh tanpa sengaja. Apa lagi, chaiyo! Chaiyo! Kita dekati lah! Semangat membara dan hati yang semakin gatal, si manis Miss Strawberry tidak ragu-ragu untuk mengejar. "Hello, I'm back! Mustahil awak lupa saya, by the way saya Nurynmarissa. Exchange number boleh tak? Nama awak apa, ya? Al ... Al apa?" "Pardon?" Dia dingin. "I don't even know who you are." Dia juga sombong. And nevermind, because this is exactly what I love! I love chasing. Marissa memang tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun lelaki itu sombong dan selalu mengendahkan kewujudannya, dia yakin lelaki itulah jodohnya. Dan kebiasaannya, setiap kali cuba mengambil hati lelaki itu, dia tak lupa untuk melemparkan wink mautnya. One wink, and she can make him lose his cool. Hari-hari seorang jejaka bernama Al Qaswar hanya berfokuskan untuk menyelesaikan misi-misi dari perkerjaannya. Tapi semua itu mendadak berubah selepas kemunculan Nurynmarissa dalam hidupnya. Dari tujuan mencari maklumat, berubah kepada misi melarikan diri dari berhadapan dengan Marissa yang tergilakan dia. "Playful, flirty, unpredictable behavior, Marissa itu perempuan gila." Semakin menjauh, semakin terikat. Itulah istilah kisah mereka setelah kehadiran Marissa dalam hidupnya diketahui oleh orang terdekatnya. Credit cover: Pinterest, to the rightful owner.
Ex-Wife Revenge [completed] by crlnepna
crlnepna
  • WpView
    Reads 800,719
  • WpVote
    Votes 18,564
  • WpPart
    Parts 53
Dihalau oleh suami sendiri bukan perkara yang mudah untuk Aurora. Lebih lebih dalam keadaan yang sarat mengandung. Puncanya? Puncanya disebabkan tuduhan yang tak berasas di lemparkan oleh kawan baik Aurora sendiri. Lebih malang lagi, anak yang dikandungkan oleh Aurora meninggal. Nasib Aurora dikira baik apabila Xavier datang untuk membantunya. Apabila Aurora ingin kembali ke rumahnya, kejutan diberikan apabila dia melihat Colline sekeluarga sedang mengadakan upacara pengembumiannya. Daripada itu, Aurora memegang satu dendam. Dendam untuk menghancurkan kehidupan Colline suaminya, dan Suzanne kawan baiknya dengan bantuan Xavier. Mampukah Aurora membalas dendam? Mampukah dia menjatuhkan Suzanne? Satu dendam yang mampu membongkar keseluruhan rahsia. Rahsia apa? P/s: cerita ini mengandungi konflik yang bermacam macam kay.