We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
NurkhairinaMohdKassi's Reading List
87 stories
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 342,092
  • WpVote
    Votes 28,212
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 864,297
  • WpVote
    Votes 62,254
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Beautiful Broken Rules  ✓ by qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Reads 2,032,850
  • WpVote
    Votes 102,356
  • WpPart
    Parts 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa
Putera Pemilik Hati by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 1,576,176
  • WpVote
    Votes 46,726
  • WpPart
    Parts 85
Buku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon maaf tau 🙏🏻 Sinopsis- Keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka. Atisha Humaira,seorang doktor pelatih rupanya telah mencuri sekeping hati milik Putera Mahkota Tengku Noah Mikael setelah sekian lama. Sejak mereka di bangku sekolah. Dan apabila mereka bertemu sekali lagi, sang Putera tidak mahu melepaskan si pencuri hati itu buat kali kedua. Dia bertindak di luar jangkaan mengahwini Atisha tanpa pengetahuan sesiapa, dan mengawal kehidupan gadis itu, tidak mahu Atisha hilang dari sisi lagi. Akibat tidak tahan akan kongkongan suami, Atisha bertindak melarikan diri tanpa menyedari dirinya juga mempunyai rasa yang sama. Dengan rahsia antara mereka,konflik serta penolakan pihak istana, Atisha tidak mahu lagi kembali ke sisi suaminya. Namun sang Putera telah berjanji.. tiada siapa yang akan dapat merampas cinta hatinya itu walau dia terpaksa kehilangan takhta. ------------- "Atisha..Atisha.. Berani kau lari lagi kali ini dari aku.. Kenapa kau lari sayang..kau kan tahu aku akan kejar kau sampai aku jumpa kau semula.. But this is the game you want right? You already push the button first. So alright sweetheart, we will play together. Lari lah Atisha..lari lah sayang.. Kerana jika aku berjumpa kau lagi, kau pasti akan dihukum dengan hukuman paling berat yang aku akan bagi.. I love chasing..especially when its you, cutie. Till we meet again my wife." - Tengku Noah Mikael- " Selamanya kau milik aku, Permaisuriku Atisha Humaira." Start- 17/2/2023 End-30/4/2023
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,713,487
  • WpVote
    Votes 133,843
  • WpPart
    Parts 79
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 1,025,181
  • WpVote
    Votes 43,389
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C) by Nisak2911
Nisak2911
  • WpView
    Reads 1,743,779
  • WpVote
    Votes 31,435
  • WpPart
    Parts 60
Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila sering diabaikan. Sepanjang 18 tahun Laila hanya memendam rasa. Sehinggalah suatu hari, orang kaya kampung menghantar rombongan meminang Tiara. Siapa yang berani menolak tuah? Kerana terlalu sayangkan Tiara, kedua orang tua mereka bersepakat untuk menggantikan Tiara dengan Laila. Akhirnya Laila terpaksa menikahi atuk tua yang sudah berumur 52 tahun.
TAKDIR KITA(C) by DYANIEZ
DYANIEZ
  • WpView
    Reads 120,636
  • WpVote
    Votes 2,084
  • WpPart
    Parts 52
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..perasaan benci muncul dibenak hati Bella setelah berkahwin dengan Hakim iskandar. Beberapa bulan dalam perkahwinan Bella mula membuka hati kepada suaminya sendiri yang tulus mencintai dirinya..namun dikala dia ingin meluahkan hasratnya untuk menerima Hakim..Hakim pula pergi membawa diri jauh ke luar negara.. Empat tahun..masa dan jarak memisahkan mereka rindu mula muncul.Bella kembali bertemu dengan Hakim setelah pulang dari luar negara.. Siapakah dihati bella inara?cinta pertama dan cinta kedua yang mana akan menjadi cinta terakhir buat bella? You're my destiny i can't leave you,you're my earth the centre of my day,you're my destiny the gravity that pulls me. Start-27/May/2019 Finish-16/Dec/2019 -Bukan penulis yang bagus-
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,488,097
  • WpVote
    Votes 80,217
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,662,561
  • WpVote
    Votes 259,340
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.