FIXI
10 stories
(preview) TENGGEK - sebuah novel Anas Mohd by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 165
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 1
Raksasa berkepala 10, makhluk setinggi pokok kelapa kencing berasid, jin hodoh bernama Buriwan - semua Rostam pernah hadap, atau sekurang-kurangnya membaca tentang mereka. Selaku seorang penyeludup makhluk aneh merangkap Along tak berlesen, dia juga mempunyai kelebihan bercakap dengan haiwan. Bachik pula penganggur yang punya nenek seorang bomoh. Suatu hari, neneknya meninggal dan dia harus pulang ke kampung. Masalahnya dia takut untuk bermalam di rumah nenek kerana dua perkara: bunyi lembu melenguh, dan bayangan pokok pisang meliuk di tingkap. Rentetan kejayaan menumbangkan scammer di kedai Ali Cendol, Rostam setuju untuk menemani Bachik pulang ke Ayer Tebing berserta ganjaran. Malangnya wasiat yang dijanjikan meragukan. Kematian Nenek Maemon mencurigakan. Kerisauan Bachik paling besar - saka tak bertuan. Ganjaran yang dijanjikan juga tipu belaka, lalu membawa kepada sengketa, misteri dan penampakan makhluk-makhluk aneh yang mendorong deria detektif Rostam untuk membongkarkan segalanya
(preview) EBLYS - sebuah novel Fatinilam Sari Ahmad by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 395
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 1
Apalah yang ada pada Mim? Rupa biasa-biasa, kerja buruh binaan di siang hari, dan pembantu restoran pada sebelah malamnya. Bukannya kacak bergaya dan berkerjaya seperti jirannya, Zack. Lebih perit lagi, cinta yang dipendam selama ini sekadar bertepuk sebelah tangan. Dia sudah nekad, dia jemu dengan hidup yang tak sudah-sudah dirundung malang. Pada malam tahun baru ini, dia berdiri di tepi belebas atas bumbung bangunan apartmennya, bersedia untuk mengakhiri semuanya. Langkahnya terhenti saat dia disapa seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Eblys. Siapa lelaki bermata warna emas itu sebenarnya?
(preview) KAMPUNG - sebuah novel Irvan Affan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 6,098
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 1
Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain. Bukan nak memburukkan tapi menyedarkan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Hakikat yang sesetengah rakyat marhaen tak sedar. Susah payah kehidupan. Cerita ini menggambarkan semua. Aku sebagai ‘ketua Kampung Pura Baik’ menjadi pemerhati dan membentangkan pada masyarakat tentang kisah kampung yang bersepah di luar sana tapi ada yang tak tau. Ada kisah baik, tapi peritnya banyak. Apa yang dilihat di TV belum tentu realiti. *** Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai buku. Versi ebook boleh dibeli di Google Playstore, eSentral & Kaki Buku.
(preview) DELIRIUM - sebuah novel Sahidzan Salleh by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,656
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai. Sinopsis: Pemenang pertandingan novel Sabah anjuran Fixi. Seketul kepala manusia ditemui di sebuah shopping mall di Sandakan. Seorang lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu disoal-siasat di sebuah bilik kurungan. Setiap bab soal-siasat diselang-seli dengan kisah lelaki itu di dalam menghuraikan apa yang sebenarnya telah terjadi sehinggalah dia ditahan di dalam bilik kurungan tersebut. Dia bercerita tentang Stella. Stella pernah diculik dan dirogol sewaktu dia kecil. Kejadian itu mendatangkan kesan yang mendalam pada mentalnya sehinggalah bila dia dewasa, dia mula memburu lelaki-lelaki yang telah menghancurkan hidupnya dahulu. Apakah kaitan antara Stella, lelaki dalam tahanan dan kepala manusia yang ditemui itu?
(preview) ENAK - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 4,790
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai. Sinopsis: Ratu percaya dirinya gemuk. Ratu percaya dirinya bodoh. Jadi dia tidak percaya dirinya akan menemui cinta; itu semua kan dongeng! Namun dia terkejut. Cinta datang dalam bentuk Hans, pemuda kacak persis artis Korea. Tetapi takdir Ratu bernikah dengan Inugraha, lelaki yang disangka tukang ojek. Hans memperlakukan dia seperti ATM bergerak. Inugraha melayaninya dengan sabar walaupun Ratu tidak pernah menganggapnya seorang suami. Ratu kini di persimpangan. Tapi dia harap semuanya akan baik-baik saja: dia kan seorang gadis Jakarta yang cekal!
Dihantu by mikaelsahaja
mikaelsahaja
  • WpView
    Reads 138,174
  • WpVote
    Votes 5,388
  • WpPart
    Parts 31
Lahir-lahir sebagai hantu, tidak memberikan jalan mudah kepada seekor pontianak untuk menjadi seekor hantu yang paling ditakuti. Dengan rekod kegagalan menakutkan orang mencecah angka 100, beliau menggelarkan dirinya sendiri sebagai hantu yang paling gagal di Kampung Tanjung. Satu malam, ayahnya mengamuk.
(preview) HERO - sebuah novel Zakri Rahman by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 517
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 1
Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya. Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya. Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, dia berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?
(preview) BERANG - sebuah novel Nazrul Kama by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 661
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 1
Nora berumur 29 tahun, telah diberi notis pemberhentian kerja sebulan lalu. Hingga kini, dia belum mendapat kerja baru. Dua minggu lepas, dia dan kekasihnya Faizal putus hubungan apabila dia mendapat tahu lelaki itu curang. Empat bulan sebelumnya, dia telah menggugurkan kandungan hasil perhubungan mereka. Ini adalah peristiwa yang terjadi pada dirinya pada hari kedua terakhir bekerja - bermula dari 6 pagi hingga 6 petang.
(Preview) MEREKA - sebuah novel Ariff Adly by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 15,751
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Akan masuk kedai-kedai biasa pada September 2015.
(preview) TOPENG - sebuah novel Bali Balim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 955
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 1
Apa rasanya memakai topeng di hadapan manusia? Tersenyum masa marah, ketawa masa hati kelam. Aku dibuang sejak bayi dan hidup meringkuk dalam memori demi memori yang memberi kesan mendalam pada jiwaku, wajahku, kerana topengku kini berlapis-lapis. Aku hanya mahu satu, mak aku. Dan Bomoh Kisman perkenankannya dengan satu syarat: untuk aku tinggal di sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik rahsia, yang melambangkan topeng-topeng paling berat aku pakai. Mampukah aku hadapi memori paling hodoh dalam lipatan sejarah hidupku? Berhadapan topeng-topeng muka yang memberi derita? Aku akan hadapi semua memori jijikku. Dan selamat datang dunia kegelapan topeng.