NorAzilah037's Reading List
4 stories
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | OG by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 84,546
  • WpVote
    Votes 6,701
  • WpPart
    Parts 76
Spin-Off Perfect Promise 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
Heart Moon ✔︎ by ssyahk
ssyahk
  • WpView
    Reads 113,492
  • WpVote
    Votes 3,167
  • WpPart
    Parts 51
"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu ditolak oleh Dayyan. Alasannya kerana mereka tidak setaraf. "Sebab...saya anak driver je. Cik Luna pula boss. Kita berbeza," Alasan drama pukul 7 diberinya. Pelbagai cara Dayyan cuba menolak Luna tetapi perempuan yang ingin mengahwininya itu adalah Luna Elaina. Seorang perempuan yang akan membuat apa sahaja untuk benda yang dia nak. Apa yang dia mahu, dia akan dapatkan. Tapi...terdapat kisah yang perit disebalik sikapnya itu. "Memang aku tak nangis. It's because i'm dead inside! Dan semua ni jadi disebabkan kau! Apa yang aku buat sampaikan kau buat aku macam ni! You never change. Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak terima aku. Mata kau ni...penuh dengan kebencian. Kebencian kau terhadap aku!" Apakah yang terjadi? Start : 16 . 11 . 2021 End : 16. 12 . 2022
C || TUAH AKALIL : THE BEGINNING by Hayatimwriter
Hayatimwriter
  • WpView
    Reads 27,214
  • WpVote
    Votes 721
  • WpPart
    Parts 88
KARYA KEDUA 🤍 Mengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuatkan dendamnya semakin kuat terhadap pembunuh-pembunuh bapaknya itu. Hidup didunia bagai seorang perantau. Banyak cabaran yang bakal ditempuhi untuk mengecapi kemenangan. Setiap manusia akan di uji dengan berbagai-bagai ujian, mahupun dari segi kesihatan, Harta kekayaan, pangkat dan Darjat, keluarga, Persahabatan, Hubungan dan....... CINTA. Tuah Akalil seorang lelaki yang sangat panjang akalnya, licik fikirannya, kemas langkahnya dan kuat semangatnya. Siapa sangka manusia yang dipandang rendah itu mampu mengalahkan kuasa-kuasa yang kuat. Tuah digelar SINGA! SINGA YANG NAMPAK DIAM TAPI BILA BERAKSI LAGAKNYA MENAKUTKAN. "You betrayed my Father!!!!"- ARSYAKAYLA LYCRA "Bapak kau bunuh bapak aku!!!!!"- TUAH AKALIL Tuah silap. Dia silap dalam mencintai perempuan bernama Arsyakayla. Kerana Cinta itu dirinya hampir musnah. Tapi dia juga tidak sanggup meninggalkan Wanita yang dicintai. "Cinta kau ialah satu penipuan." ARSYAKAYLA LYCRA "Aku tak pernah menipu dalam mencintai kau."- TUAH AKALIL Dendam Tuah membawa padah. Niatnya hanya mahu membalas dendam dan hidup dengan tenang. Tanpa sengaja dia sudahpun melangkah masuk ke dalam dunia gelap. Dunia yang penuh dengan kejahatan, pembunuh dan pengkhianatan. Tiada jalan keluar kecuali... MATI!!! "Janji dengan saya kita akan tinggalkan semua ini." ARASYAKAYLA LYCRA "Aku janji selagi aku masih hidup aku akan sentiasa lindungi kau." TUAH AKALIL.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 426,375
  • WpVote
    Votes 22,706
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.