izzahhJR's Reading List
30 stories
INGKAR CINTA by sk_novelis
sk_novelis
  • WpView
    Reads 1,177
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 8
Tajuk: Ingkar Cinta Penulis: Siti Khadijah (Novelis Siti Khadijah) Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-23-6 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Keluaran : Oktober 2017 ZAFRAN WAZIEN. Entah kenapa, setiap kali Wardah berada di sampingnya dia rasakan dirinya sempurna. Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu kerana rasa itu hadir setiap kali Wardah ada bersamanya. Tetapi Zafran tahu, lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan sekeping hati milik Wardah. "Kau tahu tak apa beza kau dengan laut?" - ZAFRAN WAZIEN. "Aku rasa banyak perbezaan." - WARDAH ZAHRA. "Betul. Memang banyak perbezaan. Laut menenangkan sesiapa saja yang memandang tapi kau, hanya beri ketenangan pada aku..." - ZAFRAN WAZIEN. Sehinggalah, kebenaran selama ini dipendam terbongkar. Wardah kehilangan kata-kata. Jiwanya terluka. Hatinya hancur berkeping-keping. Sahabat yang selama ini dianggap seperti saudaranya sendiri akhirnya mengkhianati dia. "Aku tak main-main, Ada. Kau banyak sedarkan aku tentang erti cinta. Kau yang banyak ubah aku menjadi orang yang lebih baik, aku tak bohong bila aku katakan yang aku memang jatuh cinta pada kau. Aku terperangkap dalam lakonan yang aku ciptakan sendiri..." - ZAFRAN WAZIEN. EMIR REHAN hadir menghulurkan cinta saat Wardah sedang kesedihan membuatkan Wardah pasrah. Kebaikan dan kelembutan serta ilmu agama yang tinggi yang dimiliki oleh Emir Rehan menambat hati Wardah dalam diam. Emir Rehan, Mr. Crushnya. Mana mungkin dia menolak cinta yang dihulur sedangkan itu yang ditunggu-tunggu selama ini. Namun, benarkah hatinya milik Emir Rehan dan bagaimana pula dengan cinta Zafran Wazien? "Hati ni adalah kaca yang sekali tergores maka susah nak hilangkan kesannya. Hati ni juga umpama batu yang sekali terukir namanya akan susah untuk memadamkannya..." - WARDAH ZAHRA.
BILA TERLAJAK SAYANG... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 25,409
  • WpVote
    Votes 682
  • WpPart
    Parts 14
Karya ke-6 Umie Nadzimah Bila Terlajak Sayang... Sequel Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR 2) Sinopsis Mereka digelar pasangan paling romantik, macam belangkas, tak berenggang. Yup...begitulah realitinya, rukun dan penuh kasih sayang rumahtangga dia orang. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang ”~ Tajul Razin. “Iyalah tu, tipu jaga!” Indah Halina selalu mengusik tetapi dalam hati penuh kepercayaan pada si suami. Adat manusia , bila bahagia ada-ada sahaja yang tidak puas hati, dendam sana sini... “Apa buruk , kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?”~ Indah Halina “Indah tak ada satupun kurang. Indah tetap bidadari abang”~ Tajul Razin Indah Halina keliru. Kata sayang separuh nyawa tetapi... Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan . Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin pertingkatkan tahap imannya, sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang. “Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi...Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sungguh-sungguh hati bro”~ Tajul Fahin masuk campur semula . Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilepaskan. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka pabila dengan tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora?
JUJURLAH NIKAHI AKU by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 62,737
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 16
Karya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan jaga dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan . Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. Zanif...Bos strawberri, lelaki bajet sempurna serba serbi. Memang la Nurin jatuh cinta sangat padanya. Namun bagaimana pula dia? “Err...Encik tahu rumah saya?” -Nurin “Ha...Itu tandanya apa?”- Zanif Ikhlaskah Si Strawberri ini menerima Nurin Asyifa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walau dicuba untuk jadi kuat dan tabah ...ada masa Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. Tiba-tiba muncul Si Qayyum , pemuda yang tidak dikenali, yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Ikhlas, dengan niat untuk jaga dan lindungi Si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. “Kena baca 30 juzuk al-Quran sebagai Mas kahwin...” Syarat Nurin . “Apa-apa saja saya sanggup”- Qayyum. Milik siapakah ‘Cinta Teakhir’ Nurin Asyifa? Si Alan yang terlalu menyayanginya? Atau Zanif yang akhirnya mengakui cintakana dia? Ataupun pada Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja? Temui jawapannya dalam JUJURLAH NIKAHI AKU...
USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 26,460
  • WpVote
    Votes 531
  • WpPart
    Parts 11
Novel Ke-2 Umie Nadzimah Usai... Aku Terima NikahNya Karyaseni Sinopsis Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikonkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumahtangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak dan menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka. Dalam masa yang sama, muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif , yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'Puterinya' tersenyum dan bahagia semula. Dia tidak putus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya , apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih. Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun , yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah... Abang Is ;" Kau bukan yang prtama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..." Khalif: " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku..." Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai...Aku Terima Nikahnya...
RINDU YANG TERLARANG ... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 26,803
  • WpVote
    Votes 664
  • WpPart
    Parts 11
Cinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . "Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura . Jangankan hendak berbesan , selisih jalanpun mereka tidak sudi . Masing -masing istiharkan permusuhan tujuh keturunan . "Kita tetap akan nikah Ain!" Putus Faith , masih yakin . "Tapi...macam mana ?" Ainnura buntu. Perkahwinan tanpa restu , bukan pilihan terbaik . Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia , tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam -diam . Yeah ... nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma . Bila rahsia terbongkar , Faith diberi kata dua , cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar ...perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji , namun harapan hanya tinggal harapan . Beberapa tahun berlalu , walaupun sangat berjaya dalam kerjaya , perasaan Faith tetap kosong dan beku . Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya ... "Orang rindu Ain sangat...."- Faith "Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura Bersatu semula , sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan , bukanlah satu rancangan yang bijak untuk cari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah , Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk raih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka ? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith ? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing -masing?
Bayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 12,476
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: Bayang Penulis: Novelis Siti Khadijah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-92-2 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mei 2019 DAPATKAN SEKARANG DI APLIKASI KARYASENI ATAU PM MAKCIK KARYASENI DI FACEBOOK DAN NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA FREE POSTAGE!
Hingga Akhir Nafasku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,520
  • WpVote
    Votes 198
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Hingga Akhir Nafasku Penulis: Hanah Rishas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2321-08-8 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2019
Be My Wife by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 13,695
  • WpVote
    Votes 188
  • WpPart
    Parts 5
HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI... Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah! Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus. "Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?" - HANNAH 'Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!'- ELMAN "Abang Elman yang masak?" - HANNAH "Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?"- ELMAN Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian. Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?
JANGAN GANGGU JODOHKU! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,823
  • WpVote
    Votes 568
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Jangan Ganggu Jodohku Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-71-7 Muka Surat : 480
Izinkan Aku Jadi Sayapmu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 64,754
  • WpVote
    Votes 836
  • WpPart
    Parts 15
Novel akan berada di pasaran Julai ini! Tajuk: Izinkan Aku Jadi Sayapmu Penulis: Lily Haslina Nasir Muka Surat : 784 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-92-0 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak)