goat
12 stories
DIANA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,625,106
  • WpVote
    Votes 67,557
  • WpPart
    Parts 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."
Mr Mama - [ɌIȺN] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 1,601,214
  • WpVote
    Votes 80,122
  • WpPart
    Parts 54
-"Adakalanya, tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat untuk berlindung"- ----- PENUH misteri dan perahsia. Itulah sifat asli yang ada dalam diri seorang Dhean Arriyan. Dia tegas. Dia dingin. Dia pemarah. Hidupnya hanyalah atas dasar nyawa. Namun tak disangka, kehadiran seorang bayi lelaki telah mengubah 180 darjah seluruh hidupnya! "Siapa sebenarnya kau ni budak?" - Dhean Arriyan "Babababa..." - Rizq Althaf Memang mustahil bagi seorang Rian untuk menjaga bayi lelaki yang entah dari mana asal usulnya. Tambahan lagi apabila dia memang kosong peratus ilmunya tentang penjagaan anak. Dia tak pernah berkahwin. Dia tak pernah rasa adanya keluarga. Namun begitu, bukanlah menjadi noktah untuk seorang Rian berputus asa. Lantaran bayi lelaki itu berjaya buatkan dia terjatuh sayang, Rian berkorban masa untuk berguru dengan ibunya tentang penjagaan bayi. "Comelnya Rizq. Bila sekali imbas nampak macam Rian junior", - Ayeen Hazreen Misteri tentang asal usul Rizq mendorong Rian untuk menyiasat. Tapi tak disangka telah membuka debaran dalam hati Rian. Sungguh, Rian sama sekali menyesal untuk menyiasat tentang asal usul bayi lelaki itu! "Kau tak faham, Raf. Aku hanya akan membahayakan orang yang aku sayang" - Dhean Arriyan "Percaya cakap aku, Rian. Perempuan boleh hidup tanpa kita. Tapi kita takkan boleh hidup tanpa perempuan" - Alfan Rafisqi Persoalannya, siapa bayi lelaki itu sebenarnya? Apa kaitannya dengan seorang Rian? ---- Start; 13/4/2020 End; 7/5/2020 ---- #1 in friendship #1 in mafia ⚠ Abusive language •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDA
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,701,856
  • WpVote
    Votes 165,129
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.
I Miss You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 2,569,617
  • WpVote
    Votes 97,878
  • WpPart
    Parts 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ Jayden pernah menjadi bayangan silam yang menghantui Sofea. Lelaki yang membuli, menghina, dan meninggalkannya dengan luka. Selepas lima tahun, mereka bertemu kembali dan ditakdirkan sebagai suami isteri kerana satu fitnah yang menjatuhkan maruah Sofea. Perkahwinan itu tidak dimulakan dengan cinta, namun Jayden diam-diam belajar menyayangi wanita yang pernah dia sakiti. Dia cuba membayar semua kesalahan masa silam, namun sayangnya... sejarah berulang. Satu lagi fitnah memisahkan mereka dan kali ini, Sofea yang pergi meninggalkan Jayden tanpa menoleh ke belakang. ❄ I Miss You ++ Bonus I Miss You 2 ~ Kisah cinta Amar Gadafi dan Yara © 2018
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Reads 1,073,319
  • WpVote
    Votes 36,582
  • WpPart
    Parts 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
NUR : Kau Cahayaku by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 580,484
  • WpVote
    Votes 21,027
  • WpPart
    Parts 74
"Bolehkah aku hidup dalam kegelapan ini seorang diri buat kali kedua ?" - Nur "Jika kau fikir hidup kau gelap, kau salah. Kerana bagi aku, kau adalah cahaya untuk aku. Dan aku tak akan biarkan cahaya aku meninggalkan aku." - Kyle "Aku serahkan Nur pada kau, lindungi dia seperti mana aku melindungi dia." - Mikael "Aku percaya ada bahagia untuk kau." -Arin ******** Disebalik kebahagiaan pasti ada kesedihan dan yang pasti kesedihan itu akan diganti dengan kegembiraan. ******** "Kau bahagia dulu ya puas-puas. Aku tak akan lepaskan kau lagi lepas ni!" - someone
Pengganti Paling Setia ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 448,705
  • WpVote
    Votes 19,167
  • WpPart
    Parts 49
Nina Fini | Karya Keempat Dr Khairul X Diana Eirina ~ Aku datang bersama luka, dia hadir menghadiahkan setia. ~ 1/6/2021 - 22/2/2022
NADINE SOFEA by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 626,542
  • WpVote
    Votes 29,542
  • WpPart
    Parts 50
COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang digelar persahabatan. Bagi Nadine, lebih baik jika hubungan persahabatannya bersama Harlem kekal sampai bila-bila daripada dia harus kehilangan Harlem disebabkan perasaannya yang hanya bertepuk sebelah tangan. Kerana Nadine tahu Harlem hanya menyayangi dia atas dasar seorang sahabat dan tidak akan pernah lebih daripada itu. Perasaan cinta semakin diuji tatkala lelaki yang dicintai dalam diam rupanya mencintai orang lain. Tetapi kebahagiaan Harlem adalah segala-galanya buat Nadine. Jadi Nadine mengalah dan berharap masa bakal menghapus perasaan itu agar dia dapat mengecapi kebahagiaan sendiri. Dan tatkala itu juga dendam Harlem terhadap Nadine memusnahkan segala-galanya.
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,316,683
  • WpVote
    Votes 122,742
  • WpPart
    Parts 77
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,095
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.