bmeraga18
Judul: Puja Delima
Penulis: Suzy La
Penerbit: Book Mesh Enterprise
Bil Mukasurat: 564
Sinopsis Belakang Buku:
Wirda yang kecewa akibat putus cinta telah membawa diri ke Bali untuk melancong seorang diri demi mengubat hati dan jiwanya yang lara. Tanpa disengajakan, sewaktu di pantai dia telah mengutip dan membawa pulang seutas gelang delima merah yang berpenunggu.
Si penunggu yang jatuh cinta pandang pertama memperkenalkan diri sebagai Dante. Pada mulanya Dante hanya sekadar hadir menunjukkan diri di dalam mimpi, akhirnya menjelmakan diri menjadi lelaki tampan yang menemani Wirda setiap malam.
Setelah bertahun-tahun berdamping bersama, dicintai dan dimanjakan oleh Dante akhirnya Wirda tersedar bahawa dirinya hidup dalam keadaan tidak normal dan mula mencari jalan keluar untuk melarikan diri dari cinta Dante yang tiada hala tuju.
Kehadiran Fahdi yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Wirda dari zaman universiti telah membuka matanya untuk berubah. Akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Namun sikap Fahdi yang cemburu buta menyebabkan Wirda kembali merindui perhatian yang diberi oleh Dante.
Setelah sekian lama memujuk dan mencuba, akhirnya Dante berjaya membawa Wirda ke alam astral dengan kerelaannya. Fahdi bersama Ustaz Jamal yang merupakan kenalan keluarganya cuba menjejaki Wirda yang di sembunyikan dan lupa kepada asal usulnya.
Kedatangan Wirda ke alam astral tidak di sukai oleh golongan jin pendengki yang diketuai oleh Ratu Inanna dan sekutunya yang melakukan pelbagai perkara untuk mengusir Wirda dari alam mereka.
Dapatkah Wirda mengatasi ancaman dari golongan jin pendengki? Berjayakah Wirda diselamatkan oleh Fahdi dan Ustaz Jamal kembali ke dunia manusia atau terus tenggelam dalam ombak cinta Dante yang tiada sempadan?
Pembelian novel sila hubungi: +60149193918