ainesyia's Reading List
2 stories
Hanya Ada Kita by atheaariz
atheaariz
  • WpView
    Reads 542,183
  • WpVote
    Votes 1,410
  • WpPart
    Parts 2
"Aku upah kau bukan untuk jadi PA semata-mata, Zareen. Aku nak kau siasat sesuatu dalam hotel ni." - Ahsan Zareen Abdullah hanya mahukan kerja yang tenang. Tapi saat dia menerima tawaran sebagai pembantu peribadi kepada Ahsan Hawari dia tidak tahu bahawa dia sedang melangkah ke dalam kegelapan. Malam di hotel itu menyembunyikan sesuatu-pekerja yang ketakutan, lorong-lorong yang hanya berfungsi selepas tengah malam, dan van yang datang tanpa jejak. "Saya tak nak terlibat dalam benda ni." - Zareen "Tapi dia ada di sini, Zareen. Kau nak lepaskan peluang macam ni?" - Ahsan Kelibat seseorang yang pernah hilang dari hidupnya muncul di antara bayang-bayang. Zareen sedar-ini bukan sekadar tugas. Ini adalah peluang untuk dia menebus kesilapan yang telah berlaku. "Aku tak peduli apa jadi lepas ni, tapi aku nak mereka semua keluar dari sini." - Ahsan "Saya pun." - Zareen Tetapi bila bahaya semakin menghampiri, satu keputusan drastik perlu dibuat. "Mulai sekarang, kau bukan sekadar PA aku, Zareen. Kau isteri aku." - Ahsan "Kahwin bukan penyelesaian." - Zareen "Mungkin bukan. Tapi itu satu-satunya cara aku boleh lindungi kau." "Sebab dalam permainan ni, Zareen... hanya ada kita." Antara rahsia dan kepercayaan-mampukah mereka keluar sebelum semuanya terlambat? Atau ikatan ini hanya akan membawa mereka lebih jauh ke dalam kegelapan?
Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT]  by CikSwan345
CikSwan345
  • WpView
    Reads 91,692
  • WpVote
    Votes 4,014
  • WpPart
    Parts 24
Beautiful Cover by @azleyanaa_ Karya Pertama✔️ #ExanderAdward #ExanderAdward2019 Dia bagaikan kaca terhempas ke batu setelah apa yang berlaku pada malam itu. Malam yang mengajarkan dia erti syukur. Erti dijaga tanpa dia sedari. Malam itu jugalah yang mengajar dia erti mengenal Tuhan. Ummi Humaira Az-Zahra... Maksud yang sedap didengari tetapi pada akhlaknya, tidak. Humaira Az-Zahra, gadis yang tidak menitikberatkan agama. Baginya, dunia hanya keseronokan dan kenikmatan. Sehinggalah malam yang tak diduga Humaira berlaku. Setiap hari, mutiara-mutiara jernih menemani. Sendunya menghiasi setiap malam. Esakan Humaira menjadi lagu melodi yang abadi. Terdetik di hatinya akan perasaan benci. Benci dengan diri sendiri yang sering terleka. Yang sering lalai akan penipuan duniawi. Dan juga terdetik di hati akan perasaan menyesal. Dari situ, awal-awal lagi hatinya sudah menetapkan kata-kata sebuah janji. Janji yang akan mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Setahun... Sememangnya sudah cukup untuk Humaira Az-Zahra mempelajari segalanya. Takdir Allah menentukan Humaira Az-Zahra dengan seseorang yang telah lama dia cintai. Takdir yang sangat indah. Yang