Bm books
2 histórias
Tundukkan Playboy Itu de karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Leituras 317,992
  • WpVote
    Votos 7,067
  • WpPart
    Capítulos 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
LILIN de ainulfarihah_
ainulfarihah_
  • WpView
    Leituras 3,768
  • WpVote
    Votos 36
  • WpPart
    Capítulos 13
LILIN mengisahkan tentang Zuhair yang mengalami kehilangan cebisan memori setelah mengalami satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan teruk pada dirinya. Pun begitu, dia tidak tahu bahagian manakah dalam ingatannya yang hilang. Lantas, dia mengembara ke bumi Kuantan atau lebih tepat, ke sekolah rendah lamanya untuk bertemu dengan guru-guru yang merupakan lilin membentuk dirinya yang dahulu (tidak lagi sama seperti sekarang). Zuhair kira dia tersilap langkah kerana kembali ke sana setelah beberapa tahun mengelak daripada cuba kembali ke sekolah rendahnya itu, yang akhirnya membuat sesuatu yang dia sudah lama cuba lupakan, kini kembali di ingatan. Perit.