Malay book
69 stories
DALAM SUJUD CINTAKU by sarahezra
sarahezra
  • WpView
    Reads 2,000
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 3
Mencari diri dalam kabut sejumlah harilalu bukan mudah buat Zafeya. Membina diri dalam kabut serelung cerita silam bukan juga mudah bagi Firman. Mereka bertemu dalam memberi makna pada rasa dan seharusnya mereka tunduk akur dalam meraih cintaNya.
TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintaku by sarahezra
sarahezra
  • WpView
    Reads 6,339
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 27
Sebuah kisah cinta mengusung rindu bertahun lama, terhimpun pada setiap sujud namun ia menjadi puing-puing yang berserakan saat fitnah dan dusta bagai kain nipis yang melangsiri antara dua jasad dan jiwa ingin bersatu. Halus dan licik. FIRMAN. Saat berkelana mempertemukannya dengan Fusaylah, Birgitta namun dia terkesan dengan kemunculan semula Zafeya. Kehadiran Zafeya bukan sesuatu yang kosong pada dirinya. Firman teruji rasa yang hebat, bila sang gadis bukan sahaja menolak cintanya, tetapi juga membuang cinta TUHAN! ZAFEYA. Saat citra muslimahnya dibadai ujian cinta manusiawi, dia merasakan tuhan amat kejam. Dia dilanda krisis kepercayaan, lelah dan terhanyut sehingga dia begitu tega mempersoalkan sifat Ar-rahman dan Ar-rahim tuhan. "...dan usahlah berkata bahawa tuhan itu tidak akan membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Demi tuhan, dia lebih mengetahui bahawa saya lemah dan bisa larut dalam derita berpanjangan begini, tapi kenapa dia masih memberi saya ujian ini? Bukankah ini bermakna dia zalim?"~Zafeya Ayat surah Al-Baqarah ayat 286 itu dipersoal membuatkan Firman beristighfar lebih panjang bersama nafas yang beralun kesal. Hatinya benar-benar runtun menghadapi kata-kata yang dilanda krisis kepercayaan. Zafeya sedang parah, tapi di sisinya, apa yang mampu dia lakukan? Adakah dia harus mengherdik gadis itu kerana penafiannya tentang kewujudan tuhan? Atau apakah dia perlu mendiam diri saja lalu melihat gadis itu terus hanyut dalam rasa putus asanya terhadap tuhan? Dalam menuntun kembali Zafeya agar seiring dalam meraih cinta tuhan, dia juga tersepit dengan cinta Najlah yang tidak pernah terhenti buatnya. Saat fitnah bersebaran, cinta kian berantakan dan mereka bergelut rasa ingin memiliki dan rela melepaskan. Mampukah mereka menyatu dalam rindu yang terhimpun? 500 Naskhah terhad. Dapatkan segera, sehingga 1 april 2019.
SEDETIK LARA by sarahezra
sarahezra
  • WpView
    Reads 2,354
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 10
Irdina Iman, dia terperangkap dalam cinta semalam yang mencipta kenangan terindah, lantas kenangan itulah yang terus memburu hari-harinya. Merasa masih berteman cinta Nashrul, dia terus terbuai sepi yang indah dan atas alasan itu dia tidak tega menerima cinta sesiapapun. Kembali ke daerah kenangan, dia sedar, tiada apa yang tertinggal untuknya sedang Nashrul kini meniti kebahagiaan bersama Yasmeen. Meski terkilan betapa liciknya Yasmeen merampas cinta Nashrul daripadanya, dia harus pasrah. Dia harus bangkit dari kecewa yang tidak bertepi lalu membina kebahagiaannya sendiri. Bertemu teman sepermainan, hati terpaut pesona dan dia mula meragui ikrar hati betapa Farieth itu hanya teman seperainan yang berkongsi keindahan zaman kanank-kanak. Farieth bersahaja, membukti cinta hanya dengan gurauan dan membuatkan Iman berhenti berharap. Namun saat Farieth benar-benar melafaz cinta, Iman tidak mampu menerima kerana saat itu jugalah hadirnya Sophia. Kehadiran Sophia meskipun bukan pintanya namun kerana gadis itulah dia menemui susur galur keturunannya yang memungkinkannya menjadi pewaris Tengku Mahyudin. Namun ia bukan alasan untuknya menafikan cinta buat Farieth hanya kerana Sophia adalah sepupunya. Dia berani merebut cinta! Dalam kekalutan mahu memaknakan cinta, Nashrul kembali, mahu mencantum sisa cinta yang bersisa. Saat hati memerlukan Farieth, lelaki itu juga pergi bersama limpahan prasangka. Yang singgah di lamannya hanya berita pertunangan Farieth dan Sophia. Iman_dia gadis yang belajar dari pengalaman. Kehilangan cinta Nashrul dulu tidak dipertahan dan hari ini dia harus mempertahan cinta Farieth hingga menjadi milik mutlaknya!
SAAT KAU TAKLUKI CINTA INI by sarahezra
sarahezra
  • WpView
    Reads 42,934
  • WpVote
    Votes 124
  • WpPart
    Parts 14
Blurp Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan pulang ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya. Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan. Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bisa kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh. Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira. "Saat kau takluk cinta ini, saat itu juga kau hempas seluruh hatiku dengan pengkhianatanmu!"~RAHHAL TAUFIQ Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya. Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam. Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa? "Cinta ini sudah menakluk seluruh atmaku, sehingga aku tidak lagi bisa merasa pahitnya dusta."~RAHHAL TAUFIQ "Ya, saat kau takluk cinta ini, tidak ada satu pun daerah dalam hati ini kau tinggalkan kosong. kerana ia telah terisi oleh hebatnya cintamu!"~MELISSA HAIRA
Kala Hati Terusik (Sold Out) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 294,444
  • WpVote
    Votes 1,649
  • WpPart
    Parts 30
Hakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnya kedua-dua hanya satu sahaja persamaan pernah ditinggalkan oleh insan yg dicintai saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah... pilihan keluarga diterima tanpa rasa curiga Sarah yang mahu melupakan kenangan silamnya, tekad memulakan kehidupan bersama si dia. Ijab dan Kabul mengikat dua insan dalam ikatan halal. bagi Sarah, cintanya diberikan sepenuhnya kepada suaminya. namun, Hakim masih teringatkan kisah cintanya yang lalu disaat hati Hakim terusik dengan cinta isterinya, hadir cinta pertamanya menagih kasih. hakim keliru.. dapatkan Sarah menandingi cinta pertama suaminya? atau terus hidup dalam bayangan cinta pertama suaminya. Dikala Hati Terusik, cinta ini miliknya... Start: 6 hb Mei 2019 Ending: 26 hb Jun 2019
The Boss (Sold Out) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 53,308
  • WpVote
    Votes 877
  • WpPart
    Parts 28
Kompilasi bersama enam penulis preorder sehingga 26 Jan 2020.
Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral  by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 821,029
  • WpVote
    Votes 18,134
  • WpPart
    Parts 31
Piah Dan Mr.Beku Seorang ceria Seorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecil Walaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri Piah Seksa betul hati Piah mencintai dalam diam Dijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab tertentu Bermulalah kehidupan Piah dalam hidup Mr.Beku Berjayakah Piah menawan hati Mr.Beku dan mencairkan hati Mr.Beku? Siapakah Piah dalam hati Mr.Beku? Isteri yang dicintai atau hanya untuk melindungi Piah? Start : 22 Ogos 2018 End : 15 September 2018
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,897
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira
Dia Ninjaku  by byhaaafz
byhaaafz
  • WpView
    Reads 61,649
  • WpVote
    Votes 3,036
  • WpPart
    Parts 58
Headboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh,ninja ni! ikut suka hati kau je ubah rules! Dasar pendek!" Isyraf Zulfan "Budak poyo macam kau ni layak ke dihormati" Hasya Zulaikha Namun apabila usia meningkat dewasa semuanya berubah. "Kau siapa sebenarnya? " Isyraf Zulfan "Jangan tanya kisah silam aku, tapi tanyalah aku bagai mana aku bangkit untuk tinggal kan semua" Hasya Zulaikha Rahsia apa yang disembunyikan? Mampukah Isyraf mengorek rahsia disebalik wanita berniqap itu?? "Will you be my ninja?" P/s sorry sis ubah sikit jalan cerita ? kalau you all tak faham boleh teruskan membaca.
Hingga Tiba Saat Itu (Yours Truly) by Farisya_Natasha
Farisya_Natasha
  • WpView
    Reads 14,365
  • WpVote
    Votes 661
  • WpPart
    Parts 8
"Mampukah dia bertahan?" Syed Arash & Eshal Wardina