ivylovers's Reading List
45 historias
Lost In Revenge  (TERBIT) por MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURAS 1,933,291
  • WpVote
    Votos 13,466
  • WpPart
    Partes 12
[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuanya diluar jangkaan manusia. Wajah yang langsung tidak tercalit sebarang senyuman mahupun reaksi. Sejarah hitam yang menghantuinya membuatkan seorang Randika Daniel berubah menjadi lelaki yang tidak berperasaan. Dendam yang disimpan di jiwa yang paling dalam tidak akan dihapus selagi belum dilunas secukupnya. Itulah matlamat hidup Randika Daniel. Larissa Cyra- seorang gadis yang sangat menjaga adab dan batasnya terutama sekali dengan ajnabi. Disebabkan pemakaiannya yang sentiasa terjaga dan menutup aurat, membuatkannya dipandang hormat oleh orang sekeliling. Seorang yang lemah lembut dan disenangi. Namun, siapa sangka gadis polos sepertinya mempunyai kisah silam yang paling gelap? Dosa yang dilakukan menjadikannya seolah-olah dialah manusia paling hina di atas muka bumi. Betullah seperti yang selalu diperkatakan, manusia tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan, yang membezakan sesama manusia adalah dosa yang dilakukan. Kisah dua manusia yang melalui titik-titik hitam dalam hidup mereka sehingga dipertemukan bersama, mampukah mereka terus reda dengan nasib yang ditimpa? Adakah ujian yang diturunkan itu akan mendekatkan mereka ke arah Tuhan atau sebaliknya? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐬𝐚𝐝 ( 30/10/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐥𝐨𝐯𝐞 ( 4/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 6/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 24/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐡𝐮𝐫𝐭 ( 4/12/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐞𝐠𝐨 ( 25/4/2023 )
The Deaf Girl por syahhnn
syahhnn
  • WpView
    LECTURAS 883,946
  • WpVote
    Votos 45,360
  • WpPart
    Partes 45
Farhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya berpunca dari dia! Farhan pasti akan menuntut bela kematian Sharifah Nadine "Far- Farhan... anak aun- auntie-... anak auntie..." - Nadine Setelah mencari dan menyiasat, akhirnya dia jumpa juga sepupu dia merangkap anak ibu saudaranya. Tidak sangka pembunuh Nadine itu merupakan seorang gadis. Tidak berfikir panjang lagi, dia mengambil keputusan untuk mengawini gadis itu. Hampir setiap hari dia menyeksa gadis itu. Dipukul, dicaci, dihina. Tapi dia jerit atau tengking sekalipun, hanyalah sia-sia. Kerana gadis itu mempunyai kekurangan untuk mendengar. Farhan tidak peduli. Asalkan gadis itu mendapat balasan yang setimpal. Satu per satu kebenaran terbongkar setelah beberapa tahun berlalu. Kebenaran yang Farhan sendiri tidak tahu mahu percayainya ataupun tidak. "Haiy! Sini jangan kacau uncle. Sini." "Siapa pula Tuan Nik ni?" "Aku... aku sebenarnya..." ------------------ @March2020 - @November2020
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 por keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    LECTURAS 655,793
  • WpVote
    Votos 25,177
  • WpPart
    Partes 49
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYED MARLOUIS AIRIEL dijadikan anak angkat dalam keluarga Eira dan Hanif. Layanan mereka sekeluarga kepada Louis saling tidak tumpah seperti anak sendiri. Perangai Louis yang suka menyendiri itu menarik minat si comel MEDINA HAURA dan FARHAN RIYAZ untuk mendekatinya. Usaha punya usaha, mereka berdua berjaya tumpaskan si dingin dan menjadi kawan baik sehingga mereka tamat sekolah menengah. Dapat sahaja keputusan SPM, Louis mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran keluar negara tanpa pengetahuan Medina. "Pergilah! Aku tak halang pun kau nak pergi. Kejarlah impian kau. Tinggalkan aje aku dekat sini. I'm nothing to you." - MEDINA HAURA Selama lima tahun itu, Medina bercinta dan putus. Bercinta lalu putus. Itu sahaja terjadi bila Medina cuba untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya. Namun kesemuanya gagal menambat hatinya. "Sampai bila kau nak jadi macam ni? Bila kau nak setia, Medina?" - FARHAN RIYAZ "Aku hanya setia pada dia, Farhan." - MEDINA HAURA Medina dikejutkan dengan kepulangan tiba-tiba Louis bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya. Bagi Medina, gadis itu jauh lebih cantik darinya. Rindu dia pada Louis kian terubat namun dalam masa yang sama hatinya hancur berkecai. "Louis nak kahwin dengan Fatin." - SYED MARLOUIS AIRIEL Hancur. Itu sahaja yang dapat digambarkan. "Aku terima nikahnya..." - SYED MARLOUIS AIRIEL Bagikan mimpi, semuanya berubah 360 darjah. Nak tahu apa jadi selanjutnya? Semuanya akan dijawab didalam Cinta Medina Haura! ⚠ Cliche maybe ⚠ No copyright. Be honest to yourself. Start : 26 Mac 2020 Status : COMPLETED End : 6 Mei 2020
[B1] MAHFUZ (TERBIT) por bellofa
bellofa
  • WpView
    LECTURAS 3,160,554
  • WpVote
    Votos 36,260
  • WpPart
    Partes 16
(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 por keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    LECTURAS 978,439
  • WpVote
    Votos 43,518
  • WpPart
    Partes 48
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24
ISTERI YANG DIPILIH (C) por Thehunny_
Thehunny_
  • WpView
    LECTURAS 679,298
  • WpVote
    Votos 23,700
  • WpPart
    Partes 36
Code : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan yang diberikan Noah kepada wanita itu. Rambut wanita itu pula ditarik dengan kasar. "K-kenapa salahkan saya ? Saya penat Noah jangan dera saya." Makin panas hati Noah sekarang ini. Kalau boleh dipijak sudah tentu wajah wanita ini dijadikan sasarannya. Tanpa ikatan yang bahagia Noah menerima Tasnim sebagai isterinya. Secebis hati dan perasaan memang dibuang jauh daripada wanita itu. Hanya perasaan benci dan menyampah sahaja dipamerkan di raut wajahnya. "Kau takkan bahagia hidup dengan aku perempuan !Tengok muka kau pun dah jijik apatah lagi nak sayang kau." Short Story 🦋
HADIRNYA DIA | C | ARS •5• por nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    LECTURAS 3,957,620
  • WpVote
    Votos 190,683
  • WpPart
    Partes 82
[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya kerana dendam lama . Dendam yang membuatkan dia tekad untuk merahsiakan hal sebenarnya . Tetapi menjadi seperti itu , membuatkan dia kenal erti cinta . Dalam tidak sedar , dirinya jatuh ke dalam dakapan seseorang yang ikhlas menerima dirinya . Ryan Zafran . Lelaki itu dikenali sebagai buaya darat . Bermain perempuan sana sini tanpa mengenangkan dosa dan pahala . Bagi dia , perempuan hanya tempat untuk dia bermain . Melempias nafsu . Tetapi , cinta itu mula bercambah apabila pertemuan dia dengan seorang gadis 'istimewa' . " Soon baby , you'll be mine ... " - Ryan Zafran . " Abang Zaf suka kita ke ? " - Nur Nasuha . Pelbagai liku , cabaran mereka hadapi . Sehingga merungkap satu rahsia yang cukup besar hingga membuatkan dia berasa ditipu . " Aku ceraikan ... " - Ryan Zafran . Mampukah mereka terus bertahan ? Saksikan kisah cinta pasangan ini ...
Aisyah por atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    LECTURAS 261,788
  • WpVote
    Votos 10,256
  • WpPart
    Partes 36
Aisyah dalam bahasa Arab bermaksud kebahagiaan. Selama dia dibesarkan di dalam keluarga kecil yang hanya ada dia dan adiknya sahaja, dia sudah rasa bersyukur. Hadirnya keluarga seorang lelaki merisik tentangnya, telah mengikat dia untuk memegang jawatan seorang isteri. Untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki itu tidaklah sepertimana yang diimpikan olehnya. Maklumlah, hidupnya hanyalah keluarganya dan lelaki itu lelaki yabg pertama merisik tentangnya, Setiap perempuan yang lahir di muka bumi Allah ini, pasti ingin menjadi seorang bidadari pada suaminya. Tapi, untuk Aisyah biarlah dia tidak menjadi bidadari syurga suaminya asalkan suaminya bahagia walaupun dia terpaksa menderita dalam kebahagiaan suaminya. "Andai kebahagiaan awak bukanlah dari saya, maka pulangkanlah saya semula kepada keluarga saya. Sepertimana, awak datang mengambil saya dari keluarga saya." ~Aisyah
Si Hodoh & Si Kacak por Lala6teen
Lala6teen
  • WpView
    LECTURAS 579,763
  • WpVote
    Votos 8,705
  • WpPart
    Partes 31
Delila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 Highest ranking achievement: #1 in #matang #1 in #lovestory #1 in #malaystory #1 in #ceritacinta #2 in #ceritamelayu cast: Delila Darren Nazih Zara