srh_zni's Reading List
2 stories
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,519,279
  • WpVote
    Votes 28,562
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?
Imamku badboy by Reynee_
Reynee_
  • WpView
    Reads 331,403
  • WpVote
    Votes 2,424
  • WpPart
    Parts 8
Normal jika sebuah kehidupan dilanda kesusahan. Tidak lengkap sebuah kehidupan tanpa kedukaan, keperitan dan konflik. Apabila seorang 'headprefect' terpaksa kahwin dengan eeeuuu, seorang manusia yang sangat menyusahkan kehidupannya. ''At least halal daripada kau tadi murah sangat'' Zafran Firdaus Kehilangan ayahnya merupakan perkara yang paling menyayat hatinya. Baru sebentar tadi bersuka ria namun dalam waktu yang singkat, tuhan memberi peringatan kepada hambanya agar tidak terlupa akan-Nya. ''Kau nak kahwin dengan aku?'' Safiyyah Yazmin Apabila salah faham berlaku dan si dia terpaksa pindah sekolah. Peristiwa yang tidak dijangka, berlaku dan sekali gus menyentak tangkai hatinya. "No. It's you. What has happen to you?'' Hanani Sofea Bertemu dengan kenangan silam yang amat menyakitkan hatinya. ''Rasa legakan, bila masalah yang terpendam selama ni, dah terbongkar?" Luqman Zulhairry Benar kata orang, jangan pernah leka jika tidak mahu kecelakaan menimpa. Namun, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Pernah terfikir budak 17 tahun ada dua isteri? Wow! Satu rahsia yang terlalu dikhuatirinya akan terbongkar akhirnya memakan dirinya sendiri. Tidak mahu lari daripada masalah jadi dengan separuh rela, dia menempuh rintangan yang datang. Okay, see you there!