🖤Favourite stories🖤
199 stories
The Case of Mrs. Rizqeen Haqeem [Complete] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 13,828
  • WpVote
    Votes 1,788
  • WpPart
    Parts 53
[book 2] "Dia mampu memenangi setiap kes di mahkamah. Tetapi dia hampir kalah dalam satu kes yang paling dekat dengan hatinya." Rizqeen Haqeem, seorang peguam elit yang tidak pernah mengenal erti kekalahan. Namanya sahaja sudah cukup membuatkan pihak lawan hilang keyakinan sebelum perbicaraan bermula. Bagi dunia, dia ialah lelaki yang sentiasa menang. Namun, segala-galanya berubah apabila dia bertemu semula dengan Aurelia Anatasha. Seorang wanita yang kehilangan sebahagian memorinya. Seorang wanita yang hidup dalam ketakutan. Dan tanpa disedari, dia menyimpan satu rahsia yang mampu meruntuhkan semua yang dibina selama bertahun-tahun. Apa yang bermula sebagai satu tanggungjawab akhirnya bertukar menjadi perjuangan untuk melindungi wanita yang semakin dekat di hatinya. Namun, semakin hampir Rizqeen kepada kebenaran, semakin ramai yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menghentikannya. Kerana ada rahsia yang tidak sepatutnya dibongkar. Ada masa silam yang sengaja dipadamkan dan ada seseorang yang tidak pernah berhenti memerhati setiap langkah mereka dari balik bayang. Apabila cinta bertembung dengan dendam, dan kepercayaan menjadi pertaruhan terakhir...adakah Rizqeen mampu menyelamatkan wanita yang dicintainya? Atau buat pertama kalinya dalam hidup, dia akan tewas dalam satu-satunya kes yang paling bermakna baginya? "The Case of Mrs. Rizqeen Haqeem" Sebuah kisah tentang cinta, pengorbanan, misteri dan kebenaran yang menunggu untuk dibongkar. ☘️ Karya Agung ByHas☘️
Takdir Dua Empayar [Complete] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 101,826
  • WpVote
    Votes 5,445
  • WpPart
    Parts 53
[book 1] "Perkahwinan mereka bukan bermula dengan cinta... tetapi takdir dua empayar." Di sebalik nama besar, kekayaan, dan dunia elit yang penuh aturan, Tengku Ameer Rayqal dan Ellara Arissa dipertemukan demi menyatukan dua empayar paling berpengaruh di Malaysia. Satu perkahwinan yang pada awalnya hanya dianggap strategi keluarga. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik protokol, media, dan tekanan dunia korporat lahir satu perasaan yang perlahan-lahan mengubah segalanya. Saat cinta mula hadir selepas akad, mereka terpaksa belajar bahawa menjadi suami isteri bukan sekadar berkongsi nama tetapi berkongsi luka, rahsia, dan hati. Dalam dunia yang sentiasa memerhati, mampukah dua hati benar-benar bertahan apabila takdir, keluarga, dan empayar terlalu besar untuk dilawan? Takdir Dua Empayar kisah cinta selepas perkahwinan antara dua waris yang terperangkap di antara tanggungjawab dan perasaan. 🌻 Karya Agung ByHas🌻
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 120,333
  • WpVote
    Votes 5,672
  • WpPart
    Parts 59
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❤️)
𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 244,171
  • WpVote
    Votes 9,612
  • WpPart
    Parts 66
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW) by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 624,349
  • WpVote
    Votes 20,078
  • WpPart
    Parts 67
Ayreen Sofea | Ezran Haq Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu indah, tanpa sedar Ayreen jatuh cinta pada Ezran namun dia memendam perasaannya kerana tidak mahu persahabatan mereka hancur. Sehingga usia mereka mencecah 16 tahun, muncul Hanna dalam hidup mereka. Perasaan Ezran sewaktu pertama kali melihat Hanna, entah kenapa hatinya berdegup kencang, jiwanya tenang melihat wajah jelita milik Hanna. Sebagai seorang insan yang akan kekal menjadi sahabat Ezran. Ayreen menjadi saksi percintaan mereka dari bangku sekolah sehingga ke jinjang pelamin "Aku doakan kau sentiasa bahagia walaupun bukan dengan aku, Ezran Haq" Ayreen melangkah pergi meninggalkan majlis Ezran sekaligus meninggalkan kehidupan yang di penuhi kenangan bersama lelaki itu. Dia harus berhijrah ke tempat lain, lelaki yang dia sayang selama ini sudah berada di tangan yang tepat. Tapi benarkah takdir mereka berakhir di situ?
[1] Kesetiaan Cinta Kita| Complete by nanakhirah
nanakhirah
  • WpView
    Reads 12,497
  • WpVote
    Votes 806
  • WpPart
    Parts 62
Kesetiaan Series Vol 1 My First Story - Stand Alone [Islamic + Fluffy Romance + Strangers to Lovers +Slow Burn]✨ Islamik ke? Entah... banyak stres saja kot... Jodoh... bercakap soal jodoh, Yang Maha Esa telah menentukan segala-Nya. Kita perlu terima dengan hati yang terbuka kerana setiap pertemuan pasti telah ditetapkan. Jatuh cinta ialah perasaan yang sangat indah bagi setiap insan yang merasainya. Apabila perasaan itu mula berputik di dalam hati seseorang, ia bakal membuatkan orang itu dihantui oleh bayang orang yang ia cintai. Nur Falisha Ayana... suatu nama indah yang sentiasa bermain di fikiran serta di bibir milik Tengku Falikh Ayden. Bagi dia, Nur Falisha Ayana adalah segalanya. Wanita yang berjaya membuatkan dia menaruh hati lalu terjatuh cinta sehingga bertahun lamanya. "Diri ya zawjaty yang secantik bidadari di syurga kerana setiap kali habib melihat senyuman ya zawjaty terasa seperti di syurga."~TENGKU FALIKH AYDEN "Habib memang seorang suami dan babah yang baik, seindah layanan habib terhadap diri sayang dan anak-anak kita. Terima kasih untuk segala layanan yang indah tu..."~NUR FALISHA AYANA Janji setia sehingga maut yang memisahkan atau hanya terhenti di tengah jalan? Marilah sama-sama kita hayati kisah cinta mereka! Date of start:25/10/23 Date of start publish 'back': 6/11/23 & 12/12/24 Date of end/complete: 3/1/2026 ALL RIGHTS RESERVED©️ nanakhirah AMARAN⚠️: DILARANG PLAGIAT SETIAP STORYLINE KARYA ASLI DARI HASIL PENULISAN NANAKHIRAH‼️ TRIGGERED WARNING : TW⚠️ SELF HARM MENTAL HEALTH ISSUES PAST TRAUMA HALLUCINATION Top Ranking: #1 islamic love #3 mentalhealthawarness #4 gentleman #9 wattpad stories #14 setia
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 51,245
  • WpVote
    Votes 2,975
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂] by eyreshaa_
eyreshaa_
  • WpView
    Reads 74,400
  • WpVote
    Votes 3,955
  • WpPart
    Parts 76
[Stand Alone] | Perfect Series. 𝐔𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐳𝐝𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐚 & 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐪𝐢𝐥𝐚 "Takdir itu tak pernah salah, tapi sentiasa sempurna apabila bertemu dengan orang yang tepat," - Hanya kerana percaturan keluarga, akhirnya mereka disatukan. Kahwin tanpa cinta, itu yang dihadapi oleh Shaneen Aqila dan Zareel Idham. "Kau kena ingat, kita kahwin sebab mama." - Zareel Idham "Saya cintakan awak, Zareel." - Shaneen Aqila Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama tujuh bulan saja. Dan akhirnya, Shaneen Aqila bebas daripada cengkaman yang menyeksa seluruh raganya. "Saya nak berpisah." - Shaneen Aqila Setelah bertahun-tahun meninggalkan bandar itu, siapa sangka Shaneen dipertemukan semula dengan Izdihar Raffa. Seorang lelaki yang tidak kenal erti lelah, putus asa demi mendapatkan cinta yang terumbang ambing. Izdihar tidak mengalah begitu sahaja, dia inginkan Shaneen Aqila sebagai isterinya. Kerana dari awal pertemuan, Izdihar Raffa memilih Shaneen Aqila. "Awak kahwin dengan saya. Saya janji awak akan bahagia, Neen." - Izdihar Raffa "Saya dah trauma dengan perkahwinan, Iz." - Shaneen Aqila Kerana itulah dinamakan takdir yang sempurna. Berpisah jauh sekalipun, jika ditakdirkan bersama, pasti akan bersatu juga. "Terima kasih sentiasa ada dengan saya. Saya sayangkan awak." - Shaneen Aqila START : 16 February 2026 END : 29 August 2026 ALL RIGHT RESERVED EYRESHAA 2026 cover cantik by umyhaise sayang x
𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 920,730
  • WpVote
    Votes 32,445
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
QARL AL-FAWWAZ  (complete) by rlizzzz
rlizzzz
  • WpView
    Reads 59,382
  • WpVote
    Votes 2,064
  • WpPart
    Parts 80
"Garang." Itulah perkataan pertama yang terlintas setiap kali Medina Aralynn melihat lelaki itu. Qarl Al-Fawwaz. CEO muda yang terkenal dengan wajah kacaknya, ketegasan yang sukar dibaca dan perangai garang yang membuatkan semua orang tegak macam pembaris bila dia lalu. Mulutnya memang tajam. Nada suaranya pula sentiasa tenang, dingin dan serius. Tapi entah kenapa, setiap kali dia bercakap, orang yang mendengar selalu tahan ketawa. "Benda mudah pun nak aku lukis atas dahi baru faham? Buat kerja, bukan buat dokumentari kehidupan." Garang. Tapi boleh buat orang tersengih sambil minta maaf. Tiada siapa berani melawan arahannya. Dan tiada siapa pernah melihat lelaki itu memberi layanan istimewa kepada mana-mana wanita. Termasuk Medina Aralynn. Tetapi mungkin ia akan berubah... Bagi Aralynn, lelaki itu hanyalah seorang ceo yang suka membebel dengan muka tak berperasaan. Sejenis manusia yang marah pun macam tengah baca berita. Sedangkan dirinya? Dia seorang pembantu peribadi. Seorang gadis yang sentiasa selamba. Kena marah pun masih boleh jawab dengan muka tenang. "Baik, bos. Saya salah. Tapi saya salah dengan penuh keyakinan." Dan entah macam mana, ayat itu pernah membuat Qarl diam tiga saat sebelum mengurut dahinya. Medina Aralynn memang banyak cakap. Kadang-kadang terlebih santai. Kadang-kadang lawak dia sendiri pun dia seorang yang gelak. Tapi walau mulutnya tak berhenti bercakap, setiap arahan Qarl tetap dia ikut tanpa banyak soal. "Bos suruh saya diam? Baik. Saya diam. Tapi dalam hati saya masih bercakap." TANPA SEDAR, TEMBOK ITU RUNTUH. Sebuah cerita tidak pernah sempurna, begitu juga penulisnya. Jika ada kata yang tersalah, cerita yang terkurang atau sesuatu yang tidak seperti diharapkan, maafkan segala kekhilafan. Pohon kemuning di tepi perigi, Tumbuh subur menghijau laman; Andai ada cacat dalam karya ini, Maaf dipinta atas kekurangan.