MR_OCEAN's Reading List
10 stories
THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 300,880
  • WpVote
    Votes 20,662
  • WpPart
    Parts 62
"Come to me, Cursed Katana." Aizel Neifelheim, seorang remaja yang mempunyai kuasa. Oleh kerana kuasa yang dimilikinya itu, dia digelar Cursed Guardian oleh para guardian lain. Dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Guardian Of Aster City. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Lord Of Guardian. Bandar yang didiami kini bukanlah aman seperti yang difikirkan. Vager, makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya sering menyerang bandar yang didiami. Bukan itu sahaja, terdapat sebuah organisasi haram telah beroperasi mencuri teras Vager dan ingin menggunakannya untuk mengancam keamanan sejagat. Aizel dihantar oleh Raja Lancer ke Kainar Highschool Academy atas satu misi. Iaitu untuk melindungi sekolah itu dari ancaman Vager dan juga daripada organisasi haram itu. "Even my power is a cursed power, I will use this power to protect the people that I love and finished my mission." Dapatkah Aizel menamatkan misinya itu? Ataupun dia terkorban?
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]  by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 515,920
  • WpVote
    Votes 40,371
  • WpPart
    Parts 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersatu dalam dirinya? Dua puak yang berselisihan faham dan menjadi musuh sejak beberapa tahun dahulu. Hal ini kerana, Raja dari puak manusia yang menjadi punca pergaduhan di antara mereka. Kerana hasutan, hasad dengki dan tamak, dua puak pari-pari yang dahulu kala hidup bersama menjadi pecah belah! Mereka menjadi musuh! Nyea satu-satunya berdarah campuran yang pernah wujud di situ. Bila dia dapat tahu semua ini, dia seakan tidak boleh menerima kenyataan.Tidak disangka, kehadirannya juga akan mengubah segala-galanya.... Kehadirannya akan menyinari kegelapan.... Persahabatan.... Kesetiaan.... Percintaan.... Dan hubungan kekeluargaan.... #100% my idea
WHITE AURA by shahidayat
shahidayat
  • WpView
    Reads 2,032
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 7
Bulan malam mempamer seri, Diteman beribu bintang di sisi, Hikayat sang puteri dibuang negeri, Pertama kali hidup sendiri. Burung kenari memakan pulut, Pulut ditelan habis isinya, Sang pengkhianat dalam selimut, Menyebar fitnah ke serata istana. Rumput hijau menceria suasana, Mengalir sungai berair dangkal, Menempuh dugaan tak terkira banyaknya, Namun hati bertahan cekal. Dinding dirona pelbagai warna, Merah delima merah ceri, Akhirnya si puteri mengecapi bahagia, Namun dugaan tak berhenti lagi.
Pemburu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 7,199
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
Kakak ipar paling RARE by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 214,254
  • WpVote
    Votes 6,867
  • WpPart
    Parts 34
Berkahwin dengan seseorang bukan sahaja hanya berkahwin dengannya, malah perlu berkahwin dengan keluarganya juga. Idara Azalea Berkahwin dengan lelaki yang dia cintai bukanlah hanya menjadi isteri. Malahan, dia perlu menjadi kakak ipar kepada dua adik lelaki suaminya yang bermasalah. Bermacam-macam rintangan perlu dihadapi untuk memastikan perangai kedua adik iparnya berubah.
Silently Destroyed by AnnaSANBA
AnnaSANBA
  • WpView
    Reads 216,403
  • WpVote
    Votes 7,689
  • WpPart
    Parts 21
Dia kaya. Dia kacak. Dia berkarisma. Dia idaman para wanita. Dia sempurna di luar. Juga, Dia berjiwa kejam. Dia berhati dingin. Dia sadis. Dia jahat. Dia digelar 'iblis'. Tapi, Dia pernah kehilangan sesuatu yang begitu berharga dari nyawanya. Dia pernah rasa erti sebuah cinta. Dia pernah rasa erti sebuah kebahagiaan. Dialah Assyauqie Xavier. Satu tujuannya ialah menghancurkan hidup gadis itu, gadis yang diberi nama Alisha Corinna Emery. Gadis ceria. Gadis happy-go-lucky. Gadis penghibur. Gadis kuat. Gadis yang tak pernah kenal erti putus asa. Tapi, Tu dulu, sebelum segala-galanya berubah menjadi gelap. ♡♡♡ ATTENTION: Tajuk sudah ditukar dari 'Never Ending Love' to 'Silently Destroyed'. Cover, cred to @bellauwais DILARANG MENG-COPY ATAU MEMPLAGIAT KARYA SAYA. CERITA INI SERATUS PERATUS DATANG DARI OTAK KEPALA SAYA SENDIRI. DIMINTA KERJASAMA DARI SEMUA ORANG. SEBARANG PERSAMAAN NAMA WATAK ATAU JALAN CERITA ADALAH SATU KEBETULAN.
MENULIS by ReginaIbrahim
ReginaIbrahim
  • WpView
    Reads 38,614
  • WpVote
    Votes 670
  • WpPart
    Parts 190
Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal menulis yang sama sama dipelajari dan ditekuni diharapkan menjadi bantuan untuk para penulis pemula yang tidak berlatar belakang sastera sewaktu di sekolah menengah. Dewasa ini pelbagai kursus ditawarkan dengan yuran tertentu. Masterclass, Kelas Novel, Bagaimana Menulis Dengan Bijak sehinggalah membawa ke Institutsi pengajian tinggi. Apakah segalanya berbaloi? Saya fikir ya. Namun bukan semua bernasib baik untuk ikut serta disebabkan kekangan masa dan kewangan. Menulis adalah luahan dari mata hati yang peka pada persekitaran, ia tetap BUKAN hal syok sendiri yang dilayani penuh nafsu. Saluran ini mahu memberikan ide dan cerita dalam dunia penulisan tempatan, seperti biasa penulis mempunyai tanggungjawab terhadap penulisan, isi dan kemampuan untuk mempertahankan karya. Ia merupakan proses yang unik, ada ketikanya berfomula dan ada saatnya menuntut kreativiti tertentu. Tidak lain tidak bukan untuk terus menjana pemahaman, menghibur, membantu, membentuk pemikiran di pihak pembaca. Segala panduan di sini adalah PERCUMA.
Dia..Painkiller cintaku ©️ by ashafarmin
ashafarmin
  • WpView
    Reads 590,272
  • WpVote
    Votes 19,752
  • WpPart
    Parts 61
Siapa kata cinta pandang pertama itu tidak wujud? Hadirnya Aafiyah yang pernah terluka memberikan tekad kepada Zaim Ammar untuk memiliki wanita itu. " Biarlah saya menjadi "painkiller" untuk awak." kata-kata Zaim memberikan sedikit keyakinan untuk Aafiyah untuk menyambut huluran cinta si jejaka. Namun bahagia yang dibina bagai diragut secara tiba-tiba dek dendam dan kebencian dari orang ketiga hingga ada nyawa menjadi galang gantinya. Mampukah Zaim terus berpegang pada janjinya? Dan tegakah Aafiyah untuk melepaskan Zaim? Sama-sama kita selami kisah dua hati ini😁
Isteriku Minah Stylo by nurinjazlina927
nurinjazlina927
  • WpView
    Reads 1,548,545
  • WpVote
    Votes 49,764
  • WpPart
    Parts 59
Cinta yang berputik selepas berkahwin lebih suci.Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga menyebabkan amukan dari kedua-duanya.Tetapi,kerana satu insiden mereka setuju untuk berkahwin.Hidup dalam satu rumah dan tidur dalam satu bilik? Mustahil tidak jatuh cinta antara satu sama lain? Setelah rumah tangga yang di bina semakin pulih.Kini kembali retak Kerana satu insiden dengki dan khianat manusia,rumah tangga yang dibina Nur Arryna dan Izz Haikal semakin retak.Di sebabkan rekaan cerita si pendengki,Ryna melarikan diri ke luar negara tanpa memberitahu kepada ahli keluarga dan suaminya.Sepanjang empat tahun di Istambul ,pelbagai dugaan Ryna di uji.Melahirkan tanpa suami di sisi itu lebih memeritkan baginya.Tanpa di duga mereka bertemu kembali di bumi Istambul.Namun,kerana luka yang membawa torehan pada Ryna masih dalam,dia tidak mampu untuk menerima Suaminya kembali setelah memikirkan apa yang terjadi. Mampukah mereka kembali seperti dulu?
SUAMIKU SI MATA BIRU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 133,384
  • WpVote
    Votes 2,552
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Suamiku Si Mata Biru Penulis: Evelyn Rose Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-053-3 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2017 DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA!