dhieyaAdlynna
- Reads 4,890
- Votes 109
- Parts 11
"Mulut kata BENCI, kononnya kita dua tak sepadan. Tapi, dalam hati sudah mula bernyanyi lagu rindu. Apakah itu, tandanya SAYANG?"
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM 27.90/ 668 ms
BLURB
Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima 'lamaran' daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan dirinya sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggup ke dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?
Mr.Waiter? Aneesa geleng kepala. Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari dari mulut rakannya itu. Tak salah dengar ke dia? Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi...sejak bila pulak dia jadi waiter di Kafe S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Aneesa geleng kepala lagi. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa, sebab di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu!
"Ikatan yang ada di antara kita ni, tak penting ke untuk kau?" - Dzaquan
"Aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri! Yang boleh dibeli dengan wang ringgit! Aku benci kau! Aku benci kau!!"- Aneesa