CtAtiqah3's Reading List
18 stories
Hot N Cold by ZaSha01
ZaSha01
  • WpView
    Reads 30,377
  • WpVote
    Votes 1,190
  • WpPart
    Parts 40
"Dah makan?" Mata leka memerhati tetamu yang mula menjamu selera.. "Soalan untuk aku ke tu?" Tanya Aryana. Bukan apa, buatnya soalan itu Carl tujukan untuk orang lain tapi tak pepasal dia pula yang perasan, tak ke malu? Yang dia jadi teragak-agak tu sebab Carl bertanya tanpa tengok muka dia. Boleh jadi soalan itu untuk abang sado yang sedang susun cawan dihujung sana. Boleh jadi juga Carl berborak dengan pakcik bert-shirt warna oren yang sedang membuka tin susu pekat sebelah abang sado tu. Tapi bila difikir balik, dengan nada suara dia yang tak berapa kuat, manalah mereka dengar kan? "Siapa je yang ada paling dekat dengan aku sekarang?" Soalan dari Aryana, Carl balas juga dengan soalan. Pun masih, wajah dia dipalingkan ke arah lain. "Aku." "So...?" Jadi betul lah... Betullah Carl lemparkan soalan tadi untuk dia. "Mana tahu kot-kot la kau tanya orang lain. Sebab masa tanya tu kau pandang sana." Kenyataan itu menarik lipatan leher ke kiri. "Okey, kalau macam tu..." Wajah putih bersih yang kini dikenakan solekan ringkas itu menjadi santapan pandangannya. "Dah makan?" Soalan yang sama dia lontarkan buat kali kedua. Tapi kali ini dia tak pandang arah lain. Dia pandang aje orang yang ditanya itu. Zapp! Bunyi itu terhasil dari dalam dada. Agaknya bunyi jantung tercabut dari tangkai apa. Kenapa dada dia berdebar semacam? Ada orang main ketuk-ketuk rebana ke kat dalam tu? *** Mengisahkan tentang si teruna dan si dara yang masing-masing punya perangai berbeza dan sangat kontra. Carl yang terlampau berlagak tenang sering kali mengundang kemarahan Put yang sememangnya bersikap panas baran. Carl Ezairy & Putri Aryana Danila. Mamat Bajet Cool VS Minah Hot Tempered *Jalan cerita telah diolah dari cerita dekat blog dulu dan ada potongan, penambahan, perubahan babak. Ada juga perubahan nama watak. Kepada yang membaca HNC versi baru... Happy reading and harap-harap enjoy...😍😍
Cuma Cinta Express by darimatapena
darimatapena
  • WpView
    Reads 211,357
  • WpVote
    Votes 3,475
  • WpPart
    Parts 28
Athira gadis muda yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Tangkak Johor. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah sejak lima tahun lalu. Dia hanya tinggal bersama ibu dia dikampung. Athira yang mahu merubah nasib cuba menerima tawaran untuk belajar di sebuah Universiti di selangor. Namun kehadiran dia ditempat baru mengundang titik hitam dalam hidup. Athira diganggu seorang lelaki yang berhidung belang. Risau akan terjatuh dalam dangkapan seorang lelaki yang cuba mencemarkan maruah dia. Dia cuba sedaya upaya menyelamatkan diri. Hingga dia lupa bila nasib tidak memihak pada dia. Dia harus menerima kenyataan yang dia akan tersungkur juga dengan nasib malang. Dia Azran Hakimi sudi menghulurkan pertolongan. Namun dek kerana nafsu yang menguasai diri pertolongan itu bertukar mimpi buruk pada gadis itu. "Kenapa Fatin yang dapat cinta? Dan dia cuma tempat lelaki itu melampiskan nafsu sahaja?" Airmata nya semakin laju mengalir. -Nurathira- "Kau selalu cakap aku gunakan kau sebab nafsu kan. Kau tak nampak apa yang aku cuba sampaikan? Kau tahu tak aku sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku. Tapi kau tetap layan aku macam perogol!" -Azran Hakimi- "I still love you Azran. Kalau you berubah fikiran. I masih ada untuk you. Sentiasa ada untuk you" -Fatin- Benci yang dia tanam. Namun sebalik nya tumbuh di dalam hati. Sikap lelaki yang di anggap pemusnah masa depan bertukar persepsi menjadi insan yang setia mendampingi. Namun dia sendiri tak pasti. Apa sebenarnya yang terbuku dihati lelaki itu. Apakah cuma rasa bersalah atau pun cinta? Beautiful Cover By- @bunnyaf PERSONA AWARD 2020 CATEGORY: LUCKY AWARD WINNER🎖️ PS/dilarang plagiat sama sekali! 💯 idea sendiri. Baca dulu jangan skip. Amaran ada sedikit adegan 🔞 Jangan lupa vote okay🤗 Happy reading 💕
MY BELOVED MR.TENGKU🌹(COMPLETED) by ummu_umarah83
ummu_umarah83
  • WpView
    Reads 132,979
  • WpVote
    Votes 5,258
  • WpPart
    Parts 57
Bismillah (T.Ildan Hanafie ft Iman Adawiyah) "Bersyukur? Bersyukur sebab apa pulak?" "Bersyukur sebab biarpun bertahun berjauhan, abang still tunggu sayang. Masih mahukan sayang. Bertuah tau sayang dapat abang ni. Dahlah hensem, setia pula tu." Meledak ketawa Iman. Tengku Ildan Hanafie dan perasan memang berpisah tidak. Sinonim sangat dengan sifat yang satu itu. Kalau tak masuk bakul angkat sendiri, bukan Tengku Ildan Hanafie namanya. "Iyelah tu." Dia mencebik sengaja menyakat lelaki itu. Lama tak menyakat, rasa rindulah pulak. Tengku Ildan Hanafie berdecit. "Tak percaya? Kalau tak percaya, belahlah dada, x-raylah hati abang ni wahai adinda pujaan hati. Demi adinda kakanda rela serahkan jiwa dan raga." Sayang sebagai sepupu bertukar menjadi cinta.Siapa manusia untuk menidakkan ketentuan Sang Pencipta. Akankah jalan semulus cinta yg berputik? Ataukah terkandas di pertengahan. Semuanya terjawab dalam MY BELOVED MR. TENGKU🌹 #Hak cipta terpelihara. #Tak boleh share tanpa izin. #3-setia #1-jauh #1-happyending #1-sepupu #1-pendam #1-terkilan #1-kecewa #2-sahabat
Love You Mr Hot (Completed✔) by cikcoconut
cikcoconut
  • WpView
    Reads 1,210,387
  • WpVote
    Votes 34,674
  • WpPart
    Parts 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai pasangan adalah perkara yang buang masa dan merugikan. Ini terjadi kerana satu kejadian yang membuatkan dia serik dengan mana-mana perempuan. Sehingga satu masa Datin Fatia, Mama kepada Fayadh memaksa untuk bernikah dengan gadis pilihannya. Permintaan itu ditolak sekeras-kerasnya. Datin Fatia memberikan dia masa 1 bulan untuk mencari calon isterinya sendiri. Mujur Auliya Az-zahra, iaitu PA nya bersetuju untuk menjadi isteri kontrak selama setahun. Awal-awal lagi dia sudah memberi amaran untuk tidak sesekali jatuh cinta dengan dirinya. "...dan syarat yang terakhir jangan sesekali jatuh cinta antara satu sama lain. Faham"- Fayadh Omar. "Boss jangan risau. Sebenarnya boss memang bukan test saya pun"- Auliya Az-zahra. Adakah mereka berjaya untuk tidak jatuh cinta antara satu sama lain? Nak tahu kisah selanjutnya? Add to library la sis! Hehe
Awak milik saya tau !  (Complete ✅) by sweetgula
sweetgula
  • WpView
    Reads 608,735
  • WpVote
    Votes 21,551
  • WpPart
    Parts 36
Tengku Rasyad - Ramai wanita yang meminatinya kerana pakej lengkap yang dimilikinya. Tapi Rasyad lansung tidak ambil peduli. Apa yang dia tahu,dia tidak mahu melayan mereka semua kerana dia tidak mahu mengulangi zaman playboynya semasa dia disekolah dulu. Syazwani - Dia tidak pernah kenal siapa Rasyad walau lelaki itu sering menjadi sebutan dibibir orang ramai. Tetapi sejak insiden dia tertegur Rasyad menyebabkan hidupnya mula jadi kacau bilau.Lelaki itu tak pernah berhenti dari menganggunya hidupnya ! Satu perjanjian yang dianggap gurau oleh syazwani akhirnya memakan diri sendiri apabila Rasyad menagih janji tersebut. "Ermm...okay macam ni, lepas 7 tahun kau balik sini kita kahwin ! " syazwani "I tak kira.I nak you tunaikan janji you.Kalau jadi manusia tu berpeganglah pada janji Wani - Rasyad ***** Duh sorry description dye mcm budak2. Mase tulis cter ni dlu pon zaman budak2 kan so yeah . Selamat membaca gais 👻 1st publish : 2015 End : 2016 Re-edit : 2020
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,358,286
  • WpVote
    Votes 329,455
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Please Be Mine, Sayang. by minsyubbuing
minsyubbuing
  • WpView
    Reads 757,606
  • WpVote
    Votes 24,421
  • WpPart
    Parts 44
Hati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance
Kampung Girl by 123greenunicorn
123greenunicorn
  • WpView
    Reads 105,647
  • WpVote
    Votes 3,044
  • WpPart
    Parts 50
Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Amar langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Hannah! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin. "Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu... mummy jangan paksa Am!" - Amar Khairi. "Hannah akan kahwin dengan Abang Am!" - Hannah. Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Amar kehilangan kata. Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Amar jika Hannah ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan. "Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" - Amar Khairi Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Hannah naik darah. Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Hannah merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Amar. "Am nak ajak dia beli cincin tunang." - Amar Khairi. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Amar dan Hannah. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Hannah dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Amar. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Hannah di saat terpaksa menghadapi kemarahan Amar yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya. "And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh?" - Amar Khairi. Kelu lidah Hannah tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Hannah dengan helahnya. Kesudahannya... Amar makin membenci? Hannah menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Separuh Nafas *Pre Order Sehingga 30/10/22* by syaz_sufiy
syaz_sufiy
  • WpView
    Reads 32,784
  • WpVote
    Votes 621
  • WpPart
    Parts 20
Terbit! Pre order dari 1/10/2022 sehingga 30/10/22 Link untuk pembelian di message board atau di instagram syaz_sufiy! Blurb EMIR IZZ Hanya kerana pengkhianatan oleh si kekasih hati yang memilih si abang dan kedudukan dia dan uminya di dalam keluarga itu tidak dipandang', Emir tidak lagi percaya dengan kejujuran dan kesetiaan. Baginya tiada manusia yang mampu untuk mempunyai kedua-duanya sekali. Memilih jalan untuk hidup sendiri, dia menjadi seorang guitarist kumpulan busker di tepi jalan. Di situ, takdir hidupnya menemukan dia dengan Nawal Irish yang berusaha untuk menarik perhatiannya dan mengubah persepsinya. Gadis sesat yang sangat misteri! "Awak tak percaya yang saya ini seorang yang boleh buat dua perkara di dalam satu masa? Saya boleh jadi seorang yang sangat jujur dan sangat setia!" - Nawal Irish "Jaga hati aku." - Emir Izz NAWAL IRISH Mempercayai rasa cinta sejak di umur yang sangat muda dan naif, rupa-rupanya dia hanyalah dijadikan mangsa seorang lelaki yang abusive dan diktator! Gangguan seksual yang diterimanya mendera emosi dan fizikalnya selama bertahun-tahun membuatkan Nawal Irish nekad melarikan diri! Pertemuan dengan abang guitarist effortless handsome membuatkan Nawal bersemangat mempercayai yang cinta itu wujud! Emir Izz adalah hero sebenarnya! Namun dek kerana rahsia hidupnya, perjalanan Nawal dan Emir agak sukar dan sentiasa diuji. "Jangan muncul di depan aku lagi. Kalau kau berani muncul, aku sumpah hidup kau tak akan pernah bahagia lagi." - Emir Izz "Dalam cerita kita, sayalah perempuan perampas itu." - Nawal Irish
Snow White Mr.Millionaire *E-book* by syaz_sufiy
syaz_sufiy
  • WpView
    Reads 186,341
  • WpVote
    Votes 5,970
  • WpPart
    Parts 49
Blurb Snow White Mr.Millionaire 🍎 Menjadi anak kepada isteri kedua seorang lelaki yang penuh kasih sayang begitu sukar buat Aireen. Dibenci, dicemuh dia masih tersenyum. Dia masih ceria. Dia, Aireen Marsya. Kekal nampak kuat di mata semua orang. Namun dia juga nekad, dia perlu pergi. Pergi jauh demi menjaga hatinya sendiri. "Kau dengar sini. Aku lepaskan kau tapi kau ingat! Satu sen pun duit laki aku kau jangan sentuh! Kalau aku dapat tahu, mati kau aku kerjakan! Jangan harap kau nak jumpa bapak kau lagi! Faham tak?" Di bumi Australia dia menemui cinta. Satu-satunya lelaki yang dia cintai sepanjang hidupnya. ""Halalkan hubungan kita." - Aireen Marsya. "I tak sabar untuk sampai ke masa tu!" - Syed Karl Zaquan. Kekasihnya bukan calang-calang manusia dan kerana kedudukannya begitulah cintanya dikhianati. Kehadiran seorang lelaki yang santai di dalam gayanya dan sentiasa ada tanpa dipinta sedikit sebanyak membuatkan hatinya terasa tenang. Kata-kata dan perbuatan kecil lelaki itu yang dalam tidak sedar sentiasa membuatkan Aireen mendambakan kehadirannya tanpa Aireen sendiri sedari. Lelaki misteri yang entah dari mana munculnya. "Macam Snow White. Makan epal merah." - Rifdi Aneeq. Di bumi Australia itu dia mengecapi rasa cinta dan di bumi kangaroo itu juga cintanya dibunuh sehingga meninggalkan tragedi yang paling kelam di dalam hidupnya. Pulang ke tanah air, semangatnya masih utuh. Masih kuat untuk meneruskan hidup namun sekali lagi dia diuji. Segala kisahnya di bumi kangaroo kembali mengejarnya. "Hey, wake up. Look at me. I miss you, sayang." "Good because I'm not your Mr.Millionaire." Di antara kisah kelam yang menuntut sebuah kemaafan dan di antara janji yang telah dimungkiri, yang mana satu bakal dimenangkan oleh Aireen Marsya? Pilih di antara salah satunya dan terus menjeruk rasa atau pergi membiarkan sahaja pilihan yang ada?