yanarosliyana's Reading List
10 stories
Hati yang TERLUKA (OG) by its4lya_
its4lya_
  • WpView
    Reads 5,610
  • WpVote
    Votes 152
  • WpPart
    Parts 3
(Kita semua sedang mencari tempat untuk pulang, tapi Anabella... sedang belajar untuk tidak takut lagi.) Anabella Mireille lahir ke dunia dengan harga yang terlalu mahal-nyawa ibunya sendiri. Sejak itu, hidupnya tak pernah cerah. Bapanya, yang dahulu pelindung, berubah menjadi lelaki asing selepas bernikah dengan wanita yang bertopeng manis. Disisih, disakiti, dan dipersalahkan... Anabella membesar dalam rumah yang penuh benci dan pukulan emosi. Trauma membekukan jiwanya. Dia tidak percaya pada lelaki - bagi Anabella, semua lelaki sama. Sehingga muncul Tengku Azriel Afnan - lelaki berdarah raja yang dingin dan matang, tapi diam-diam menyimpan hati yang lembut. Tak pernah terlintas dalam hidup Azriel untuk jatuh cinta. Tetapi gadis sunyi bermata sayu itu menggoyahkan prinsipnya. Anabella tak kenal siapa Azriel sepenuhnya, tapi bersamanya... dia tak pernah takut. Ketika Azriel melamar dengan satu janji... "Kahwin dengan saya. Saya janji saya sembuhkan trauma awak, Anabella." ...hati Anabella berperang. Mampukah dia percaya? Sedangkan dia sendiri membenci bayangannya? "Awak tak faham saya, Azriel. Saya benci diri saya. Hati saya yang terluka ni susah nak sembuh." Satu jiwa yang dingin. Satu hati yang retak. Mereka bertemu - bukan untuk melengkapi, tapi untuk menyembuhkan. Namun, mampukah cinta menghapus trauma silam? Dan mampukah "hati yang terluka"... akhirnya merasa bahagia?
Cinta itu dia [EBOOK] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 72,963
  • WpVote
    Votes 667
  • WpPart
    Parts 6
Kehidupan yang tidak di duga telah mengubah hidup seorang gadis yang berumur 19 tahun apabila takdir mempertemukan dirinya dengan seorang lelaki yang tidak di kenali. Di kira hanya kebetulan biasa namun siapa sangka kebetulan itu yang membawa dirinya ke lembah derita yang tidak berpenghujung. "K-Kahwin. T-tolong kahwin dengan saya. Jangan tinggalkan saya. S-saya takut" -Sofea Irdina "Apa yang aku dapat kalau berkahwin dengan kau? Aku masih muda. Dan kau pun masih muda kan?" -Ash Arzhel "S-saya rela bagi seluruh jiwa dan raga saya pada awak asalkan awak ikat saya dalam satu ikatan sah. S-saya tak nak tanggung dosa" -Sofea Irdina Perkahwinan mereka akhirnya terbina. Sebuah perkahwinan bukan dari jaminan bahagia hanya berlandaskan nafsu semata. Hingga akhirnya perkahwinan itu musnah. Di tinggalkan Sofea tanpa belas kasihan. "Aku akan bertunang. Dan aku tak sanggup menduakan dia" "T-tapi saya.." "Sofea Irdina aku ceraikan kau" Runtuh dunianya saat aksara itu terbit di bibir lelaki yang paling dicintai selama ini. Ternyata cintanya tidak mampu meruntuhkan ego lelaki itu. "Bukan setakat pergi kalau kau mati sekalipun aku tak kesah" -Ash Arzhel 3 tahun berlalu... Hidupnya seperti sedang menanggung sebuah bebanan dosa. Walaupun sudah memiliki segalanya namun semuanya terasa kosong. Pudar. Menjadi tunangan buat Nazeera dahulu adalah pilihannya namun kini terasa tidak berharga lagi. "Kenapa you tangguhkan perkahwinan kita? Dah 3 tahun Ash kita bertunang tanpa ada jaminan I still waiting for you. Apa yang you cari Ash?" -Nazeera Ilyana Takdir seolah mengerti sehingga mereka di pertemukan semula dalam kebetulan yang tidak di sangka. Akankah takdir berpihak pada mereka? Mampukah Ash mengembalikan keluarga kecilnya? Siapa pilihan hatinya? Nazeera? Sofea? ' Mencintai tak seharusnya memiliki '
Give Me Your Forever [C] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 983,509
  • WpVote
    Votes 32,492
  • WpPart
    Parts 54
- Editing in progress- Adam Afham x Nadiya Aleesa Nadiya Aleesa menjadi ibu tunggal sebaik sahaja putera kecilnya, Amsyar, menjengah dunia. Luka perkahwinan yang musnah dek orang ketiga memaksanya membina hidup semula, demi anak yang menjadi punca kekuatannya. Adam Afham, yang berpegang dengan prinsip hidup just go with the flow, tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dengan Nadiya. Satu pertemuan menjadi dua, dan pertemuan ketiga membuatkan dia yakin, ini bukan lagi kebetulan. "Saya tahu awak boleh besarkan Amsyar sendiri. Saya tahu awak kuat. Tapi kuat macam mana pun awak. Saya tahu, awak tetap perlukan bahu untuk bersandar, kan?" - Adam Adfham Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz Naufal, bekas suami yang pernah menghancurkan hatinya, muncul menuntut peluang kedua pada saat Nadiya sedang membuka pintu hati untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya sebelum ni? Saya janji, selagi saya ada dengan awak. Saya akan buat awak bahagia lebih daripada sebelum ni." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus memilih. Tetapi ini bukan sekadar tentang dirinya sendiri.Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan.
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 83,730
  • WpVote
    Votes 5,899
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
Sisakan Aku Cinta | TERBIT by sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Reads 315,422
  • WpVote
    Votes 6,507
  • WpPart
    Parts 18
-
ZAR |  TERBIT by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,622,479
  • WpVote
    Votes 16,881
  • WpPart
    Parts 11
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024
CLEANERGIRL FOR ME:NAUFAL LUTHFAN XAVIER (COMPLETE) by nurluvie
nurluvie
  • WpView
    Reads 381,579
  • WpVote
    Votes 22,985
  • WpPart
    Parts 40
𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 7 [C O M P L E T E] "You are for me." Naufal Luthfan Xavier, jejaka dingin namun kegilaan wanita. Tidak berminat untuk bercinta namun hatinya dapat dicuri oleh seorang gadis yang hanya bekerja sebagai tukang bersih dipejabatnya. Farah Nur Aisyah, gadis yang dapat mencuri hati Naufal dengan senyuman manisnya. Seorang gadis biasa dan hanya belajar sehingga SPM sahaja oleh kerana keluarga tidak mampu menampung kos pembelajarannya. Masing-masing menafikan perasaan, Naufal sungguh mencintai Farah begitu juga Farah, namun dia sedar darjat dia dan Naufal jauh sekali. "Aku suka kau."-Naufal Luthfan Xavier. "Sedar darjat kita, Tuan Naufal. Sungguh jauh macam langit dengan bumi."- Farah Nur Aisyah. Lama-kelamaan perasaan tidak dapat dibendung lagi. Mereka akhirnya melafazkan cinta mereka. "Will you marry me?"-Naufal Luthfan Xavier. "Yes. I will."-Farah Nur Aisyah. Tetapi semua terhalang akibat abang Farah tidak merestui mereka. "AKU TAK NAK KAU KAHWIN DENGAN MAMAT NI!"-Faris Nor Aifiq. Farah mula buntu apabila diugut oleh abangnya. Faris Nor Aifiq seorang penagih dadah. "Kau kahwin dengan dia aku bunuh mak."-Faris Nor Aifiq. Farah mula tak keruan. Adakah perkahwinan mereka diteruskan? Apakah kesudahan cerita mereka? Sila lah baca. ⚠️:Mature readers! ⚠️:No plagiat(sepuk kang) ⚠️: Jangan mengikuti kata-kata kesat didalam story ini terima kasih. Start:6/3/23 End:9/6/23
𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐢𝐛𝐫𝐚𝐧 (𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭) by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 17,527
  • WpVote
    Votes 743
  • WpPart
    Parts 2
Sebarang update, penulis akan inform di instagram: @Lvndrella 🦋
Commando's: His Treasure (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 12,189,168
  • WpVote
    Votes 244,636
  • WpPart
    Parts 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
Young wife by miesyaxoxo
miesyaxoxo
  • WpView
    Reads 48,332
  • WpVote
    Votes 453
  • WpPart
    Parts 14
"I hate every single thing about this fucking marriage!"-Rasya Ariana "Abang akan pastikan Sya cintakan abang satu hari nanti"-Tengku Faiez Irfan "Angan-angan kau tu tinggi sangat lah orang tua!" ---- first karya! do support xoxo