👽👾🤖
5 stories
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,022
  • WpVote
    Votes 794
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,410
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
GLITCH (Ongoing)  by AlmondRiser
AlmondRiser
  • WpView
    Reads 1,120
  • WpVote
    Votes 196
  • WpPart
    Parts 23
ZIQN keluar dari kedai itu. Di hadapannya ada seorang budak lelaki sedang melintas jalan sambil menjinjing sebuah beg plastik. Ziqn tersenyum sendiri. Vuuumm!! Bunyi nyaring enjin kereta menganggu pendengarannya. Ziqn menoleh ke tepi. Ada sebuah kereta sedang meluru ke arah budak itu dengan laju. Masa seakan bergerak perlahan. Ziqn segera memecut ke arah budak lelaki itu. Bunyi hon menjerit nyaring. Ziqn mendapatkan budak lelaki itu dan memejamkan mata. Kereta itu akan melanggar mereka berdua kurang dari dua saat. Bunyi tayar bergeseran dengan tar membingitkan suasana. Zuuuppp! Tubuh Ziqn menghilang. Kereta itu pula terus memecut meninggalkan mangsanya. Namun, bukan itu yang terjadi. Ziqn membuka mata. Dia kini di bahu jalan, dengan budak tadi di dalam dakapannya. Ziqn melepaskan dakapan. Dia memandang sekeliling. Fragmen-fragmen kubik beraneka warna terapung-apung di sekitarnya sebelum ia beransur hilang secara total. Apa yang berlaku pada pemuda itu? Adakah kelebihannya itu satu anugerah atau malapetaka? Siapakah musuh dan siapakah teman? Dan, apa yang akan berlaku? Temui jawapannya dalam kisah penuh aksi heroik ini...
NOXIOUS by eiffelynne
eiffelynne
  • WpView
    Reads 29,477
  • WpVote
    Votes 2,729
  • WpPart
    Parts 48
[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragut lebih 70 nyawa tidak berdosa, kawasan galian itu terpaksa ditutup dan dirahsiakan tanpa diberitahu sebab-sebabnya. Kes langsung ditutup dan dibiarkan misteri. Kini, kawasan tersebut dibangunkan sebuah bangunan pendidikan diberi nama Universiti Intelektual Prima Perdana. Sebuah bangunan pendidikan teknologi terulung di Malaysia. Namun ada rahsia besar tersimpan kemas pada bangunan gah itu. Rahsia yang meletakkan status keamanan dalam bahaya.
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN by FirdausRosdi
FirdausRosdi
  • WpView
    Reads 98,281
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 61
Katilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbuka.Tetapi, pintu itu tidak akan terbuka luas tanpa sebarang pertumpahan darah. "Aku tidak takut untuk berlawan" Perlawanan bersilih ganti.Konflik yang memedihkan menjadi jawapan yg dicarinya selama ini. Yang berada di bawah, tidak selamanya akan tunduk. Mereka akan bangkit dan menentang untuk menuntut hari esok yang cerah.