death_skyz's Reading List
5 stories
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,118,385
  • WpVote
    Votes 309,235
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 25,453
  • WpVote
    Votes 1,590
  • WpPart
    Parts 25
Rutin Eliya Inara yang suka menulis diari di dalam LRT sambil memerhatikan gelagat 'Encik Ulat Buku' yang suka membaca itu berubah setelah perkenalan mereka dalam situasi yang memalukan! Masalahnya, Eliya dah buat gaya boikot tak nak naik LRT pun; Aydin Noah a.k.a. Encik Ulat Buku boleh muncul di mana-mana saja. Aydin pula selamba sahaja menuduh yang Eliya stalk dia. "Eh, sorry sikit. Tak ada maknanya saya nak stalk awak. Nak stalk macam mana kalau Facebook dengan Instagram pun awak tak ada? Such a nerd!" ~Eliya Inara~ Mula-mula memanglah Eliya hendak elakkan diri, tetapi lama-lama dia tercari-cari pula. Walaupun Aydin itu si genius Matematik yang nerd, tetapi apa yang dilakukan oleh Aydin mudah buat hati Eliya jadi hangat. "Jodoh ni ialah jodoh kalau tanpa dirancang senang sangat kita berjumpa dengan orang yang sama di tempat yang berlainan. Over and over again." ~Aydin Noah~ Memang pun Eliya jatuh suka dengan Aydin over and over again! Tapi... Aydin boleh selamba tayang muka tenang! Sebab itulah Eliya selalu keliru. Sudahnya, Eliya nekad untuk berterus terang apabila Aydin mahu ke luar negara selama setahun sebagai sukarelawan. "Saya suka awak dan saya rasa saya patut beritahu sebelum awak pergi." ~Eliya Inara~ "I'm sorry, Yaya." ~Aydin Noah~ Aydin pergi dan Eliya tinggal untuk pulihkan hati yang terluka. Baru sahaja Eliya mahu jayakan rancangan untuk 'move on' daripada Aydin, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali. Mulut kata tidak, sedangkan hati... "Saya rasa saya memang sukakan awak sangat-sangat."~Eliya Inara~ "Bak kata Mr Darcy daripada Pride and Prejudice, 'you have bewitched me, body and soul, and I love... I love... I love you."~ Aydin Noah~ Beranikah Eliya untuk jujur pada hati sendiri sekali lagi? Adakah kisah Eliya + Aydin akan bertemu perkataan TAMAT yang menggembirakan?
Prince on White Horse (Terbit) by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 2,238,676
  • WpVote
    Votes 51,985
  • WpPart
    Parts 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira berhutang nyawa dengan Haiqal sebanyak empat kali. Tapi bagaimana cara Aira membalas jasa kapten lanun yang menyelamatkan nyawanya? Macam mana pula dengan prince on white horse idaman hatinya? Jumpa atau tidak? P/S: A very cliche story. Jangan baca kalau tak suka keclichean. Sekian Berminat boleh beli di Shopee Kaki Novel https://my.shp.ee/Sc8Xo28
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 4,342,308
  • WpVote
    Votes 65,016
  • WpPart
    Parts 32
2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memulakan kerjanya yang pertama sebagai seorang houskeeper di situ tanpa mengetahui siapakah pemilik hotel mewah tersebut. Di fikirannya, CEO Lauren's Hotel pastinya dah tua. Rambut penuh uban yang memutih dan mempunyai cucu yang berderet-deret. "Hey, watch your eyes! Pervert!" - JANNA. Memang silap besar bila dia tuduh majikannya itu 'pervert'. Bagaikan satu mimpi ngeri baginya, dia sentiasa menjadi perhatian majikannya itu. "I don't know what kind of person you are. You have a beautiful face and I really hope you have beautiful manners too." - SYED FALIQ. Pertemuan demi pertemuan, JANNA ingatkan FALIQ akan membenci dia. Tapi dia salah. Serasa mahu luruh jantungnya bila FALIQ memperkenalkan dia sebagai bakal isteri kepada keluarga lelaki itu. "I ada prinsip hidup. Once I cakap I akan jaga you, that means, I memang akan jaga you." - SYED FALIQ Maka, perkahwinan antara mereka terjadi. Perkahwinan yang dibina tidaklah seteruk apa yang Janna bayangkan walaupun ia bukan berlandaskan rasa cinta. Tapi masalahnya, JANNA bukan menantu pilihan DATIN SRI SOPHEA. Bila sudah bergelar isteri kepada FALIQ, dia harus mengambil hati si ibu mentua. Tapi, mampukah dia untuk bersaing dengan si menantu pilihan?
MY LOVE MR STALKER || telah terbit 2023 - LoveNovelPublishing ❤ by Eyra_Shazleyra
Eyra_Shazleyra
  • WpView
    Reads 61,903
  • WpVote
    Votes 442
  • WpPart
    Parts 14
1st ❤ LoveStory ❤ by EYRA_SHAZLEYRA. Aleeya Afiera dipaksa kawin dengan kawan baik Zairel Zafwan yang langsung tak dikenali batang hidung. Setelah disahkan mengidap leukemia, Zairel carikan seorang lelaki yang akan menggantikan tempat dia di sisi Afiera. Lelaki yang Zairel yakin mampu menjaga adiknya. Akhirnya yang terpaksa jadi rela bila Afiera tahu siapa lelaki itu. Crush sendiri weh! Tak berbunga jiwa? Bertahun tengok dari jauh tup-tup jadi suami. Maknanya ini bukan kisah kawin paksa. Ini kisah bercinta selepas nikah yang kadang tahap sweet dia boleh potong kaki. Tapi rupanya bahagia yang diharap tak berpanjangan. Macam-macam dugaan menimpa walau bukan dengan kehadiran orang ketiga. Izz Khuzairi, seorang suami yang terlalu misteri. Perlu dirungkai satu persatu atau Afiera akan sentiasa dikuasai rasa di hati. Kadang dia hairan. Kuzer seolah-olah punya split personality. "You such a liar! Awak bukan seperti yang saya fikirkan." - Aleeya Afiera. "Coz I love you, sayang. I will do anything just for you." - Izz Khuzairi. Semakin lama hidup bersama, semakin tersingkap segala. Afiera walau kasar pada luaran tapi hati sebaliknya. Langsung tak mampu terima suami dia yang terlebih sweet itu rupanya seorang stalker. Lalu apa yang patut dia rasa? Apa yang perlu dia lakukan? Ketika Kuzer berusaha meraih kepercayaan kerana cinta dan tanggungjawab, Afiera makin menjauh. Ketika itu juga stalker sebenar munculkan diri merampas segala. Mungkin itu juga balasan Tuhan kerana dia sangsi dengan suami sendiri. Terlalu mengikut kata hati. Akhirnya Fiera dan Kuzer terpisah. Dipisahkan. Rupanya dia tak mampu kembali walau berpeluang melepaskan diri. Setelah terkurung, diseksa diri dan hati oleh manusia psiko, cinta tiba-tiba beralih arah. Lalu perpisahan yang dipinta. # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara. # Publish on November 2019