Donbesad
- Reads 4,956
- Votes 99
- Parts 13
Azhan yang sukar menerima takdir keluarganya bila ayah menduakan ibunya di saat ibunya sedang bertarung nyawa. Hanya kerana itu, hubungan yang ada kian renggang dan cukup dingin.
Pemergian arwah ayah dan ibu tirinya dalam satu kemalangan pula menambah duka di hati Azhan dengan kehadiran dua insan yang tidak berdosa, Aqif dan Sofia.
Amanah yang perlu jaga tanpa kerelaan Azhan.
Tapi kehadiran kedua-duanya sedikit pun tak mengubah keadaan. Malah hanya menambah kedinginan hubungan Azhan dan umminya yang sering membela Aqif dan Sofia.
Azhan berterusan rasa tersisih walaupun dalam keluarga sendiri. Dia menjauh meskipun kebajikan amanah yang tergalas di bahunya tetap terjaga dengan baik.
Hinggalah berlaku lagi insiden yang membuatkan kehidupannya berubah lagi tanpa dipinta. Takdir berterusan memilihnya.
Kehadiran Aneera tepat pada waktunya dalam dia tak punya pilihan lain.
Namun, mampukah Azhan kembali merasa bahagia dengan takdir yang tidak mampu ditolak?