Azarul1210's Reading List
11 stories
Suratan Takdir Untukku by liaatishaa
liaatishaa
  • WpView
    Reads 5,148,351
  • WpVote
    Votes 115,289
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
Aku Bukan Isteri Simpanan  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 2,116,271
  • WpVote
    Votes 50,173
  • WpPart
    Parts 45
Perkahwinan yang terjadi hanya kerana satu amanat. Perkawinan yang dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga. Demi melanjutkan pelajaran mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Bagaimanakah perkahwinan ini dapat diteruskan seperti biasa apabila hari yang dinantikan Syazira dikhianti Adam. Apabila bahagia mulai mencecah , kehidupan mereka kembali retak dengan panas baran Adam yang tidak habis-habis mencemuh Syazira. Apabila Adam sudah sedar akan kesilapannya , ego Syazira mulai tinggi. Benci dan cinta bercampur-baur di dalam hatinya. Bagaimana pengakhiran kisah cinta mereka? Sanggupkah Syazira terus menerus menjadi isteri simpanan kepada Adam?
KU PINTA BAHAGIA (COMPLETED) by chiaaatt_
chiaaatt_
  • WpView
    Reads 1,277,432
  • WpVote
    Votes 46,271
  • WpPart
    Parts 68
4 tahun Iman Bella menjadi isteri yang terbaik, cuba mencari redha Allah dengan menjadi isteri yang diredhai suami. Tapi dia sangkakan bahagianya akan kekal, ternyata dia dicurangi dan dikhianati oleh suami yang dia cintai. dia memilih untuk pergi.. cuba untuk bangkit.. dan ketika dia tekad untuk bangkit, dan mencari kebahagiaan sendiri, ramai jejaka datang menjanjikan bulan, bersumpah setia,mencurah kata cinta.. tidak lagi ku pinta cinta di dunia, ku hanya pinta bahagia -Iman Bella
[OG] Akad Yang Terlarang by ssyqienn
ssyqienn
  • WpView
    Reads 10,166
  • WpVote
    Votes 532
  • WpPart
    Parts 8
4TH NOVEL BY SSYQIENN HIATUS SEHINGGA 31/12/19 Nur- Cahaya Dina- Cinta Cintanya yang ikhlas buatkan dia berani meminang seorang lelaki untuk menjadi pendampingnya hingga akhir hayat. Erul Afiq lelaki yang dipilihnya. Namun sayang, orang tuanya tidak berkenan dengan pilihannya kerana mereka mahu menjodohkannya dengan lelaki yang sama taraf pendidikan dengannya. "Apa yang awak pandang pada saya, Dina? Pelajaran saya setakat pmr sahaja. Lebih baik awak terima pilihan ibu bapa awak. Pilihan mereka InshaAllah bahagia akan menjemput awak."- Erul Afiq "Saya pandang hati awak. Walaupun pelajaran awak tak tinggi, tapi awak terlalu merendah diri. Itu sudah lebih dari cukup kan?" - Nur Dina. Nur Dina bertegas mahu diperisterikan Erul Afiq. Maka mereka berakhir di selafaz akad yang terlarang. Bagaimana mereka mengharungi cabaran dalam rumah tangga? Tidak lain dan tidak bukan, mendapatkan restu ibu bapa. Terbelakah kasih seorang Erul jika dia hanya lepasan pmr sahaja? Perbezaan antara ketinggian pelajaran menjadi isu. Adakah cinta untuknya itu benar wujud? Inilah kisah seorang Erul dan Dina yang mengagungkan cinta seperti manusia lain sehinga terciptanya buku Akad Yang Terlarang yang membawa kebahagiaan dan kedukaan sepasang suami isteri ini. START: 26 SEPT 19 END:
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 1,422,229
  • WpVote
    Votes 53,006
  • WpPart
    Parts 101
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?
LIGHT by Iramendess
Iramendess
  • WpView
    Reads 204,179
  • WpVote
    Votes 9,465
  • WpPart
    Parts 54
[PEMENANG THE ICE AWARD 2018] Dia ibarat penerang dikala aku dilanda kekusutan [TAMAT]
Pelacuran Cinta(boyxboy) by xenxhinicon
xenxhinicon
  • WpView
    Reads 307,476
  • WpVote
    Votes 11,197
  • WpPart
    Parts 50
Kehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi penyebab hidupnya musnah. Selepas tamat sekolah, maka bermulah kisahnya yang terpaksa melayan nafsu serakah manusia yang tiada erti takut untuk menodai orang seperti dia. Hutang ayahnya dilangsaikan dengan cara yang paling jijik. Namun, setelah sekian lama, takdirnya berubah disaat dia bertemu sang malaikat penyelamat yang membawa dia keluar dari neraka kecilnya. Namun, bayaran harga dirinya bukanlah sekadar begitu sahaja. Setiap kebaikan ada terselit satu perjanjian. Dari situ, dia bertemu dengan Yusof. Seorang lelaki yang penuh misteri namun, disebalik wajah dan perangainya, tersimpan sekeping hati yang terluka. Aizat merasakan bahawa hati Yusof perlu dirawat. Hatinya perlu disembuhkan. Mampukah dia menarik Yusof keluar dari ruang dukanya? Mampukah Aizat membawa sinar baharu dalam dunia Yusof? Pelacuran cinta... Dimana satu jiwa dibayar demi kepentingan satu jiwa yang terluka... Ps: mintak maaf pada yg selalu terasa keliru tentang watak Aizat. Tapi cerita ni, Aizat tu lelaki ye. Dan ini adalah cerita berunsurkan lelaki dengan lelaki, gay lah senang cakap. Jadi kalau tak suka baca tak apa, faham. Harap maklum. Harap takde lagi salah faham dan kekeliruan. Please baca tag ye. Terima kasih.
Roommate Aku Senior..!! by ShahIjam
ShahIjam
  • WpView
    Reads 290,815
  • WpVote
    Votes 6,986
  • WpPart
    Parts 35
Ingat duduk jauh dari Mak ayah ni merasa la bebas sikit...Tapi tak sangka ada pulak yang menjaga aku dekat sini...Alamakkkk...!!!
+2 more
With You... (Slow Update) by jaydenjames89
jaydenjames89
  • WpView
    Reads 15,924
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 7
Bukan mudah membengkokkan besi yang sudah sedia lurus dan keras. Namun dengan sedikit usaha, ia mampu bengkok juga. Seorang lelaki yang dihalau akibat difitnah, Azrul a.k.a Boy menjejakkan kaki ke bandar metropolitan untuk membawa dirinya sendiri. Akibat hasutan abang dan bapa tirinya, dia difitnah dan dihalau oleh ibunya sendiri. Boy berjanji, dia tak akan pulang semula ke tanah kelahirannya itu. Seorang kerani bank yang kacak, bertubuh tegap sasa, dan bekerja separuh masa sebagai jurulatih tinju, Faris Hayder berasal dari keluarga yang kaya raya. Namun pada usia muda dia memilih untuk berusaha sendiri dan tinggal berasingan dari keluarganya. Hubungan dengan abang kandungnya Faiq Harris yang goyah juga menyebabkan dia jarang pulang. Ketangkasan Faris menyelamatkan Boy dari dibelasah sekumpulan gangster merupakan permulaan perkenalan mereka. Dari orang asing, kepada kawan, kemudian menjadi sahabat dan akhirnya...
Cashier Jambu (Complete) by EddyKhuzairi
EddyKhuzairi
  • WpView
    Reads 186,472
  • WpVote
    Votes 3,428
  • WpPart
    Parts 22
Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Sharizan yang belajar di sebuah kolej untuk mendapatkan ijazah. Sharizan bukan sahaja memiliki wajah yang jambu, malah seorang yang peramah. Semasa cuti semester kolejnya, Sharizan mengambil kesempatan untuk bekerja sambilan di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Namun terjadinya satu peristiwa yang mengubah segala persepsinya terhadap kerjanya dan sedikit sebanyak mengajarnya tentang realiti alam pekerjaan. Kesalahan kecil yang dilakukan Sharizan sedikit sebanyak menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan. Pelbagai peristiwa menyusul dan pelbagai persoalan yang akhirnya dirungkai sepanjang dia bekerja di pasaraya tersebut.