Updated
35 stories
Bolehkah Aku Mencuri Hatimu?√ [E] by jenahsquid
jenahsquid
  • WpView
    Reads 126,707
  • WpVote
    Votes 3,792
  • WpPart
    Parts 55
"Hah? Apa kau cakap tadi? " Aleya bagaikan tak faham dengan soalan Adam. "Kalau aku cakap aku suka kat kau apa kau nak buat? " soal Adam semula. "Err.. " Lidah Aleya kelu. Tak tahu nak jawab apa. "Aku.. Diam je kot" jawab Aleya tak pasti "Fine. Aku suka kan kau" ____________________________________ "Kau tu jantan! Aku ni perempuan! Tak elok duduk bersebelah macam ni! Kalau ada sebab tak pelah jugak! " ujar Aleya sambil menolak badan Fadhli agar jauh. "Aku ada sebab" kata Fadhli. Aleya mengangkat sebelah keningnya. "Sebab aku sayang dan cintakan kau. Lagipun. Kita kan dah tunang." semua tergamam. "Sejak bila weh?" mulut Aleya ternganga. ____________________________________ "Aleya. Hati hati tau" Aleya tergelak kecil. Terlalu risau sahabatnya. "Taulah. Wafiy kan ada" Aleya pun berbisik jugak. "Aku nak kau hati-hati dengan Wafiy. Hati aku rasa tak sedap ni" Aisyah berkata dgn nada resah. Matanya kerap memandang ke arah Wafiy. Dan Aisyah nampak. Dekat bahagian bawah tempat duduk Wafiy. Pistol. ____________________________________ Susah bila kau dah jadi tunang orang, tapi dalam masa yang sama, kau tak tahu pun kau dah tunang. Wth? Lagi susah bila tiba-tiba crush kau confess kat kau. Lagi susahnya pulak, bila ada mamat psycho yang gilakan kau. Nak tahu satu contoh siapa yang hidup macamtu tak? Nor Aleya Sofea. ____________________________________ Dua kisah. Satu buku. Dua jiwa. Satu perasaan. Satu buku. Semua merepek. 29052017 : #373 in romance 31052017 : #340 in romance 22062017 : #207 in romance Buku ini sedang dalam pembinaan semula. (Edit lah. Takkan tak faham). So... Sebarang KepEliKaN harap diabaikan. Ni Jenah tulis time 12 tahun tau. So jangan salahkan Jenah kalau korang mati kegelian dgn scene yg cringe . I Love You 3000 to all of my readers and voters (๛ ˘ ³˘)♥
[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas  by sweetiftisour
sweetiftisour
  • WpView
    Reads 100,138
  • WpVote
    Votes 5,115
  • WpPart
    Parts 21
"Senang cerita. Dua bulan lepas masa saya bawa flight pergi Perth tetiba saya rasa nak kahwin. Tiga hari berturut-turut saya fikir pasal tu kat sana. Dapat keputusan, balik rumah saya terus utarakan niat saya pada ummi dan walid. Saya minta diorang tolong cari calon. Dua hari lepastu, ummi tunjuk saya gambar awak dan saya terus setuju. Tiga hari kemudian, ummi dengan walid hantar cincin dan sehari lepas proses meminang tu saya pergi rumah jumpa awak. Tengok awak dengan mata sendiri dan saya berkenan. And then... here we are now." Satu persatu perkataan yang keluar dari bibir dia masuk ke dalam telinga. Aku dengar dan aku hadam. "Awak jumpa saya cuma sekali je. Macam mana awak boleh cakap yang awak berkenan?" Kalau tadi aku, kini giliran dia pula dekatkan dada pada meja sekaligus mengurangkan jarak antara muka aku dan dia. Seluruh wajah aku diperhati lama. Senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya makin melebar. "Hati manusia Allah yang pegang. Jadi kalau nak tahu jawapan tanyalah DIA." *** Sebuah cerita yang sangat sangat sangat cliche. Selamat membaca ??
Tunang Untuk Dua Bulan [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 154,806
  • WpVote
    Votes 6,337
  • WpPart
    Parts 22
"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." Nama aku, Alia. Macam yang korang baca dari dialog dekat atas, aku dengan sepupu aku, kami berdua akan menjadi isteri kepada anak-anak Maklong. Haih.. Siapa yang nak kahwin dalam usia yang muda ini? Aku baru je masuk umur 25 tahun dan dah ada pula yang nak masuk line jadi suami aku. Orangnya pula... Nauzubillahiminzalik! Memang bukan taste aku lah kiranya! Muhammad Izani - Segak, hensem, kerja sebagai Chief Administrative Officer dalam syarikat milik keluarga mereka. Apa yang aku tak suka pasal lelaki ini? "Ini ke cara bercakap dengan orang yang setahun tua dari kau?" "Alia. Watch your words." "Kau kata apa tadi? Kalau kita tak suka satu sama lain, baru kita tak jadi kahwin, kan? Apa susahnya? Aku buat kau jatuh cinta dekat aku.." Nampak? Dia punya poyo, kerek, berlagak, bajet perfect - Sifat yang negatif semuanya ada dekat dia, lengkap! Nak pula kena kahwin dengan aku yang memang suka membebel, cepat marah dan tak kenal maksud mengalah. Huru-hara dibuatnya! Boleh ke aku dengan Izani survive dalam tempoh dua bulan bertunang? Tempoh bertunang itu tak lama dan tak sekejap. Aku dengan pelan untuk mansuhkan pertunangan ini dan dia pula, dengan pelan untuk buat aku katakan 'Ya, aku nak jadi isteri kau!' Siapa yang menang? Published on 25th April 2018
Sampai Ke Hari Tua by nisazalika
nisazalika
  • WpView
    Reads 55,264
  • WpVote
    Votes 1,774
  • WpPart
    Parts 18
[COMPLETED] "Jodoh tidak akan pergi kemana, kalaupun memang bukan jodohnya apapun dan bagaimanapun kita mengusahakannya Allah pasti mempunyai cara yang lebih indah untuk tidak mempersatukannya. Begitu juga sebaliknya, apabila memang telah berjodoh maka sejauh apapun jaraknya bahkan tidak mengenal sekalipun, Allah selalu mempunyai cara yang sempurna untuk bisa mempertemukannya. " Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan antara Mikayla Delisha dengan Carl Zafran telah memukan Mikayla dengan Mikail Firash, seorang barista yang sering di label 'anti-perempuan.' Kehadiran Mikail dalam kehidupan Mikayla telah banyak mengubah dirinya. Kematangan Mikail berfikir telah menarik perhatian Mikayla. Namun langit tidak selalunya cerah, kehadiran semula Rania Fathini dalam hidup Mikail, membuatkan Mikayla terpaksa mengundurkan diri. Apakah kesudahan cerita Mikayla? Mampukah dia menemukan kebahagian yang dicarinya selama ini? "I minta maaf. You terlalu baik untuk I. I tak layak dapat perempuan macam you. I'm so sorry." - Carl Zafran "Hati yang telah dihancurkan sama seperti kertas yang telah direnyukkan. Walau dapat kembali pada bentuk asal, namun kesannya masih ada" -Mikayla Delisha "Cakap pasal first love. Rasanya first love saya takkan pernah tahu bahawa dia yang pertama." - Mikail Firash "Kita memang ditakdirkan bersama. Tengoklah kita sekarang. Kita dipertemukan semula. I cinta pertama you dan selamanya, Mika." -Rania Fathini
Cinta Saya Untuk Awak by afiraaysha
afiraaysha
  • WpView
    Reads 275,858
  • WpVote
    Votes 7,693
  • WpPart
    Parts 60
"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi dia pilih si Daniel Iskandar itu. Apakah kekurangan saya? Apa yang dia ada yang saya tak? " - Faris Zakaria Trust me,Faris. Saya menyoal diri saya soalan yang sama setiap hari. Apa yang dia ada yang saya tak? Kenapa awak tak nampak betapa dalamnya cinta saya untuk awak? "Saya tak pernah dan tidak akan cinta awak. Forget me,Mila. Find another one yang lebih baik daripada saya." - Faris Zakaria Pada saat dia memerlukan sokongan seseorang,hadirnya Wan Rayyan di dalam hidupnya yang membuatnya meragui cintanya terhadap Faris. "Mila,tolong terima pinangan saya." - Wan Rayyan Semua yang terjadi bagai mimpi yang indah bagi Mila. Kehadiran Faris dan Rayyan dalam hidupnya. Namun,hatinya hanya dapat dimiliki oleh seseorang. Siapakah orang istimewa itu? Walaubagaimana pun,semua ini adalah rancangan Allah. Qada dan Qadar Allah. Mungkin wujudnya lelaki lain untuk mencuri hati Mila? Penentuan Allah terhadap makhluk-Nya tidak diketahui kecuali bila tiba waktunya.
thank u , next future husband 👈/✔️ by shayahyh
shayahyh
  • WpView
    Reads 61,800
  • WpVote
    Votes 1,593
  • WpPart
    Parts 26
mengisahkan seorang gadis yang berasal daripada keluarga yang kaya raya dan bersifat badgirl , namun dia diarah untuk mencari seorang suami dengan cara interview setiap calon yang hadir untuk menjadi suaminya💞namun siapakah yang akan dapat mengambil hatinya ? dan membuat contract dan menerima bayaran yang lumayan daripada si gadis tersebut?🔥
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️ by rosesqila
rosesqila
  • WpView
    Reads 262,596
  • WpVote
    Votes 8,668
  • WpPart
    Parts 51
Dengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seorang jejaka mengubati hatinya yang terluka. Dia mula tercuit hati. . Siapakah yang bakal merebut hatinya? Siapakah yang bisa meruntuhkan egonya? . -Kalau kau boleh buat, aku pun boleh- . Enjoy my first novel. vote . Start: 10/12/18 End: 17/03/19
Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta) by cikshazee
cikshazee
  • WpView
    Reads 90,113
  • WpVote
    Votes 1,811
  • WpPart
    Parts 16
PRIMA FACIE SHERA ZULGHAFAR Sem. Malaysia RM26.00 Sabah/Sarawak RM29.00 Sinopsis: Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. "Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?" - NUR NADHRAH "Well, that depends on how we are treated." - AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terlampau benci. Nanti akan jatuh sayang! Bagaikan magnet yang berbeza kutub, mereka akan kembali bercantum. Di mana ada Nadhrah, di situ juga ada Raffi. Kehadiran Sarah, bekas kekasih Raffi, kembali mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Aiman Suffi yang dalam diam sudah lama menaruh hati dan perasaan pada Nadhrah. Mereka berdua punya matlamat yang sama: masing-masing mahu cinta mereka diterima Nadhrah dan Raffi. "Kalau susah sangat, kau kahwin aje dengan aku, Nad! Habis cerita!" - AIMAN SUFFI "Penting sangat ke Nadhrah dalam hidup you ni, Raffi?" - SARAH AYESHA Namun, ada satu rahsia besar yang disembunyikan Raffi daripada pengetahuan Nadhrah. Tanpa diduga, malang yang menimpa Nadhrah membuatkan dia terpaksa bergantung harap pada lelaki yang pernah dibencinya. Tanpa sedar, timbul satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam hatinya yang selama ini membenci seseorang yang bernama lelaki. Mampukah Nadhrah merendahkan egonya dan berterus-terang pada Raffi akan perasaannya yang sebenar? Atau, patutkah dia tepis rasa rindu dan sayang yang kian mekar di dalam jiwa? Dalam mencari kebenaran, siapakah Nadhrah di dalam hidup Raffi? Apa rahsia yang selama ini Raffi sembunyikan daripada pengetahuan gadis itu? Tidak dicintai memang menyedihkan, tetapi jauh lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama ketika hati sudah saling mencintai. Jika harus memilih antara nafas dan cinta, maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan aku cinta padamu.
SURI HATI SI NERD (Complete)  by tnyfuzi
tnyfuzi
  • WpView
    Reads 163,193
  • WpVote
    Votes 6,890
  • WpPart
    Parts 53
💞 PEMENANG PERTAMA HELIOS AWARD 💞 💞 PEMENANG KE-2 WHITE DIAMOND AWARD 💞 💞 BEST FICTION FOR BESTIES AWARD 2018 💞 💞 PEMENANG TEEN FICTION AWARD 2018 💞 Bila budak nerd Aidin Saufi jatuh cinta dengan awek ketua kumpulan budak nakal di sekolah Kayla Aurora. Tanpa diduga kerana untuk membalas budi keluarga mereka terpaksa berkahwin walaupun masih dialam persekolahan. Pelbagai cara Aidin untuk mengambil hati Kayla tetapi mampukah Aidin memikat suri hati yang dipuja dalam diam untuk kekal hidup bersama dengannya. Jika mereka sudah berbaik adakah kisah silam si nerd akan menghantui hubungan mereka. Kisah silam yang mengubah dia menjadi seperti sekarang. "Kayla, saya suka tengok awak ketawa, cantik." Aidin Saufi "Ingat pesan aku, kau jangan nak kantoikan hubungan kita ni, aku tak suka dan itu boleh buat aku bencikan kau." Kayla Aurora "Kau! jangan nak tunjuk muka nerd tu dekat aku ya. Lagi satu, jangan mimpi Kay nak dengan kau. Lembap!" Farid. _"Jika anda membaca cerita ini di mana-mana platform lain selain Wattpad, anda mungkin berisiko tinggi dengan serangan virus. Jika anda ingin membaca cerita original dalam keadaan selamat, sila pergi ke (masukkan link Wattpad). Terima kasih."_ ******** Permulaan nak buat cerita cinta budak sekolah. Mula - 31 May 2018. Finish - 09 Feb 2019 * Sorry jika ada penggunaan ayat n tatabahasa yang tak betul. Sis masih dalam proses pembelajaran.✌. Dan sis dlm proses mengedit story dari bab awal.
Hanya Ada Kita by atheaariz
atheaariz
  • WpView
    Reads 542,165
  • WpVote
    Votes 1,410
  • WpPart
    Parts 2
"Aku upah kau bukan untuk jadi PA semata-mata, Zareen. Aku nak kau siasat sesuatu dalam hotel ni." - Ahsan Zareen Abdullah hanya mahukan kerja yang tenang. Tapi saat dia menerima tawaran sebagai pembantu peribadi kepada Ahsan Hawari dia tidak tahu bahawa dia sedang melangkah ke dalam kegelapan. Malam di hotel itu menyembunyikan sesuatu-pekerja yang ketakutan, lorong-lorong yang hanya berfungsi selepas tengah malam, dan van yang datang tanpa jejak. "Saya tak nak terlibat dalam benda ni." - Zareen "Tapi dia ada di sini, Zareen. Kau nak lepaskan peluang macam ni?" - Ahsan Kelibat seseorang yang pernah hilang dari hidupnya muncul di antara bayang-bayang. Zareen sedar-ini bukan sekadar tugas. Ini adalah peluang untuk dia menebus kesilapan yang telah berlaku. "Aku tak peduli apa jadi lepas ni, tapi aku nak mereka semua keluar dari sini." - Ahsan "Saya pun." - Zareen Tetapi bila bahaya semakin menghampiri, satu keputusan drastik perlu dibuat. "Mulai sekarang, kau bukan sekadar PA aku, Zareen. Kau isteri aku." - Ahsan "Kahwin bukan penyelesaian." - Zareen "Mungkin bukan. Tapi itu satu-satunya cara aku boleh lindungi kau." "Sebab dalam permainan ni, Zareen... hanya ada kita." Antara rahsia dan kepercayaan-mampukah mereka keluar sebelum semuanya terlambat? Atau ikatan ini hanya akan membawa mereka lebih jauh ke dalam kegelapan?