Love story [complete ]
7 stories
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 4,546,778
  • WpVote
    Votes 90,136
  • WpPart
    Parts 84
Sequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan anak aku! Lagipun kau dah lupa, aku yang beli kau? Hmm? Jadi kau sepatutnya patuh dengan setiap arahan aku!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 𝐐𝐇𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐄, gadis yatim piatu berusia 18 tahun yang dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Saban hari dia diseksa, dicaci, dicemuh dan bapa saudara serta sepupu lelakinyanya juga sudah hampir beberapa kali cuba untuk meragut kesuciannya. Dek kerana bebanan hutang dan rasa benci kepada gadis polos itu, Aisya Qhaisarah Rose dijual demi melunaskan hutang mereka sekeluarga. 𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐅𝐈𝐐 𝐙𝐀𝐘𝐘𝐇𝐃𝐈𝐓𝐇, sebaris nama yang sangat digeruni di dalam dunia perniagaan dan di dalam dunia pembunuhan. Jejaka berusia 25 tahun yang memiliki sifat kejam dan panas baran. Tampan dan kaya namun tidak berperikemanusiaan. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang dicintai olehnya. Gadis yang menjadi pilihan hatinya namun dibantah keras oleh keluarganya. Bertemu dengan Aisya Qhaisarah Rose yang dijadikan pelacur di sebuah kelab malam yang terkenal. Dia bertekad mahu membeli gadis sunti itu dan dibawa pulang ke 'istananya'. Disangkakan jejaka itu penyelamatnya, namun hanya tubuhnya sahaja yang diingini oleh jejaka itu. Kerana tidak tahan menanggung dosa, Aisya Qhaisarah Rose meminta agar dia dinikahi dan jejaka itu bersetuju tetapi dengan syarat, perkahwinan itu menjadi rahsia. Dijadikan isteri namun dilayan tidak ubah seperti seorang perempuan simpanan. "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 713,288
  • WpVote
    Votes 33,543
  • WpPart
    Parts 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
Prince on White Horse (Terbit) by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 2,238,789
  • WpVote
    Votes 51,985
  • WpPart
    Parts 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira berhutang nyawa dengan Haiqal sebanyak empat kali. Tapi bagaimana cara Aira membalas jasa kapten lanun yang menyelamatkan nyawanya? Macam mana pula dengan prince on white horse idaman hatinya? Jumpa atau tidak? P/S: A very cliche story. Jangan baca kalau tak suka keclichean. Sekian Berminat boleh beli di Shopee Kaki Novel https://my.shp.ee/Sc8Xo28
RIYANARA | YOU'RE THE ONE by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 496,413
  • WpVote
    Votes 21,796
  • WpPart
    Parts 83
[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau dahulu, di dalam dinginnya dia masih murah dengan senyuman. Namun, selepas kejadian itu, sukar sekali untuk melihat senyumannya. Kalau ada pun hanya senyuman sinis. Baginya, senyumannya telah hilang sebaik sahaja jasad tunangnya berpisah dari roh. Dia telah bernekad untuk membalas dendam atas perbuatan orang yang diyakini membunuh tunangnya itu. Baginya, orang yang melanggar tunangnya tidak berhak bahagia. ARALYN HUSNA Seorang gadis yang ceria, lemah lembut, cantik, pandai dan mudah disenangi ramai. Suka membantu orang sekeliling membuatkan dia sangat disayangi. Namun, satu tragedi telah memaksa gadis itu membawa diri ke tempat orang. Dua tahun dia di Singapura, akhirnya dia pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sahabatnya. Kepulangannya menjadi berita gembira apatah lagi di saat dia menyatakan bahawa kepulangannya itu adalah selamanya. Pertemuan RIYYAN AQASHAH dan ARALYN HUSNA merubah kehidupan dua insan itu. Hidup ARALYN menjadi lebih rumit apabila dia dilamar oleh RIYYAN tanpa pengetahuannya. Perkahwinan yang berpunca dari dendam membuatkan gadis itu dimaki, dihina dan dijadikan tidak ubah seperti seorang hamba. Namun, di saat hati mulai menerima, satu tragedi telah menimpa ARALYN membuatkan gadis itu menghidap amnesia. Perubahan layanan dan sifat gadis itu membuatkan RIYYAN berasa kehilangan yang lebih berat berbanding kehilangan tunangnya dahulu. Pelbagai cara dilakukan untuk menangi hati si isteri semula. Mampukah RIYYAN meraih cinta si isteri semula atau kata pisah menjadi pengakhiran? *** Diinspirasikan dari drama bersiri Thailand yang bertajuk "kluen chewit" tetapi banyak yang diubah. ----- START: 1/11/2021 PUBLISH: 29/01/2022 END: 11/07/2022
Abangku, Suamiku!   by safikah_rohiman
safikah_rohiman
  • WpView
    Reads 1,538,518
  • WpVote
    Votes 33,254
  • WpPart
    Parts 74
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. Tetapi dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Lelaki itu adalah Irfan. Satu rahsia yang tidak pernah diketahuinya menyebabkan hatinya terseksa. Di sebabkan rahsia itu juga,dia terpaksa berkahwin dengan Irfan. Lama-kelamaan,Alisya telah jatuh cinta terhadap Irfan. Sikap Irfan yang sentiasa mengambil berat terhadapnya dan sentiasa mengusiknya menyebabkan hati dia tertarik dengan Irfan. " Hai sayang,masak apa tu?" -Alif Irfan " Masak kari kepala Irfan," -Puteri Alisya Siapa Irfan sebenarnya? Adakah irfan juga mencintai Alisya? Adakah mereka akan kekal selamanya ataupun sebaliknya? Kalau nak tahu Abangku, Suamiku! ada jawapannya.
The Chosen One by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,209,099
  • WpVote
    Votes 62,449
  • WpPart
    Parts 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.
Precious Wife by TheAJ__
TheAJ__
  • WpView
    Reads 531,324
  • WpVote
    Votes 29,522
  • WpPart
    Parts 88
"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". -NUR TIARA- Namun pertemuan dua jiwa itu tidak henti begitu sahaja.Takdir mempertemukan mereka berdua kembali pada suatu malam yang suram dan hening. Dan kali ini,si jejaka yang agak dingin itu pula yang mula menegur si gadis manis itu. "Manusia zaman sekarang ramai sangat yang hipokrit.Haritu masa first time aku jumpa dengan kau bukan main lagi kau bertudung litup kan?Harini dah hilang pula tudung tu.Kau dah bakar ke?" AARIZ RAYDEN- "Kau siapa?Ni lagi satu aku nak tanya kau.Kau bodoh eh?Buat apa aku nak bertudung litup sedangkan aku ni lelaki". -NUR TIARA- Bagi AARIZ RAYDEN, si gadis hanya mahu mengenakan dia sahaja.Tidak tahu apa yang menarik tentang NUR TIARA itupun dia tidak tahu sampai sanggup upah orang untuk menyiasat tentang latar belakang gadis itu. Perubahan sikap dan watak pada NUR TIARA semakin lama semakin ketara sehingga pening dibuatnya.Kejap macam ni,kejap macam tu. Siapakah NUR TIARA sebenarnya? Satu lagi rahsia yang mengejutkan AARIZ RAYDEN tentang gadis itu.Satu rahsia yang membuatkan dia nekad ingin menjadikan NUR TIARA sebagai teman hidup dan matinya secara sah!Akan tetapi, ditolak sekeras-kerasnya oleh gadis itu.Dia tidak mahu libatkan orang lain. "Siapapun diri kau yang sebenarnya,percayalah! Pada mata aku, kau tetap yang satu.Dan selama-lamanya kau akan menjadi cinta hati aku.Kau adalah salah satu anugerah paling berharga yang ALLAH berikan pada aku didunia ni.You are forever my precious wife" AARIZ RAYDEN- Setelah mengetahui akan hal yang sebenarnya, mampukah AARIZ RAYDEN mengeluarkan NUR TIARA daripada dunianya yang satu itu?Dunia yang penuh dengan liku-liku dendam kesumat yang tidak pernah padam sejak dulu lagi. Persoalannya, benarkah NUR TIARA 'precious wife' kepada AARIZ RAYDEN?