mairina_z
- Reads 2,685
- Votes 222
- Parts 4
Epol teko × Syara
Motor itu namanya Teko.
Bising, panas, suka merajuk sama peliknya dengan tuannya, Epol Teko.
Orang nampak dia sekadar mat motor. Bising jalan raya, berjaket kulit, penuh minyak hitam. Tapi Aisyara pelik kenapa lelaki itu terlalu berbeza?
Tak pernah sentuh, tak pernah ambil kesempatan, malah lebih tahu jaga batas daripada lelaki 'alim' yang pernah dia jumpa.
Aisyara hidup dalam dunia lain. Tudung labuh, tenang di mata orang, tapi di balik diamnya ada luka lama seorang abang yang mati kerana geng motor.
Sejak itu, enjin bising jadi musuh nombor satu dalam hatinya.
Pertemuan mereka sepatutnya hanya sekali.
Tapi takdir pelik terus mengikat. Hari-hari mereka dipaksa berbual, ketawa pada perkara rawak, belajar menghormati dunia yang asing, hingga terbit satu persahabatan yang aneh tapi tulus.
Namun semakin rapat, semakin jelas ada bayang yang Epol sembunyikan. Satu sisi kelam dari masa silamnya, yang kalau terbongkar, mungkin akan memutuskan segala ikatan.
Kerana di hujung setiap senyuman, ada rahsia yang sanggup meruntuhkan seluruh persahabatan. Dan di celah-celah setiap gurauan, ada rasa yang perlahan-lahan mula berdegup rasa yang Aisyara cuba nafikan.
"Aku tak janji aku boleh bahagiakan kau... tapi aku janji aku takkan biar kau hadap dunia ni sorang-sorang."- Ezrrul Aqmal
"Aku tak minta kau ada, tapi kenapa bila kau ada, dunia ni rasa kurang bising?"- Siti Aisyara
"Rentak Dua Dunia"kisah tentang seorang mat motor dan seorang gadis tudung labuh, tentang dua dunia yang dipaksa bersilang, tentang bagaimana persahabatan boleh jadi ubat, tapi juga boleh jadi luka paling dalam.