Novels that I enjoy!
17 stories
Emelda (Sudah Diterbitkan) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 34,721
  • WpVote
    Votes 2,546
  • WpPart
    Parts 26
Sejak dari umurnya belasan tahun lagi, Akasyah sudah tahu Emelda adalah belahan hatinya. Satu-satunya wanita yang dia mahu sentiasa ada di dalam hidupnya. Tapi dia tidak pernah dapat faham mengapa Emelda sering menolak cinta yang dihulur olehnya. Dibayangi rasa risau akan kehilangan gadis itu, Akasyah meminta Taufiq untuk melepaskan Emelda ke dalam jagaannya dengan janji, dia akan menjadi suami terbaik untuk Emelda. "You deserved better, Akasyah." - Emelda "I don't want better. I just want you." - Akasyah Tinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri. Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri yang dia yakin lambat laun akan tetap tunduk padanya kerana cinta itu sebenarnya ada. Cuma Emelda saja yang tidak mahu meluah rasa. Merentasi masa, hubungan mereka mula berubah.Seperti bunga yang mekar kembang disirami mentari pagi. Tapi awan mendung berarak datang, membuat harapan yang mula berputik tiba-tiba layu. Si isteri rupanya sudah lama menyimpan satu rahsia yang menunggu masa untuk dilepas keluar. Bila dipaksa untuk berterus terang, baru Emelda memberitahu tentang rancangan asalnya mahu meminta perpisahan. "Awak kahwin dengan saya dalam keadaan awak tahu satu hari nanti awak akan minta untuk berpisah?"- Akasyah "Saya pernah cakap awak akan menyesal. Saya pernah beritahu awak bukan priority pertama dalam hidup saya." - Emelda Selagi manusia berusaha, selagi itu akan tetap ada cara. Tapi bagaimana jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, sedangkan sebelah lagi pihak berkeras tidak mahu membuka jalan? Sejauh manakah Akasyah mampu pergi untuk membahagiakan wanita yang bernama Emelda?
Kekasih Semalam [TERBIT] by farahdarianna
farahdarianna
  • WpView
    Reads 68,067
  • WpVote
    Votes 2,312
  • WpPart
    Parts 31
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum majlis perkahwinannya bersama orang tercinta. Setelah bertahun-tahun menjalin persahabatan, ikatan itu ingin dimaknakan dalam sebuah perkahwinan yang menghalalkan perhubungan. Namun takdir Tuhan mengatasi. Tragedi yang menimpa meragut cinta hati Qaisara. Sekelip mata, Aariz pergi meninggalkannya sendiri. Kenduri perkahwinan bertukar kepada kenduri tahlil. Dalam tempoh yang panjang Qaisara hanya mampu berhiba hati. Meratapi pemergian sang kekasih. Kemunculan Hadif, si tempang itu membuncah dendam. Kehadiran lelaki itu mengajar dia erti kebencian. Seraut wajah itu sentiasa mengingatkan dia pada Aariz. Siapa Hadif pada Qaisara? Mengapa Hadif itu mengingatkan dia pada Aariz? *** *** Nak cakap cerpen, panjang sangat. Nak cakap novel, macam pendek pulak. Tak tahulah. Just enjoy reading. Sedang mencari ending. Happy reading!
Lelakimu Yang Dulu [TERBIT]  by farahdarianna
farahdarianna
  • WpView
    Reads 205,253
  • WpVote
    Votes 2,120
  • WpPart
    Parts 18
Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah. "Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara. Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya. "I nak jumpa anak I!" - Hazrul "Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan. "I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul "Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya "Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?
MEMANG SALAH DIRIKU by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 45,074
  • WpVote
    Votes 998
  • WpPart
    Parts 9
Salah siapa kalau diri sendiri yang memilih? Tak ada yang lebih sempurna dari aturan Tuhan untuk kita sebagai hambanya. Takdir dan jodoh itu milik DIA, jangan sesekali merasa diri sempurna untuk mengambil alih tugasNYA. Megat Akeef tidak pernah mahu mengakui yang Hanna itu adalah jodoh kiriman Tuhan untuknya. Tetap juga dia mahu pertahankan pilihan sendiri.
AKU HARUS MEMILIH by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 16,308
  • WpVote
    Votes 367
  • WpPart
    Parts 4
Kerana hidup terlalu singkat untuk menunggu, Amelia harus memilih. Haqif yang sudah bergelar bekas suami atau Zafri yang sudah bergelar duda. Haqif yang dulu menolak cintanya dan Zafri yang sejak dulu memang menyintainya. Dua lelaki yang hadir serentak menagih cinta buat kali kedua. Jika boleh, dia tidak mahu memilih keduanya tetapi bila tiba-tiba takdir menjadi kejam, dia harus juga memilih salah satunya.
SAKITNYA TUH DI SINI by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 62,425
  • WpVote
    Votes 1,039
  • WpPart
    Parts 12
Tenangnya perkahwinan mereka buat Aleeya tidak percaya wujudnya orang ketiga yang memusnahkan segalanya dalam sekelip mata. "Tolong jujur dengan Leeya, bang." ~ Aleeya Irdina "Kami sudah terlanjur..." ~ Zariel Ikhwan Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta. Tatkala dia hampir mahu mengalah, ada tangan yang menghulur. Benar, takdir itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia di dalam takdir tersebut. "Kalau I berjaya pujuk dia lepaskan you, I boleh dapat apa-apa rewards tak?"~ Hariz Ilham "You nak apa?"~ Aleeya Irdina "I nak you." ~Hariz Ilham. Persoalannya, masih adakah ruang di hati Aleeya untuk yang lain selepas Zariel? "I pernah minta satu bilik di hati you, yang belum pernah 'dia' jejak. Tapi malam ni I dah tahu, semua ruang yang ada di hati you memang ada jejak 'dia'." ~ Hariz ilham. "Hariz, I minta maaf..." ~ Aleeya Irdina. "Tolong bersihkan semua jejak tu dan kosongkan dulu semua ruang di hati you, baru I akan masuk"~ Hariz Ilham. Mampukah Aleeya lakukan seperti yang diminta Hariz? Jika tidak, adakah dia akan kembali pada Zariel yang telah insaf akan khilafnya? Atau... terima lelaki yang bernama Zafri untuk membalas rasa sakit di hatinya.
Tercipta Satu Ikatan (Sudah Diterbitkan) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 181,209
  • WpVote
    Votes 4,724
  • WpPart
    Parts 28
Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga. Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah? Because I love you - Daniyal Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai. Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa Don't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - Daniyal Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada. Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?
KERANA HATI TELAH BERJANJI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 27,171
  • WpVote
    Votes 370
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Kerana Hati Telah Berjanji Penulis: Rissa Ahdiya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-142-4 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2019
JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek) by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 12,069
  • WpVote
    Votes 163
  • WpPart
    Parts 5
Khayra dan Tuan Assad, mereka bertemu bukan dengan cara yang baik. Tapi waktu pertemuan itu, Khayra sangat-sangat perlukan pertolongan dan Tuan Assad hulurkan bantuan dengan syarat, kahwini dia. Bagaimana mahu mengahwini Tuan Assad sedangkan dia sudah bertunang dengan Hadi? Dia pun bukan kenal Tuan Assad. Yang kenalkan mereka ialah Zaeem. Tapi sebab dia sangat-sangat perlukan pertolongan dan dia sudah tak boleh fikir cara apa lagi, Khayra angguk setuju. Apa akan jadi bila Khayra rasa perkahwinan mereka seolah meletakkan dia sebagai seorang perempuan simpanan buat Tuan Assad? **** Sudah siap dicetak. Boleh dibeli melalui facebook penerbitan idea kreatif atau dm IG ideakreatif atau wasap 0123129793
KIRIMKAN RINDU by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 63,054
  • WpVote
    Votes 1,408
  • WpPart
    Parts 11
Kenapa dia? Itu yang selalu Khayra tanya tapi Tuan Assad tak pernah mahu memberi jawapan yang tepat. Kenyataannya, mereka berkahwin kerana Tuan Assad yang memaksa tapi adakah selamanya Khayra akan rasa terpaksa?