Badboy | Mafia
44 stories
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,031,071
  • WpVote
    Votes 44,031
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend
Mrs. Noah : My Dear Reina by sofearazali
sofearazali
  • WpView
    Reads 276,005
  • WpVote
    Votes 10,571
  • WpPart
    Parts 78
𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadikan ramai wanita diluar sana lemah lutut melihat wajahnya. Kalau lemah imannya, memang akan jatuh tertonggek kau! Mempunyai aura yang lain macam! 𝐇𝐀𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐈𝐒𝐘𝐀 -Dia pula jauh berbeza daripada Noah Alexander sorang tu. Hidup yang bersederhana, mampu saja dia hidup dgn dunia mewah hasil titih peluhnya menjadi model terkenal, tetapi dia mengambil pilihan untuk hidup dgn bersederhana. Mata coklat hazel nya yang cantik, tubuhnya yang kurus dan tinggi. Noah, sejenis manusia yang orangnya dingin. Bila dengan orang lain kemain ketat sahaja muka. Mengalahkan ais kutub utara sana. Dingin! Tetapi bila dengan Hannah, dia berubah menjadi lelaki paling caring, manja, clingy dan protective. Masak? Kemas rumah? Lipat baju? Iron baju? Kesemua kerja-kerja itu dia boleh buat. Bagi sahaja dia buat, tak perlu nak bersusah-payah hire maid ataupun Hannah yang buat. Suami mithali betul! Bila datangnya perangai manja isteri dia. Dia lah yang terpaling senyum sampai ke telinga. Melayan karenah isterinya sahaja membuat harinya bahagia. "Stay still. Jangan banyak gerak yayang nanti comot dia. Kalau yayang rasa lama sangat tunggu dia kering, yayang cuba tiup sikit-sikit," -Hannah. Terkedip-kedip mata Noah tika ini. "Huh huh huh macam ni ke, sayang?," -Noah. Perlahan-lahan dia tiup ke kuku jarinya tangannya yang sudah dioleskan manicure oleh isterinya. [💯SEMUA IDEA DARI PENULIS] [❗DILARANG PLAGIAT❗]
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 585,338
  • WpVote
    Votes 42,736
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2) by anissyaaa
anissyaaa
  • WpView
    Reads 224,850
  • WpVote
    Votes 11,935
  • WpPart
    Parts 68
Humeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much hope in this marriage. Let me tell you this now so we don't have any problems later on, I would not be able to be a wonderful and loving husband that a woman always dream. I'm not that kind of man. When the time comes, I will let you go," - Adriano. Humeera Mikayla. Lawatannya ke Sicily menjadi permulaan dia menjadi 'mommy' kepada Adam. Masalah terbesarnya bukanlah Adam tetapi pakcik kepada Adam iaitu Adriano. Adriano baginya seorang yang susah dijangka. He can be playful, arrogant, cocky and heartless. He can change into whatever character he wants. Ditakdirkan, lelaki itu menjadi suaminya atas dasar sebab yang tidak dapat dia gambarkan. "Why did you have to pretend to be so tough when you already at your breaking point? I may become your wife as only for convenient. Tapi awak tetap suami saya Adriano. Saya akan cuba untuk berada di sisi awak selagi saya mampu. Please don't push me away," NAMA MARCELLO terlalu berat itu untuk dipikul oleh Adriano dan terlalu mustahil bagi Humeera Mikayla yang tidak lahir dari dunia gelap untuk menghadapi kenyataan keluarga suaminya itu. ** "Kayla, mia cara. Try not to be in any trouble if possible," "Huh?! Kenapa?" "Because you are going to drive me crazy for worrying about you. So stop! Stop doing something that could give me heart attack," Season 1: Completed Season 2: Started on 2/8/2022 ** "I have never regret the moment you become my wife as Mrs Adriano. Humeera Mikayla, you are my only salvation. Please don't hate me." Tak recommended for someone who can not tolerate grammar error and typo.
S1 | Mafia Academy ✓ by srhkhadeeja_
srhkhadeeja_
  • WpView
    Reads 917,186
  • WpVote
    Votes 49,030
  • WpPart
    Parts 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan pula dengan penyakit DID . Dirinya dibuli , dipukul , diherdik , dilayan seperti sampah oleh masyarakat hanya kerana status papanya . Mafia Academy . Sebuah academy tersembunyi yang melatih sesiapa sahaja yang ingin memasuki dunia gelap ini . Diketuai oleh seorang lelaki bernama Tengku Zafriel Qaiser merangkap ketua mafia terkuat di dunia . Mungkin gila sebagai seorang perempuan memilih untuk menjadi pembunuh . Tapi tidak bagi Sarah , ia seolah sudah sebati di dalam dirinya . Pertemuan tidak sengaja mereka telah membuat hati Zafriel terpaut dengan perempuan itu . Zafriel yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang dingin , beku , anti dengan perempuan akhirnya terjatuh juga . Hatinya terusik dengan perangai Sarah yang tidak seperti perempuan di luar sana . Mereka hanya mahukan harta daripadanya . " tempat ni antara hidup dan mati . kalau kau tersilap sikit , kau mati . kau yakin dapat survive sampai ke pangkat atas sekali ? " - Tengku Zafriel Qaiser . " s-sorry " - Nur Sarah . Disakiti beberapa kali oleh lelaki yang sama sehingga Sarah ingin berputus-asa dan memilih untuk berpisah . Siapa sangka ? Kehidupan selepas berkahwin banyak mengajarnya . Diuji dengan kematian anaknya dan suaminya sendiri yang menyalahinya . Dibenci dan dipukul oleh suami sendiri . " kenapa kau tak dengar cakap aku ?! aku dah cakap jangan pergi tempat tu ! kau tengok sekarang apa dah jadi ! anak aku mati sebab kau ! " - Tengku Zafriel Qaiser " S-sarah minta maaf " - Nur Sarah Persoalannya adakah hubungan mereka bertahan ? Berjayakah Zafriel menurunkan egonya dan memaafkan Sarah ? Selanjutnya nantikan di Mafia Academy . start ; 27/10/2020 end ; 13/7/2021 All Right Reserved @srhkhadeeja_ Beautiful Cover By @mrztyara_
MR MAFIA MISS SPY by sweetyairin
sweetyairin
  • WpView
    Reads 670,364
  • WpVote
    Votes 34,609
  • WpPart
    Parts 81
status ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cukuplah tugasnya menjadi hobi tetapnya. Menjadi perisik rahsia bukan sesuatu yang mudah. Menyiasat, mencari dan membunuh sudah lali dengan kehidupannya. Misinya kali ini bukanlah biasa-biasa. Memusnahkan kumpulan mafia yang hebat dan handal, terlalu merisikokan dirinya. Tetapi siapa tahu, Riana tetap Riana. Tetap juga dihabiskan misi walaupun satu persatu insan istimewa dalam hidupnya pergi. Sedikit demi sedikit rasa semangatnya kian pudar. Ditambah pula masa hadapannya dicampur adukkan. Mampukah dia untuk bertahan? ARYAN HENDRIC LOUISE Jejaka dingin yang telah lama mendiami dunia gelap mafia. Satu persatu musuh dijatuhkan dengan mudah. Jika dia kata 'engkau' , maka 'engkau' lah mangsanya. Tidak pernah terlepas dan tidak pernah seorang pun selamat darinya. Pistol, jeritan, tembakan, raungan dan darah sudah sebati dalam dirinya. Pertemuannya dengan seorang gadis, seorang boss atasan syarikat yang perlu bekerjasama dengannya, membuatkan mereka berdua masuk ke dalam alam perkahwinan walaupun tempoh perkenalan mereka tidaklah lama. Tetapi demi keselamatan gadis itu, dia terpaksa walaupun hati tidak berkata cinta. Apakah benar cintanya untuk si gadis? Satu persatu rahsia terbongkar. Sedikit demi sedikit misi diselesaikan. Namun pengakhiran mereka tidaklah sama seperti yang mereka harapkan. Dan akhirnya mereka terpaksa berpisah. Persahabatan yang baru tercipta sudah goyah. Pertunangan yang baru terbina sudah putus. Tetapi kerana takdir yang ditetapkan, mereka bertemu dengan satu sasaran dan musuh yang sama. Demi sebuah keamanan dan kebahagian, mereka bekerjasama. Kerana dendam mereka diburu. Kerana sayang mereka memburu. Bagaimana jalan kisah mereka seterusnya?
AIDAN - Mia Cara, Mikayla by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 393,506
  • WpVote
    Votes 32,088
  • WpPart
    Parts 69
Aidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Aidan boleh menjadi seperti singa yang cukup berbahaya. Sudah tentunya, Victor iaitu sebagai 'master mind' ataupun ketua mereka cukup takut kehilangan seorang Aidan. Lantaran itu, Victor membuat beberapa syarat agar Aidan tak mampu melangkah pergi daripada tugas assassin. Meskipun begitu, kehadiran Mikayla mengubah hidup Aidan. Larangan Victor satu persatu Aidan langgar secara 'lembut'. "Tinggalkan Aidan. Perempuan lembik seperti kau tak layak untuk Aidan" - Victor Arland Ada gunting dalam lipatan yang memainkan peranan untuk menyingkirkan Mikayla dan mendapatkan Aidan untuk menjadi miliknya semula. Namun, Aidan ialah seorang lelaki yang cukup dengan seorang perempuan. Kisah cinta Aidan dan Mikayla mula terhalang apabila Aidan menyatakan hasrat untuk bebas daripada terus bergelumang dengan pekerjaan membunuh itu. Namun, Aidan bagai digari dan Mikayla diugut secara diam - diam. "Laksanakan tugas yang aku berikan kepada kau atau Aidan akan mati dihadapan mata kau. Pilih, Airis Mikayla" - Victor Arland "Aku akan buat" - Airis Mikayla Setiap larangan Aidan bukanlah secara membabi buta. Malahan, Aidan sudah tahu kesan yang akan terjadi sekiranya pilihan yang dipilih bertentangan dengan kemahuannya. Begitu jugalah Mikayla yang terjerut di dalam alam perkahwinan kerana Mikayla perlu melaksanakan tugas yang diberikan oleh Victor. "Lupakan tugas kau, Mika. Lelaki itu cintakan kau dan dia akan jaga kau lebih baik daripada aku" - Aidan Qayyum Apakah penghujung kisah buat mereka? Adakah secebis kebahagiaan berpihak kepada Sang Pelindung ataupun sebaliknya? ---- Amaran: Penyakit meroyan akan tiba lepas baca cerita ni! ---- Start; 23/4/2020 End; 30/4/2021 --- Precious Cover by @ella
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,106,566
  • WpVote
    Votes 354,261
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 1,323,640
  • WpVote
    Votes 121,191
  • WpPart
    Parts 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur. Umur dah besar panjang, tapi perangai dia, kalah budak-budak. Straight dalam berbicara dan menjawab. Segala jawapannya, memang minta penumbuk sulung. Tapi, apa yang merisaukan, dia anti terhadap sentuhan. Jika di sentuh sedikit, merasa lah kau di maki hamun olehnya. Kerana dia bencikan sentuhan. Lagi benci, apabila dia bertemu dengan seorang gadis personality ganas dan kasar. Maka, perang mulut pertama bakal bermula. Senang kata, mereka berdua tidak sesuai bersama! START» 12 SEPTEMBER 2021 END» 16 FEBRUARY 2022 [ Apa pun KESALAHAN dan KETYPOAN tidak kira dari aspek apa, dari segi TATABAHASA, PENGGUNAAN AYAT, EJAAN dan seangkatan dengannya, mohon abaikan. ] [ • • Segala KETIDAK SELESAAN yang terkandung di buku ini mohon maaf. • • ] ⚠15+⚠
Dragon's✔️ by eyein_
eyein_
  • WpView
    Reads 23,939
  • WpVote
    Votes 1,403
  • WpPart
    Parts 23
cinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yang sangat bahaya. Jenayah lelaki itu terlalu banyak untuk disenaraikan, namun mereka masih perlu mengumpulkan bukti untuk mengheret Dragon ke penjara. Dan kerana itu, Lily perlu masuk ke dalam dunia Dragon. "Handsomenya awak ni! Tak nak ambil saya jadi isteri ke?" -lily. "Mental agaknya perempuan ni. Nak kata mabuk tapi tak bau arak." -dragon. Semakin hari, akhirnya Lily semakin dekat. Dia akhirnya menjadi manusia terpenting di dalam hidup jejaka itu. "Kau tahu kan dia ni siapa?! Kenapa kau sentuh dia!" -dragon. "Awak, sakit tau dia buat!" -lily ••• Namun apabila kebenaran terungkap, adakah Dragon itu, masih jejaka yang mencintai Lily sepenuh hatinya...? "Don't dare to touch me!" -Lily. "Sakit huh?" -Dragon. ••• stop expecting love, from the same place you lost it ")