PLU story
7 stories
AmiRizal {boyxboy} by _momento
_momento
  • WpView
    Reads 268,688
  • WpVote
    Votes 3,243
  • WpPart
    Parts 23
Rizal Syah, seorang introvert merupakan pelajar tingkatan empat. Dia hanya selesa berkawan dengan rakan-rakan disekelilingnya saja. Insiden dipeluk oleh Amir Hakeem Lim, teman sebiliknya menjadi titik tolak kepada perubahan diri Rizal. Ternyata, sedikit sentuhan mampu merubah segalanya. Rasa simpati dan kesal akhirnya membawa kepada timbulnya kasih dan sayang antara dua teman yang dahulu renggang hubungannya.
Al Kisah Di Sebuah Kolej by zhafrannamadiberi
zhafrannamadiberi
  • WpView
    Reads 81,445
  • WpVote
    Votes 2,945
  • WpPart
    Parts 36
Semasa merenung sendiri result spm, ada juga dia terfikir untuk terus ke Kuala Lumpur tanpa membawa sebarang barang dari rumah. Walaubagaimanapun keluarga harus diutamakan. Ihsan bukan anak durhaka drama tv. Sifat Ihsan itu bagus. Seketul manusia yang tak bosan menimba ilmu. Dari sekolah, kini dia melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta kerana result dia belum cukup bagus untuk ke uitm. Bermacam ragam manusia dia hadapi disana. Dari yang suka mainkan hati, yang sukakan pisang goreng, yang pantang tengok orang hensem, yang membaca buku 99 kata dan sampailah yang selalu rasa bagus. Ihsan cuba bertenang dan meneruskan perjalanannya di perantauan.
AkanKu TungguMu (Complete) by sipe89
sipe89
  • WpView
    Reads 81,035
  • WpVote
    Votes 2,752
  • WpPart
    Parts 26
Azri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqbal, seorang lelaki yang kacak dan menarik penampilannya adalah antara rakan pertama Azri di Kota Damansara. Bekerjaya sebagai seorang wartawan, Iqbal banyak membantu Azri sehingga dia berjaya mencapai cita-citanya itu, berkhidmat di awan biru bersama syarikat penerbangan terkemuka. Persahabatan mereka semakin erat namun Azri cuba untuk menepis perasaan mendalamnya pada Iqbal, kerana tidak mahu peristiwa lama yang pernah berlaku pada dirinya berulang. Kehilangan seseorang yang amat rapat hanya kerana perasaan cinta dan sayang dirinya pada insan itu. Namun Iqbal juga turut mempunyai naluri seperti Azri tetapi kedua-duanya tidak pernah cuba meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Adakah persahabatan mereka hanya terus sebagai sahabat atau akan terbina kisah cinta antara dua hati ini? Nukilan pertama saya, harap pembaca semua enjoy dan dapat memberi komen yang membina~ wink**
Secebis Kisah Yang Malang by insan_sepiHIV
insan_sepiHIV
  • WpView
    Reads 46,359
  • WpVote
    Votes 1,380
  • WpPart
    Parts 43
Kisah seorang gay yang menetap di Kuala Lumpur dan kehidupannya penuh kesepian selepas disahkan menghidap HIV. Kisah benar ini digarapkan oleh penulis sendiri dengan menukar watak pelaku sebagai Hazimi bagi melindungi identiti dirinya. Semoga ada manfaat dan iktibar membacanya. Penulis memohon maaf jika ada penulisan ini menyinggung perasaan atau terkait dengan kisah pembaca. Apa yang berlaku hanya kebetulan dan semuanya tertakdir dari Illahi.