Action
7 stories
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 414,926
  • WpVote
    Votes 22,895
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 55,445
  • WpVote
    Votes 7,320
  • WpPart
    Parts 29
BOOK #1 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 IRIS'Z BEST ACTION 2020 AWARD #1 STAR GALAXY AWARDS - DEIMOS ACTION ROMANCE AWARD #3 THE SUPERNOVA Bismillah Pemuda bernama Salman Firash ini melalui hari-harinya sebagai seorang pengedar dadah demi menikmati kesenangan hidup sejak melarikan diri dari rumah 8 tahun yang lalu. Dia dan Zack bergerak sebagai teman dalam melangsaikan setiap tugasan hinggalah pada suatu hari lelaki ini terjumpa seorang kanak-kanak tanpa nama. "Berhenti panggil aku ayah." - Salman Firash Hasrat Salman untuk meninggalkan kanak-kanak itu kian goyah apabila dia terus menganggap dirinya sebagai ayah. "Apa masalah kau? Ni anak kau ke? Ke anak hasil kau terlanjur dengan mana-mana betina?"-Zack Itulah persoalannya, dia tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan perempuan. Anak itu tiada pertalian darah dengannya. "Ayah. Adik cuka (suka) main buai." - Ahmad Hati itu pernah merasai hubungan akrab dengan seorang kanak-kanak hinggalah peristiwa gelap pada satu malam. Kini, dia dibelai lagi dengan sentuhan kanak-kanak yang terus membahasakan diri sebagai adik. "Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?" -Atiqah Najla "Kau tak faham? Kau akan mati kalau kau cuba keluar dari geng kita. Aku sayang kau, Man." - Zack "Just stop it. Jangan tunjuk sangat terhegeh-hegeh dekat Ain." - Farah Ain "Najla, kau rasa betul ke tindakan aku untuk luahkan hati aku pada dia?" - Aisyah Qomar Hijrahnya bukan kerana perempuan atau sesiapa. Hijrahnya kerana hati itu sudah muak mengejar kemewahan. Dia hanya mahu hidup seperti lelaki lain yang akan membina keluarga. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia punyai seorang anak yang menganggap diri itu sebagai ayah. "Aku bukan nak menang pun. Tapi aku nak Zack keluar dari dunia dadah ni." - Salman Firash Bismillah. Semoga Allah redha. --- Action + Family + Romance sta
Danger of Love | 𝙘𝙪𝙧𝙧𝙚𝙣𝙩 by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 25,560
  • WpVote
    Votes 2,151
  • WpPart
    Parts 18
DARIEN ERANCÈ - Pada pandangan umum, dia lelaki yang berjaya. Rupa yang menawan berdarah kacukan Perancis dan Cina, kerjaya yang gah dan kehidupan yang sempurna. Tapi, sayangnya dia terlalu misteri. Tiada siapa tahu bahawa pistol dan darah menjadi mainannya. MIQAYLA HUSNA - Hidupnya bukan seperti gadis biasa. Jika yang lain bergembira, dia berduka. Jika yang lain berbahagia, dia menangis. Bukan mudah untuk hidup bersama ibu dan kakak saudara yang membenci kewujudannya. Sehingga satu tahap, tubuhnya menjadi mangsa dendam akibat perbalahan saudara. Mereka bertemu dalam satu keadaan yang... cliché? Bos dan pekerja. Mereka hanyalah dua insan biasa dalam satu syarikat. Sehinggalah satu malam merubah segalanya. Satu-persatu identiti DarIen terbongkar di hadapan Qayla yang baru dikenalinya. "Magic. One night changes everything." - Darien "Darien never brings an outsider into his life, Qayla" - Liam Sejak itu, Qayla bukan lagi insan biasa dalam hidup Darien. Qayla ialah insan yang perlu dilindunginya. "Going near me gonna cost you your life." - Darien Kedua-dua mempunyai masalah tersendiri. Sehingga satu masa, masalah itu mengancam nyawa mereka. Demi perasaan yang baru mula berputik, Darien lepaskan Qayla demi keselematannya. Jauh dari dirinya. "Fate will bring us back together." - Darien Namun, pertemuan semula mereka bukanlah perkara yang baik. Qayla sudah berpunya, dan Darien seolah-olah sudah lupa siapa Qayla. Maka, Qayla cuba mencipta jarak. "Have we ever met before?" - Darien "Anggaplah kita tak pernah kenal sebelum ini." - Qayla Namun, semua rahsia ada di tangan Darien. Segalanya sudah dirancang. Segalanya demi Qayla, sehingga Darien sanggup terluka kerana Qayla. Saat nyawa menjadi taruhan, apa pilihan yang mereka ada? "Bukan mudah untuk mencintai. Tapi, lebih sukar untuk melepaskan." •MATURE WARNING FOR DARK SCENES AND WORDS. •NO SEXUAL SCENES ARE EXPLICITLY USED •do expect more romance than action •action-induced story is not my forte
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA (COMPLETE) by mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    Reads 837,975
  • WpVote
    Votes 32,547
  • WpPart
    Parts 42
MY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PERSONA AWARD 2020 🏆THE BEST ACTION ETERNAL AWARD 🏆THE TOP HERO 2020 ETERNAL 🏆THE BEST SYNOPSIS ETERNAL 🏆THE BEST ACTION IN PATAHAN RANTING 🏆TOP 3 ACTION 2020 IN BRONZE AWARD Anggun Qhairah merupakan pemilik kafe iaitu 'Butterfly cafe' yang dibuka bersama dua orang sahabatnya. Dia juga merupakan seorang gadis yang bernasib malang. Sejak kecil dia telah dibesarkan oleh ibutirinya sehingga ayahnya meninggal dunia. Lebih malang lagi, ibu tirinya telah menjualnya kepada tauke kelab malam demi melangsaikan hutangnya. "Sampai hati mak buat Anggun macam ni. Mak dah tak sayang Anggun ke?" "Sayang? Kau tu bukan anak aku! Aku tak ada anak malang macam kau!" Pertemuannya dengan Tengku Danish Rafiqi yang melanggarnya membuatkan hidupnya berubah 360° darjah. Dia telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarga Danish sehinggalah mereka membina masjid mereka. "MasyaAllah! Cantiknya." Tengku Danish Rafiqi seorang mafia yang terkenal dengan sikapnya yang kejam. Kehidupannya berubah 360° apabila dia telah berkahwin dengan Anggun Qhairah. Daripada seorang yang dingin berubah menjadi seorang yang romantik. "If i tell you that i love you, will you love me back?" "Right now the only thing that i really sure about is that i love you." Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun, apakah yang akan terjadi apabila musuh ketat Danish, Syed Naufal datang untuk membalas dendam? Apakah yang akan terjadi diantara mereka? Adakah kebahagian milik mereka atau sebaliknya? Jemputlah membaca novel saya iaitu Cik Anggun Encik Mafia. START: 27 JANUARI END: 8 JANUARI 2021 THANKS! ---------------
JERUNG-JERUNG by AqilaMustaqim
AqilaMustaqim
  • WpView
    Reads 14,936
  • WpVote
    Votes 1,330
  • WpPart
    Parts 64
PEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kisah ikan. Dari cebisan sisa mangsa jerung yang terdampar di pantai Venezuela, sehingga kepada rahsia keluarga. Mereka adalah jerung-jerung pemangsa yang punya hati kering di sebalik wajah yang kacak. Mereka dididik dan dilatih agar tidak punya rasa belas kasihan kepada musuh dan pengkhianat. Mereka hanya bekerja untuk jerung-jerung korporat yang mempertahankan harta duniawi demi wang ringgit dan kekayaan duniawi. Namun, satu demi satu jerung-jerung pemangsa pula terperangkap dalam jaring cinta yang sukar dimengerti. Zuhal dan Iman bertemu di atas beting pemisah antara lautan dendam dan cinta. Adakah pertemuan ini mematikan langkahnya dan semua percaturan hidupnya? Haruskah dia korbankan cinta kerana dendam yang membara? Bagaimana dengan hati mereka yang selama ini berdiri di sebelahnya, membantunya semasa susah, merawatnya ketika cedera? Adakah mereka tidak penting lagi demi mempertahankan cinta atau terus melayan dendam yang membara? Masih adakah ruang bagi jerung-jerung untuk kembali menjadi manusia yang punya hati, berhemah dan tawadduk? Atau terus kekal sebagai jerung yang angkuh? ***** NOTA UNTUK PEMBACA TERSAYANG: [Cerita ini tidak boleh berdiri jika dibaca dengan melompat-lompat. Sis tak jamin kalian akan memahaminya, jika tak baca semua. Setiap bab digarap untuk saling menyokong perkembangan cerita ini] {Cerita ini Genre entah apa. Mystery - Thriller - Action. Semua ada. DILARANG PLAGIAT] CERITA INI SEDANG DIEDIT.
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,328
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,726
  • WpVote
    Votes 13,942
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺