Hannathefly
- Reads 3,588
- Votes 256
- Parts 13
Snow Tears mengisahkan kehidupan seorang remaja lelaki bernama Hwang Hyunjin, yang baru berusia 16 tahun namun kehidupan yang dialaminya penuh dengan pelbagai liku dan dugaan.
Snow Tears juga menyelitkan kisah romantik Hyunjin bersama seorang gadis yang berjaya membuka tembok hatinya untuk bergaul dengan orang dan pengorbanan seorang abang demi adik-adiknya yang tersayang.
Namun, disebabkan ketamakan manusia yang teramat, hidupnya menjadi musnah. Hyunjin terpaksa mengharungi detik tragis harinya bersendirian. Rayuan dan simpatinya tidak diendahkan. Malah dia dilayan lebih teruk daripada seekor binatang. Tangisan dan jeritan kesakitan merupakan pengubat kegembiraan manusia lain. Pukulan, sebatan, sepakan, seperti sudah lali dengannya.
Adakah dia berjaya mencapai kebahagian yang dicarinya? Ataukah tiada jalan keluar baginya?
Snow Tears hanya rekaan semata-mata dan tiada niat untuk mempersendakan mahupun mengguris mana-mana pihak.
Harap anda semua terhibur dengan cerita ini. Jangan lupa tekan butang "vote". Enjoy :)