DayangMazNorAliay
- Reads 7,160
- Votes 138
- Parts 15
Mana sempat aku nak 'review' pesakitku yang ada dekat sepuluh orang dalam masa setengah jam kalau macam ni. Alamatnya mengamuk lagi lah bos aku yang kerek tu.
Sebolehnya aku mahu cepat-cepat siapkan review pesakit setakat yang termampu. Namun, jauh di sudut hatiku teramatlah takut akan dimarahi lagi oleh Dr.Zack, bosku yang terkenal dengan kegarangannya itu.
Dari hari pertama aku menjejakkan kakiku ke sini sampai sekarang, tak pernah aku dengar dia cakap lembut dengan aku.
Tidakku sangka ibu bapaku akan membuat keputusan yang terburu-buru seperti itu.
Umi dan Abah dah terima pinangan tu..."
" Umi..kenapa umi tak bincang dengan Wirna dulu? Kahwin ni bukan boleh dibuat main-main..."
" Wirna..umi tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Keputusan ini adalah muktamad!"
Aku terpaksa meminta cuti untuk perkahwinanku yang akan berlangsung pada bulan depan. Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan permintaan ibu-bapaku yang satu itu walaupun aku tidak pernah kenal siapa lelaki yang bakal aku nikahi.