Love💫🤍
16 stories
Mrs. Danish Rayyan (C) by Ikahkamar
Ikahkamar
  • WpView
    Reads 150,828
  • WpVote
    Votes 3,161
  • WpPart
    Parts 93
Dua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja. Danish jatuh hati pada seorang gadis cantik di sekolahnya iaitu Nisha. Mereka bercinta selama 3 tahun dan merancang untuk berkahwin walaupun usia mereka masih muda. Tetapi bila tiba hari perkahwinan mereka, terjadi sesuatu iaitu pengantin perempuan lari. Mereka terpaksa mencari pengganti untuk menyelamatkan majlis itu dan hanya Nurul sahaja calon yang sesuai untuk menggantikan Nisha. Walaupun hatinya tidak rela, tapi Nurul terpaksa terima kerana keluarganya. "Biarlah aku nak suap kau. Akukan suami kau...takkan suami sendiri tak boleh nak suap isteri dia." - Danish Rayyan "For your information, encik Danish Rayyan...awak tu cuma suami atas kertas je." - Nurul Nafisa Walaupun kedua-duanya tidak suka dengan perkahwinan ini, tetapi mereka terpaksa hidup berdua dan cuba mengenali hati masing-masing. Apabila mereka hampir mengecapi bahagia, muncul orang ketiga. "Danish, please maafkan Nisha. Nisha ada sebab kenapa Nisha terpaksa tinggalkan wedding kita dulu." -Danisha Aulia Adakah kebahagiaan Danish bersama Nurul atau bersama kekasihnya yang dahulu? Bagaimana dengan perasaan Nurul yang sudah terisi dengan nama lelaki itu? Adakah dia tetap milik kepada Danish Rayyan dan tetap menjadi Mrs. Danish Rayyan?
DIA SUAMI PSYCHO [C] by Miss_Rahsia
Miss_Rahsia
  • WpView
    Reads 593,361
  • WpVote
    Votes 23,596
  • WpPart
    Parts 37
Berkahwin dengan seorang lelaki yang panas baran dan kaki pukul bukan lah satu hal yang mudah. Setiap hari pasti akan ada pukulan dan cacian yang akan diberi. Hanya satu dia mampu lakukan iaitu ubah sikap suami nya. Mampu kah dia merubah seorang suami yang cepat panas dan kaki pukul?. Menyerah diri atau teruskan?. ⚠️15+
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 316,772
  • WpVote
    Votes 7,061
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,620,718
  • WpVote
    Votes 165,223
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 1,627,389
  • WpVote
    Votes 65,519
  • WpPart
    Parts 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose
The Angelz's Killerz [EBOOK] by arynlxa
arynlxa
  • WpView
    Reads 1,368,930
  • WpVote
    Votes 66,311
  • WpPart
    Parts 59
The Angelz yang dianggotai 4 gadis dikenali sebagai tunggak disilpin Expo Highschool sejak dari Tingkatan 1 lagi. The Killerz yang dianggotai oleh 4 jejaka merupakan pengganti The Angelz tidak kurang hebatnya. Apabila api bertemu api, apa yang bakal terjadi? Mampukah Highest Prefect Organization survive apabila dua kumpulan yang terbaik ini menjadi lawan? Dalam pada itu, masih ada rahsia yang perlu mereka sembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mampukah mereka menyembunyikan rahsia tersebut? START ON 13 AUGUST 2017 AND ENDED ON 2 DECEMBER 2017 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ INFO: For the Chapter Title yang ada (E), it's means, it has been edited. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ {Ranking} #10 in Teen Fiction (17/11/17) #9 in Teen Fiction (26/11/17) #7 in Teen Fiction (27/11/17) #6 in Teen Fiction (8/12/17) #5 in Teen Fiction (9/2/18) #3 in Teen Fiction (25/4/18) #2 in Teen Fiction (25/6/18)
YANG BERNAMA CINTA by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 16,545
  • WpVote
    Votes 266
  • WpPart
    Parts 5
"Aku cuma nak kau tahu. Aku memang sayang kau..." Hazril Redza "Simpan saja sayang kau tu dalam laci dan pastikan laci yang berkunci sebab aku tak berminat untuk melihatnya." - Hani Suraya Kisah lalu yang menyakitkan, sudah lama Hani bungkus kemas. Kalau boleh, dia tak mahu ingat semuanya. Tapi mana mungkin dia mampu lupa kalau yang menyakitkan itu duduknya hanya sejengkal di depan rumah. Puas dia lari. Tapi jerat yang dicipta Hazril terlalu sukar untuk dielak. Ayat manis bergula Hazril, buat keras hatinya bertukar jadi jelly. Sehingga sampai satu tahap, kerana cinta, dia rela apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga. ~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril + Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani Sudahnya, kena main sembunyi-sembunyi. Duduk KL boleh la serumah. Tapi bila balik kampung, cuma intai-intai tepi pintu. Sampai bila? Kena tunggu Hani bersedia. Kenapa? Kena tanya keluarga Hazril. Tapi tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.
King Haidar (PUBLISHED) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 731,883
  • WpVote
    Votes 27,795
  • WpPart
    Parts 24
Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini dibukukan. Sekian.
The Angelz's Destiny ✔ by arynlxa
arynlxa
  • WpView
    Reads 877,477
  • WpVote
    Votes 40,431
  • WpPart
    Parts 36
[Book 2 of The Angelz's Killerz] 7 tahun berlalu.. Gadis yang dulunya meninggalkan segala-galanya di Malaysia kini kembali. Bukan kembali untuk balas dendam. Bukan kembali untuk stay for good. Hanya satu sebabnya kembali iaitu.. "Mereka nak Cik buat appearance kat Malaysia." Malaysia. 7 tahun nama negara itu tidak meniti di bibirnya sehinggalah kini. Dia akan kembali tanpa kerelaannya. Tapi siapa tahu yang kepulangannya ke Malaysia membawa pertemuan dengan seorang jejaka. "I'm Tengku Daniel Harris, CEO of SkyLines Holdings. Nice to meet you Tengku Aryana. Natasha." Daniel. Jejaka yang ditinggalkannya dulu. Jejaka yang sanggup bekorban nyawa untuknya. Jejaka yang pernah mengatakan cinta kepadanya. Dan dialah jejaka yang sama yang pernah mengusik hatinya. "You will be forever in my heart because you're my destiny." Destiny. Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Adakah cinta yang dulu dikuburkan demi tanggungjawab akan bangkit semula? Adakah bahagia untuk seorang Ice Princess? *Baca The Angelz's Killerz bagi hadam apa yang terjadi* {Ranking} #18 in Teen Fiction (28/12/17) #16 in Teen Fiction (30/12/17) #15 in Teen Fiction (1/1/18) #6 in Teen Fiction (20/1/18) #4 in Teen Fiction (22/3/18) #1 in IcePrincess (13/7/18)
ENCIK EMPAT MUSIM by thechapterbookstore
thechapterbookstore
  • WpView
    Reads 11,561
  • WpVote
    Votes 606
  • WpPart
    Parts 6
Kegagalan percintaan selama lima tahun dengan Adrianne membuatkan sikap Ean Qhalif selalu bermusim. Kali ini dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Dengan cara itu, Ean Qhalif merasakan dia dapat bertemu dengan orang yang tepat. Tetapi, tidak bagi Amara Sofya. Dia tak faham langsung dengan aturan musim Ean Qhalif. Awal-awal lagi di pertemuan mereka, Ean Qhalif dah mulakan dengan musim sejuk menyebabkan Amara Sofya mula geram. Di pertemuan kedua pula, Ean Qhalif mula bermusim panas menyebabkan hati Amara Sofya bertambah bengkak! Dek kerana kedua-dua pertemuan itu, Amara Sofya telah menolak pinangan Ean Qhalif. Suka dengan sikap Amara Sofya yang tegas dan lantang, Ean Qhalif dapat merasakan Amara Sofya adalah orang tepat. Jadi, dia mencuba nasib buat kali kedua. Kali ini Ean Qhalif mulakan dengan musim luruh sehingga hati Amara Sofya jadi gemuruh. Sehinggalah bertukar kepada musim bunga menyebabkan Amara Sofya akhirnya menerima pinangan Ean Qhalif. Tetapi, musim bunga itu tidak berpanjangan. Gara-gara satu artikel, Ean Qhalif menarik semula pinangan menyebabkan Amara Sofya sangat kecewa. Mampukah Ean Qhalif mengembalikan musim bunga ke dalam hati Amara Sofya? Atau... berterusan menjadi musim panas? Kerana hati... bukanlah musim yang boleh berubah-ubah mengikut waktu!