CikPuanIryani's Reading List
8 stories
 Untuk Sehari Saja | Terbit by ernydream_
ernydream_
  • WpView
    Reads 1,088,070
  • WpVote
    Votes 15,117
  • WpPart
    Parts 18
KARYA PERTAMA Series 1 Theo Isaac | Aisyah Muniwarah Start: 24/10/2022 End:16/03/2023
MI AMOR (CETAK- LIMITED EDITION) by NovelisNuriffa
NovelisNuriffa
  • WpView
    Reads 18,974
  • WpVote
    Votes 647
  • WpPart
    Parts 18
BLURB Diana membawa diri ke Phuket saat tunangnya berkahwin dengan wanita lain. Tanpa amaran percutiannya menjadi satu titik permulaan kepada pertemuan antara dia dan Qim. Lelaki itu telah menyelamatkannya ketika dia lemas. "Awak yang selamatkan saya?" - Diana "Aku buat CPR tadi." - Qim Lantas pertemuan mereka berakhir di situ tanpa Diana mengetahui nama lelaki itu. Pulang ke Malaysia takdir menemukan kembali dua insan ini. Diana tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi dengan penyelamatnya. "Aku Qim." - Qim¬ Hanya itu yang Diana tahu. Sekali lagi Qim menjadi penyelamat apabila lelaki itu dengan rela hati ingin menemaninya ke majlis makan malam syarikat yang turut dihadiri bekas tunang Diana. Segalanya bermula pada malam itu. "Bekas tunang kau cemburu." - Qim "Saya pun rasa macam tu." - Diana "Kau dah menang." - Qim Ya, segalanya sudah berubah. Qim sentiasa ada ketika Diana berada dalam kesusahan. Lelaki itu ibarat 'a knight in shining armour' buat Diana. Malangnya, satu rahsia yang disimpan Qim membuatkan Diana hilang arah. Qim adalah seorang putera. Cik Puan Diana. Itulah gelaran yang perlu dipikul saat dia bersetuju untuk berkahwin dengan Qim. Ada harga yang perlu dia bayar untuk perhubungan ini. Bagaimanakah Diana menyesuaikan diri dalam kehidupan istana di bawah pengawasan ibu mentuanya? Dan kuatkah Diana saat dugaan demi dugaan datang menyapa pintu hidupnya?
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,397,696
  • WpVote
    Votes 78,698
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.
RINDU BERSULAM CINTA by ZazaQry
ZazaQry
  • WpView
    Reads 4,341
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 14
Nadra tak pernah berharap akan dijodohkan dengan pilihan ibu dan bapanya. Bagi dia, perjanjian mereka itu membuatkan dia rasa seperti dikongkong. Walaupun tidak suka, tapi demi nak gembirakan hati kedua-dua orang tuanya dia bersetuju. Tapi, belum sempat berkahwin Nadra dan tunangnya berpisah. Kerana sakit hati ditinggalkan, Nadra membuat keputusan untuk menceburi bidang yang dia sendiri tidak suka. "Karier kami berbeza dengan karier orang lain. Macam karier Encik Firraz cipta baju untuk menutup tubuh, tapi kami sebagai model, baju yang dicipta untuk mendedahkan kami." - Nadra. "Saya rasa Cik Nad patut berhenti daripada benarkan orang tengok susuk tubuh Cik Nad atas pentas peragaan. Rugi betul bila badan cantik macam ni, bagi ramai lelaki menikmati." -Firraz. Bagi Firraz selama lima tahun meninggalkan Nadra, dia dapat melihat sisi Nadra dahulu. Sisi Nadra yang suka memuntahkan laharnya bagaikan gunung berapi. Tapi, sayang Nadra bagaikan orang lain di depannya, bukan lagi gadis remaja berusia 18 tahun. "Kalau jadi apa-apa dekat Cik Nad nanti, saya juga yang merana."- Firraz "Encik Firraz jangan buat pasal suka dekat saya. Bini Encik Firraz tu datang serang saya nanti. Saya ni model, orang kata model ni perosak dan perampas."- Nadra Ada hati nak masuk jarum dengan aku pula? Kalau dah kahwin tu buat cara suami oranglah. Jangan pandai-pandai nak masuk jarum dengan anak dara. Firraz beritahu Nadra dia mahu menebus semula apa yang telah berlaku dulu. Nadra pula tak akan sesekali mendekati Firraz yang sudah mempunyai isteri dan anak itu. Tapi, bila kebenaran terbongkar, adakah Nadra akan menerima Firraz?
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,381
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
Aku Lelakimu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 42,978
  • WpVote
    Votes 990
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Aku Lelakimu Penulis: Sara Aisha Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-062-5 Harga: RM29 (Semenanjung)/ RM32 (Sabah & Sarawak) Terbitan: September 2017 DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA! NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA PENGHANTARAN SECARA PERCUMA!
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED) by mecx-zack
mecx-zack
  • WpView
    Reads 3,845,467
  • WpVote
    Votes 212,133
  • WpPart
    Parts 99
BOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedikit berbisik. Carła Liliana Pia, She's shy. Innocent.Kind-hearted but don't you know that she's also can break your legs? Yes, she is. Semuanya berubah apabila dia menjejak kaki di Itali untuk menyambung pelajarannya tetapi sebaliknya yang berlaku apabila dia berjumpa dengan si 'DIA' Sikap pemalunya, telatah keanak-anakannya tetapi disebalik tingkah mencuit hati itu, dia dibekalkan dengan seni mempertahankan diri yang diajar sedari kecil lagi. Dan, itu membuatkan 'DIA' tertarik dengan gadis pemalu itu. "I get what I wants, amore. Don't ever try to escape. There's nothing I can't do." senyuman sinis terlakar dibibir. 'DIA' DIA dikenali diseluruh pelusuk. Ditakuti. Digeruni dan dihormati oleh mereka. Tiada sesiapa yang cuba untuk mendekatinya. Ruthless. Killer. Monster. Itu gelaran untuknya. Dia menghilang buat sekian lamanya, dan kini dia kembali. Kemunculannya membuatkan kumpulan Mafia yang lain sedikit tergugat kedudukan mereka, dia muncul untuk membalas dendam terhadap 'mereka' yang meragut 'kebahagiannya'. Mereka berdua bertemu tanpa dirancang. Antara dua personaliti dan agama yang berbeza. Tanpa disedari, gadis yang kini berada di dalam genggamannya adalah 'mereka' yang dicarinya selama ini. Muncul pula Carla Luna Mia, kakak kepada Carla Liliana Pia yang cuba untuk menyelamatkan adiknya tetapi risiko yang ditanggung teramat tinggi. Mungkin dia berjaya tetapi - dengan menggadaikan nyawanya. ◐◐◐ Sometimes, the devil doesn't come to you with horn and red face. When they knocks, you can't help but let them in. ________________________________ CRIME | ACTION | MYSTERY | ROMANCE START; 7/12/2017 END ; 12/5/2020 UNPUBLISHED : 3/2/2021
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,364,320
  • WpVote
    Votes 329,542
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed