amyyaisha's Reading List
36 stories
Khilaf Semalam by EmbunMawar
EmbunMawar
  • WpView
    Reads 15,886
  • WpVote
    Votes 413
  • WpPart
    Parts 4
Saat dia begitu lelah dengan berita yang begitu melumat hancurkan hatinya, Fatini tidak pernah menyangka... takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang mulutnya berbisa daripada segala bisa yang telah wujud di hatinya. "Apa kau fikir dalam kepala kau masa tu? Dah tak tahu halal haram ke? Aku cukup benci manusia macam ni!" - Anaqi Irsyad "Tak perlu susahkan diri awak dengan hidup saya. Pergi balik!" - Fatini Adra "Bukan nak cakap terima kasih. Macam tu je kau halau aku? Kalau bukan sebab aku, kau tu dah tak bernyawa." - Anaqi Irsyad Sedikit demi sedikit, Fatini mula menyedari. Kemunculan Anaqi bukan sekadar manusia asing dalam hidupnya. "Aku nak dua perkara sebagai tanda kau balas budi aku... Pertama, aku nak tahu nama kau." "Yang kedua pula?" "Be happy." Saat Fatini merasakan dunia kembali berpihak untuk dirinya, sekali lagi dia perlu berundur. Menelan pahitnya hempedu kerana dikhianati... oleh teman baiknya sendiri. "I guess to hear this from Anaqi is less painful from you hear it directly from me, isn't it? Kau tak boleh tengok aku lebih dari kau?" - Aqila "Aku atau kau? Tanya hati kau... aku atau kau yang tak boleh tengok kawan dia lebih dari dia?!" - Fatini Adra
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,315
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
bestfriend or boyfriend? by hamarazara
hamarazara
  • WpView
    Reads 578,955
  • WpVote
    Votes 32,328
  • WpPart
    Parts 81
I failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif dalam Bestfriend or Boyfriend! Highest ranking: #3 in teen fic
Stay With Me? ✔ by missmrsya
missmrsya
  • WpView
    Reads 199,361
  • WpVote
    Votes 5,545
  • WpPart
    Parts 51
PREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya. Atas hasil buah mulut orang membawa gosip yang tidak benar, Ayreen dibuang oleh keluarganya. " salahkah Ayreen ingin merasa kasih sayang daripada keluarga Reen sendiri? "- AYREEN IMANI " Salah aku, kalau aku tak bawa kau ke sana haritu mungkin ni semua tak akan jadi " - TENGKU AMSYAR ISKANDAR Kerana rasa cintanya mendalam sejak zaman sekolah lagi, Amsyar sanggup menerima nasibnya walaupun kahwin dengan cinta hatinya secara terpaksa sahaja. Ayreen tidak tahu perasaan sebenar Amsyar terhadapnya, dia hanya menganggap gurauan kasar Amsyar itu tandanya Amsyar tidak menyukainya. " Biar saya bahagiakan awak, Ayreen " - SYED AL-AMIN " Ayreen milik aku, sampai bila-bila pun milik aku " - TENGKU AMSYAR ISKANDAR KEMANISAN rumah tangga hampir dicapai, kehadiran dendam dan perasaan cemburu telahpun membuat Amsyar cukup rasa tercabar dengan dugaan yang menimpa mereka. Riz, sahabat baiknya pula ditimpa kecelakaan sehinggakan Amsyar menyimpan hasrat untuk membalas dendam. Pengkhianatan? Ya, itulah isunya. Pengkhianatan seorang rakan yang selama ini mereka bertiga berganding bahu dalam apa-apa perkara dan baru diketahui bahawa semua itu adalah salah satu rancangan pembayaran hutang darah yang belum terlunas. " Sayang, would you stay with me forever.. sampai akhir hayat abang? " - TENGKU AMSYAR ISKANDAR " Everything is perfect. But only when I am with you " - AYREEN IMANI Mampukah Ayreen merasa kasih sayang hasil daripada perkahwinan paksa itu? Atau memilih Amin untuk bahagia? !! matured content !! coverbook by @starrgalaa
Dear, My Love [HIATUS] by sashaleezzz
sashaleezzz
  • WpView
    Reads 7,631
  • WpVote
    Votes 1,212
  • WpPart
    Parts 49
Rain Natasha. Seindah nama orangnya, dia cantik dan tabah seperti hujan yang menangisi bumi. Rain atau Ain, namanya yang agak keras itu Rain dan lembut itu Ain. Cinta sejati? Bukanlah satu isu yang dia ingin bangkitkan, kerana dia tidak pernah memikir hal masa hadapan tentang CINTA. No, untuk CINTA is ya! Bagi Rain, gelanggang perlawanan adalah satu penghormatan bagi dirinya. Pertama, tekad. Kedua, lawan. Dan ketiga, menang. Ya, itulah presepsinya, apabila berada di dalam gelanggang. Darah, dan kesakitan itu semua belakang cerita, yang penting dia menang dengan semangat! Cinta adalah perkara paling karut yang pernah ada dalam kamus hidupnya. Dan dia tarik balik kata-kata itu, kerana dia sudah terjebak di alam percintaan yang dikatanya karut itu. Mengenali seorang lelaki tampan, yang berkerja sebagai juruterbang, mengubah presepsinya tentang cinta. Nyle Uzzahir mengajarnya erti mencintai dan dicintai. Walaupun Rain rasa menyampah dengan tindak tanduk lelaki itu, namun... Dalam diam, Rain simpan senyuman buat lelaki itu, kerana dia akan menjadi beku apabila bertemu dengan lelaki itu. "Awak ni memang kurang senyum ke? Atau awak sakit?" - Nyle Uzzahir. "Saya tak senyum bukan masalah awak, dan saya tak sakit" - Rain Natasha. Menyampah dengan Nyle itu hanya sementara, apabila Rain merasakan taman telah berputik buat lelaki itu. Namun... Semuanya tidak betah, apabila pelbagai konflik yang tercetus angkara ada pihak yang tidak menyukai hubungan Rain dan Nyle semakin rapat. Dalam diam ubi berisi, ada juga yang mahu menghancurkan hubungan Rain dan Nyle. Rahsia demi rahsia yang Rain simpan, menjadikan hal menjadi rumit. Sehingga membuatkan Nyle berbelah bahagi terhadap kepercayaan Rain. Tatkala itu, mampu Rain capai bahagia lagi? Mampukah kisah cinta menjadi buku 'Happy Ending?' atau, adakah dia patut mengalah pada cintanya... Semuanya terjawab di sini. 'Dear, My Love' Layakkah aku mencintai dan dicintai? - Qoute Author: sashaleezzz
Hanya Dia !  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 2,604,240
  • WpVote
    Votes 64,251
  • WpPart
    Parts 89
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal isi hati & perwatakan wanita itu. " mummy..ni la bakal isteri riz.. " - Tengku Ammar Mukhriz. Tanpa sempat mulut Nur Rania Erynna menjelaskan segala-galanya. Muncul pula keluarganya seolah-olah mengiyakan kata-kata Tengku Ammar Mukhriz. Saat cinta sudah mula berpaut dihati. Muncul pula kekasih hati Nur Rania Erynna yang ingin merebut semula cintanya. Highest ranking #62 in romance
CINTAI AKU SEADANYA || telah terbit 2024 - DearNovels ❤ by Eyra_Shazleyra
Eyra_Shazleyra
  • WpView
    Reads 75,343
  • WpVote
    Votes 562
  • WpPart
    Parts 13
3rd ❤ LoveStory ❤ by EYRA_SHAZLEYRA LANGIT MASIH BEGITU. CINTAI AKU SEADANYA. Kerana HATIKU hanyalah MILIKMU. Aira Safiya - kesukaran hidup mengajar erti kedewasaan. Ujian yang bertimpa menjadikan diri semakin matang. Bahkan pemangkin untuk dia cekal menghadapi segala. Dalam hidupnya hanya ada ayah dan Afiq. Segalanya Safiya sanggup lakukan demi kebahagiaan keduanya walaupun terpaksa mengorbankan hasrat hati. Raef Afham - anak bongsu kesayangan keluarga. Terlahir dalam keluarga yang memiliki segala. Hidup tak pernah menghadapi kesukaran. Namun saat berdepan kejatuhan, diri seakan tersungkur. Namun perlu bangkit demi membuktikan pada semua yang dia mampu teruskan hidup seperti orang lain. Perhubungan di antara keduanya sudah lama dijanjikan. Namun tak seorang mahu akur dan menurut. Hanya setelah merasakan egonya tercalar oleh gadis yang bukan sesuiapa, Raef tekad untuk memerangkap Safiya demi dendam di dada. Namun akhirnya yang benci menjadi cinta. Keduanya saling mendambakan kehadiran setelah saling kehilangan sesuatu yang berharga. Raef Afham diharapkan Aira Safiya setelah diri menghadapi kesuakran. Dan Raef berjanji takkan pernah meninggalkan. Perhubungan yang terjalin atas dasar cinta diharapkan kekal sehingga ke akhirnya. Namun tak siapa mampu menduga duka akan mencelah meregut kasih. Aira Safiya yang diharapkan Raef Afham untuk menunaikan segala impian telah mengkhianati cintanya dalam diam. Lalu sukar untuk diri menerima segala. Lantas meretakkan perhubungan. Perpisahan. Itu jalan terakhir yang akan menyelamatkan keadaan. Saat hubungan semakin retak, barulah Raef tersedar cinta untuk Safiya adalah segalanya dalam hidup. Namun sudikah Aira Safiya kembali berpaling memandang? Masihkah sanggup membiarkan hatinya terluka kerana sebuah pertuduhan yang bukan sebarangan? Atau Safiya memilih Nazrin yang sudi menerima setiap kekurangan? # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara. # 03 Januari 2020.
SUAMI PILIHAN IBU✔ by Ash_lmh
Ash_lmh
  • WpView
    Reads 736,300
  • WpVote
    Votes 21,806
  • WpPart
    Parts 60
Bakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman lelaki dan pengalaman bercinta menyebabkan dia setuju ibunya mencari calon suami untuknya. Macam mana kehidupannya dengan calon suami yang ibu dia pilihkan? Happy? Sama juga dengan Izhan Hanif, setuju dengan ibunya untuk mendapatkan calon isteri. Published: 21 Julai - 18 April 2019
BUNGA CINTA DI BEIJING✔ by Ash_lmh
Ash_lmh
  • WpView
    Reads 67,341
  • WpVote
    Votes 2,232
  • WpPart
    Parts 44
-Mekaran bunga menjadi saksi ketulusan cintamu- Percintaan yang berakhir dengan kelukaan telah menyebabkan seorang gadis yang pernah terluka telah menanamkan satu pendirian untuk tidak percaya dan menerima lelaki yang menabur cinta. Risya juga dalam ketakutan hendak melibatkan diri dalam percintaan lagi. Mampukah Risya mempertahankan pendiriannya yang seteguh Tembok Besar China itu? Adakah insan bergelar lelaki mampu meruntuhkannya?
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )  by Lildaeiry
Lildaeiry
  • WpView
    Reads 385,224
  • WpVote
    Votes 9,721
  • WpPart
    Parts 49
" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari pernikahan mereka. Namun takdir lain, nyatanya ikatan cinta itu tidak bertepuk sebelah tangan, malah menyatukan dua jiwa yang akhirnya teguh memegang tali cinta. " Perjalanan dan pergorbanan kau tidak pernah mudah, malah walau petir ribut atau dunia menentang sekali pun, aku akan tetap disini Syuhada, kerana kau satu-satunya yang aku mahu, yang harus satu-satunya buat aku, Haikal Amirul. " Note : Pls new readers, boleh stop tanya psl timelap dlm cerita ni. Bukan tak nak baiki, saya ada kehidupan dan keperluan yang lebih penting dari revisi cerita ini. Berfikir untuk unpublish dari chapter 1 semula tetapi banyak readers yang tak setuju. Tolong hargai pihak author juga. Kalau tak boleh toleransi, go write your own book :)