THTA
41 stories
43. Hell Girl by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 110,000
  • WpVote
    Votes 9,962
  • WpPart
    Parts 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kelebihannya, dia tahan sejuk. Hidup sentiasa dikelilingi dengan alat pemanas dan heater untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun sukar berpeluh ataupun berasa letih. Digelar sebagai hell girl sejak lahir lagi ekoran simtom pelik yang diperoleh sebagai sindiran kerana suhu badannya sejuk seperti mayat. Kerana disebabkan hidupnya tidak senormal manusia lain dan keistimewaannya ini. Dia telah dipenjara dalam makmal menjadi bahan uji kaji. Darahnya di ambil, otaknya di scan beribu kali, tulangnya di tebuk, kulitnya di toreh. Segala jenis sel di proses. Mizuki Aesira terseksa! Namun ianya tidak berkekalan apabila ada yang datang menuntut kebebasannya demi sebuah keadilan. Karya dari THTA. Di atas permintaan ramai yang mahukan genre versi Hell School. Tinta telah memerah otak mendapatkan idea. Maka lahirlah buku ke-43 ni. Start 2/10/2022 End. 5/11/2022 NOVEMBER 2022.
41. The Ice Hockey Princess by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 83,298
  • WpVote
    Votes 10,603
  • WpPart
    Parts 104
Aerith Jane nak sangat buktikan pasukan hoki ais perempuan pun boleh setanding dengan pasukan hoki ais lelaki akademi mereka. Dua pasukan berbeza, kapten yang tak sekepala, pendapat seorang ke barat seorang lagi ke utara Macam mana agaknya perjalanan Aerith dan Harvey nanti ya? Akan ada persaingan di antara mereka ke atau Akan ada attraction di antara mereka pula ********************** Lepas dapat tahu ada kelayakan musim akhir hoki ais, Aerith cuba dapatkan tempat untuk kumpulannya. Tapi akademi beritahu hanya satu pasukan hoki ais sahaja yang bakal layak ke pertandingan nanti. Disebabkan Akademi Greenwhich School Game ada dua team hoki ais. Maka timbullah pencanggahan di antara dua kapten pasukan ni. Jadi Harvey Greyson telah membuat pertaruhan antara team mereka dan team Aerith untuk tentukan samaada pasukan hoki ais lelaki atau perempuan yang bakal sertai pertandingan itu nanti. Macam mana perjalanan mereka? ************************** Kalau diberi pilihan, Aerith sejak awal hingga ke akhir nekad dengan keputusan dia. Tapi ayahnya begitu benci akan sukan hoki ais hingga tegah dia dari sertai akademi sukan. Sampailah satu hari, berlakunya pertembungan dengan Hudson pada hari makan malam tu. Rahsia yang Aerith cuba simpan ikut terbongkar sama pada hari tu... Agaknya Hudson akan simpan rahsia tu atau gunakannya untuk kepentingannya? Mari kita cari tahu perjalanan Aerith menentukan kejayaan misinya di The Hockey Ice Princess JUN 2022
40. Beautiful And Bittersweet by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 154,443
  • WpVote
    Votes 1,141
  • WpPart
    Parts 6
🐬PAID VERSION.DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Zehra Ivory. Seorang nerd? Mungkin. Pemalu. Kekok. Sudah tentu. Dia ada rahsia yang tiada siapa tahu. Lebam.luka yang tiada siapa pernah nampak dan jeritan yang tiada siapa pernah dengar. At least la itu yang dia fikirkan. Bahawa kewujudan dia ni tiada siapa yang sedar. Lalu muncullah, seorang pensyarah baru yang menggantikan pensyarah lain di kelas kuliah sama Zehra hadiri. Sir Neel Adam, seorang lelaki berpewatakan ceria yang easy going. Menarik minat ramai pelajar. Namun ramai-ramai di situ, dia dapati Zehra tidak seperti gadis yang lain. Perasaan ingin tahu menguasai Neel. Yang membawa dia kepada pendedahan sisi gelap Zehra Ivory. Apa yang akan berlaku? Berjayakah Sir Neel meruntuhkan tembok yang selama ini Zehra cuba pertahankan? Mula - 27/7 End - 31/12 Disember 2021.
26. Red Zone by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 162,741
  • WpVote
    Votes 14,235
  • WpPart
    Parts 74
Kalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Serephina (fiery one) Seperti nama yang diberikan, wanita berusia 28 tahun ini menjadi seorang doktor yang cold blooded tetapi berhati nurani yang baik. Mungkin di mata orang caranya kasar, namun sekiranya itu dapat selamatkan nyawa pesakitnya, no matter what way she gonna use even it cost her own life. Davina takkan ragu-ragu untuk gunakannya. ************************************** Pain. Loss. Hurt. Scar. Semuanya itu datang dari satu nama yang sama. LUKA. Bezanya ialah, sama ada luka itu berdarah atau tidak. Dalam atau tidak. Nampak secara fizikal atau tidak. Namun bagi dia semuanya sama. Sebab ianya buatkan semua orang menangis dan alirkan air mata gara-gara hendak menahan rasa sakit yang dirasai oleh kerana suatu luka tu. End 21/11/20 November 2020
3. Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 236,972
  • WpVote
    Votes 14,777
  • WpPart
    Parts 78
Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia. ********************** Tahu tak perasaan bila kita dah terlalu excited sangat sampai tak fikir apa-apapun sebab dalam kepala kita Cuma ada satu perkara jer?Terlalu excited sampai boleh buat silap yang mana kita akan menyesal tak sampai lima saat kemudian. Itulah yang sedang dia rasa sekarang ni! Kenapa?Kenapa ramai-ramai manusia dekat dalam akademi ni, orang ni jugak yang di langgar!Kenapa?!!!!! "Menarik..."ucap lelaki di depannya sambil mengipas-ngipas surat cinta yang bertampal dengan sticker love itu di tepi muka. Membuatkan bau minyak wangi di kertas itu menerpa rongga hidung. Hana pandang surat cintanya dengan bibir terketap rapat. Nak menangis pun ada. "So kau nak beritahu aku kau sukakan dekat aku sejak kali pertama kau pandang aku?Macam tu?" soal lelaki di depannya sambil membaca isi surat itu sekali lagi. Hana membuat muka terkejut lantas menggeleng kepala laju-laju. Lelaki di depannya ini adalah manusia terakhir yang dia akan suka walaupun dunia nak kiamat. "Senior...saya tak sengaja. Maafkan saya. Bukan niat saya langgar senior...surat tu sebenarnya-"kata-kata Hana terhenti apabila lelaki di depannya mengangkat tapak tangan di depan muka "Stop. Aku tahu..."lelaki itu lipat surat itu lalu berdiri menghadap Hana dengan tangan bersilang di dada. Seseorang tolong lah galikan kubur untuk dia. Dan dendangkan lagu Taylor Swift masa pengebumian dia. Sebab Hana yakin lepas ni lelaki depannya ini akan maki dia sampai dia tenggelam tujuh kaki ke dalam tanah! "Kau nak cakap kau tulis surat ni untuk mainkan perasaan aku?"soal lelaki itu bernada marah yang dikawal. Hana menggeleng kepala sekali lagi. Dia pamdang lelaki di depannya dengan muka orang sembelit. "Eh tak...bukan macam tu." Habislah dia! Oktober 2019
21. Menantu Dari Neraka by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 157,460
  • WpVote
    Votes 10,752
  • WpPart
    Parts 47
Kisah ini bermula di sebuah bandar bernama Bandar Royal Sapphire. Bandar yang dibina atas nama sebuah keluarga. Iaitu The Royal. Bukan kerabat diraja. Bukan berkaitan dengan diraja. Ianya sekadar nama sahaja. Keluarga The Royal ini terkenal dengan sikap tamak haloba mereka. Untuk pastikan mereka antara yang paling terkaya, mereka akan kahwinkan waris mereka dengan mana-mana anak orang kaya yang ada di dalam bandar ni. But little did they know.... Keluarga The Royal ini kahwin sebab nak harta saja. Jadi lepas mereka dapatkan harta tu, orang yang dikahwini mereka itu akan diceraikan lalu dijadikan sebagai hamba serta orang gaji di rumah mereka. Lalu tibanya giliran putera sulung keluarga The Royal untuk kembangkan lagi kekayaan mereka, The Royal telah pasangkan anak mereka dengan anak perempuan kepada cucu seorang wanita tua kaya yang sedang nazak dan hanya tunggu masa saja untuk mati. Oleh itu mereka telah buat perjanjian. Perjanjian yang akan makan diri mereka sendiri tanpa sedar! Dan orang yang mereka buat perjanjian tu pulak bukan la sebarangan menantu. Mereka tak tahu, menantu yang mereka dapat tu adalah Menantu Dari Neraka. Oktober 2020
16.Tentang Kita by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 80,758
  • WpVote
    Votes 5,706
  • WpPart
    Parts 58
Sequel dari cerita Breaking The Rule Breaker. Serafina Katniss, 21 tahun. Lepasan akademi. Disebabkan dia tak suka belajar, dia cuba cari kerja dekat merata tempat, tapi satu pun tak terima dia bekerja. Jadi terpaksa la dia bekerja sebagai trainer di akademi ayahnya. Sampai la satu hari, kembarnya ,Seira mintak tolong Sera untuk applykan temu duga di sebuah company kerana tak dapat nak cancelkan rancangan date bersama seorang doktor yang sibuk. Sera seorang kembar dan adik yang baik pun turutkan je la. mujurla mereka berdua serupa, boleh la dia gantikan kakak kembarnya untuk temu duga tu nanti. but...little did she know Di syarikat tu jugak la dia temui seseorang yang telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dari dia tanpa khabar selama beberapa tahun. Macam mana Sera handle orang yang buat hidup dia tak tenteram sejak dia sekolah sehingga la dia dewasa? Julai 2020
31. Princess Luana by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 207,298
  • WpVote
    Votes 17,880
  • WpPart
    Parts 52
Luana Finley, Puteri Mahkota Kerajaan Marlowe. Seperti gelaran yang diberikan kepadanya, sebegitu jugala beratnya tanggungjawab yang disandarkan kepada dia. Kenapa? Pertama sebab ayahandanya telah mangkat, bondanya turut meninggal dunia ketika melahirkan dirinya. Luana pula anak tunggal, waris takhta dirajanya. Oleh kerana dia anak perempuan, maka tugas sebagai raja telah diturunkan kepada dia. Masalahnya sekarang dia baru berusia 19 tahun, masih mentah dalam dunia politik atau pengurusan diraja. Kerana itu, Raja Issak iaitu adik kepada ayahada Puteri Luana di lantik menjadi penyandang taktah sehingga la Puteri Luana temui lelaki yang boleh menjadi suaminya dan kukuhkan kedudukannya sebagai pewaris sah Kerajaan Marlowe. Berita mengenai pencarian suami buat Puteri Luana pun tersebar ke seluruh daerah dan negeri tidak lama kemudian. Maka berbondong-bondong la lelaki datang menghadap. Mahu melamar Puteri Luana untuk menjadi isteri mereka. Puteri Luana menjadi gadis seusianya, sama sekali tidak berminat dengan semua itu telah timbulkan masalah dan kacau bilau kan pertemuannya dengan setiap calon suami yang hadir ke situ. Sampaikan ramai dayang wanita di istana menjadi Fake Princesss Luana. Agaknya, dapat ke antara ramai-ramai calon suami yang hadir ke situ menjadi suami Princess Mischievious ini? 25/12/2020-5/1/2021 Januari 2021
11. Damon Revenge  by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 112,006
  • WpVote
    Votes 7,099
  • WpPart
    Parts 82
Betullah kata orang ...yang nampak baik tu tak semestinya baik. Dan orang yang nampak jahat tak semestinya jahat. Kadang-kadang kita kena rasa kehilangan dulu baru sedar apa itu rindu.. ************************************ Air mata jatuh ke pipi Xiana masa dia palingkan kepala ke Ryan semula. "Apa maksud awak?Bukan ke saya kena ikut Damon..?" Ryan tarik senyuman serba salah dan pandang sedih ke Xiana. "Damon...kenapa awak diam je ni. Cakap la sesuatu..saya tak ikut awak?Awak takkan bawa saya?"soal Damon. Tanpa berkata apa-apa Damon buka pintu lalu keluar dari situ. Dia tak tahan lagi dah! Lalu pintu kereta Xiana pula terbuka lepas Damon tiba dekat tepi kereta tu. Dia kemudiannya tarik Xiana keluar. Terkebil-kebil mata Xiana masa tu. "Aku pulangkan balik apa yang aku dah ambik." kata Damon sambil palingkan kepala ke kiri. Tak nak pandang Xiana. Kejung Xiana berdiri dekat depan Damon. Mata dia tak berkedip memandang tepi muka handsome milik Damon. "Terima kasih kalau macam tu sebab awak tunaikan janji awak pada saya."ucap Xiana dengan sedih. Damon pejam mata dia sebelum melangkah pergi dari situ."Selamat tinggal Xiana." ucap dia sambil berlalu depan Xiana untuk ke kereta. Lama-lama dia dekat sini makin susah dia nanti! April 2020
8. Miss Kommander Chapter 1 by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 119,319
  • WpVote
    Votes 9,594
  • WpPart
    Parts 84
Athena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan kerana sifat iri hati orang terhadap dirinya yang super perfectionist. Dibesarkan dengan kakak kandung sejak kecil lagi. Dibandingkan dengan si adik yang berkerja untuk tegakkan keadilan. Aria merupakan ketua mafia terkenal dalam dunia jenayah. Dengan mempergunakan Athena, Aria cuba mencapai kejayaan dia dengan menipu adik perempuannya sendiri demi kepentingan diri. Semakin dalam Athena terjerumus di dalam rancangan Aria, semakin banyak rahsia terbongkar. Apakah reaksi Athena setelah mengetahui, apa yang disangkakan seumur hidup rupa-rupanya ilusi semata? Januari 2020