boongbeng's Reading List
3 stories
Pengantin Tangkap Muat by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 8,361
  • WpVote
    Votes 109
  • WpPart
    Parts 6
Pengantin Tangkap Muat - Dhiyana KarnaDya Publishing Sdn Bhd Sem. Malaysia RM25.00 | Sabah/Sarawak RM28.00 HANAHUMAIRAH dan UMARRAYYAN disatukan dalam sebuah perkahwinan kerana sebuah rancangan. Dengan berbekalkan sebuah janji untuk menjaga dan membahagiakan Hana, Umar melamar wanita itu. Hana yang pemalu apabila berhadapan dengan Umar Rayyan, kini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas berkahwin. Hana terpaksa menukar strategi demi memikat hati encik suami yang kejung dalam soal hati dan perasaan. Pelbagai strategi di atur untuk mencairkan hati keras Umar. "Saya tak cukup anggun dan menawan ke untuk buatkan awak jatuh cinta dengan saya?" - HANA HUMAIRAH "Moodromantik?Aku...moodromantik? Dalammimpikauajelah!"-UMAR RAYYAN Umar Rayyan yang kejung tidaklah seperti gelaran yang diberi. Perasaan sayang dan cinta kepada Hana tetap terusik dalam hati. Hana adalah segala-galanya bagi dia. Kegembiraan dan juga kebahagiaan Hana adalah keutamaan baginya. Cuma... bayangan kisah silam membuatkan bibirnya sukar untuk bekerjasama dan berterus terang kepada Hana. Kemesraan Sara dan Umar membuatkan Hana tidak senang duduk. Dia mula menagih sahutan sayang daripada Umar. Kekuatan dia mula goyah apabila Umar sepi tanpa sahutan sayang. Hana tekad untuk berjauhan seketika demi hubungan mereka berdua. Umar panasaran! Dan sebuah rahsia tersingkap! Masih ada lagikah peluang untuk mereka berdua mengecapi kebahagiaan apabila rahsia tersebut diketahui?Adakah Umar akan menyambut kata sayang dari pada Hana?Adakah Hana akan kembali semula kepangkuan Umar? Adakah Umar akan setia pada Hana?Pengantin Tangkap Muat... bukan sekadar janji mampu dilafazkan tetapi kesetiaan tetap menjadi tagihan.
CINDERBELLA by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 1,846
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 5
Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri. "Sah. Memang sah awak dah gila..." - Bella "Apa kau kata?! Aku gila?!" - Shah Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah. Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja. "Jom kita kahwin?" - Darius "Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?" - Bella Dalam hati berkobar-kobar mahu menerima lamaran Darius, Bella terlupa sesuatu. Terlupa akan restu seorang ibu. Sementelah, si ibu pula telah merancang untuk menyatukan Bella dengan Shah. Bella terpanar. Padanya, Shah hanyalah seorang abang dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan memerima Shah, namun apabila didesak, dia gundah. Dia serba salah dalam membuat pemilihan. Memilih Darius, umpama cinta tanpa restu walaupun dia mahukan kebahagiaan dengan cinta hatinya. Memilih Shah, hubungan tanpa cinta tetapi dengan restu ibunya membuatkan hati Bella libang-libu. Perlukah dia berkorban? Siapakah yang menjadi pilihan hati Bella?
KERANA KAU ISTERIKU by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 3,236
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 5
iga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya. "Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?" - HANUM Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah. "Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena 'kerjakan' Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat." - HAJI LAMIN Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!