SyrH_Ir's Reading List
125 stories
ROISIN THE DA-XIA [ON-GOING] by nurnaein
nurnaein
  • WpView
    Reads 30,766
  • WpVote
    Votes 1,122
  • WpPart
    Parts 42
Rafqael | Melrose Hanya satu kata. PERPISAHAN. Melalui perpisahan, jiwa mereka disatukan. Angkara kekejaman kehidupan, dua jasad ini kembali dipisahkan. TYA MELROSE. Raut wajah secantik bunga. Namun, hidupnya tidaklah seindah nama. Tiada siapa yang tahu gelombang yang tersirat di dalam hatinya. Hanya kebebasan yang dia inginkan, tetapi semua itu tidak mudah untuk digapai olehnya angkara seorang jejaka. "Just run as far as you can. Kau tetap selamanya hidup dalam cengkaman aku, Roisin." TUAN RAFQAEL TUAN MALIZIE. Hanya dengan satu senyuman, semua gadis akan menunduk padanya. Aura maskulin jejaka ini membuatkan dia mudah mendapat apa saja yang diinginkan. Namun, tidak pada satu perkara. Iaitu menakluki gadis kesayangannya, Tya Melrose. "You'll be mine. Sooner or later." -Tuan Rafqael "In your dream! Kau mungkin dapat jasad aku, tapi bukan jiwa aku." -Tya Melrose Apa jua halangan, hanya satu tekad utama Rafqael. Mendapatkan Melrose. Meskipun harus mengkhianati rakan baiknya sendiri. "I'm the one who's been betrayed, so I'll do what needs to be done." -Harith Azrel Malapetaka terus memburu mereka atas pengkhianatan yang dilakukan. Satu persatu pembohongan juga mulai terungkai. Saat Melrose tahu akan rahsia yang tersimpan, perpisahan pula jalan yang diinginkan. Rafqael pula tersepit di antara cinta dan misi. Manakah yang akan menjadi pilihan hati? "One more move, your head will be shot." "Just do it. I'm halfway to my death." -------------- • Action romance •
The Chosen WIFE (Completed)  by cerisay05
cerisay05
  • WpView
    Reads 923,696
  • WpVote
    Votes 21,187
  • WpPart
    Parts 63
Karya Ketiga Start : 27/4/2022 End : 21/5/2022 I love you- Kamila Humaira But I hate you- Afkar Bukhari Kau perangkap aku kan!! - Afkar Bukhari No, ini semua fitnah.I tak tergamak buat semua ni!! - Kamila Humaira Sakit hiks - Kamila Humaira DIAM!! - Afkar Bukhari Don't ever get tired of me -Afkar Bukhari I'm tired.I'm hurted.Let me down this time please... - Kamila Humaira I'm sorry.Let me fix it... - Afkar Bukhari Let me go - Kamila Humaira No, never. - Afkar Bukhari I'm sorry but we couldn't save her Why you leave me? - Afkar Bukhari P/s im too lazy untuk buat sinopsis but i think from that dialog u boleh nampak bayangan story ni All right reserved ©Cerisay Warning 🔞🔞 Red Flag 🚩 Mengandungi kata-kata kesat/lucah Dera dalam perkahwinan Bdsm & physical and mental harass ------------------------------ No plagiarisme All 100% by me 🔞🔞 Under 18 tidak digalakkan baca but if you do, that's not my responsible Broken English Abusive relationship, unsur BDSM and Curse words NOTES!! VOTE UNTUK UNLOCK NEW CHAP ---------------------------------------------------
My Mr. Chef ❤{Completed}  by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 1,697,223
  • WpVote
    Votes 61,023
  • WpPart
    Parts 81
Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang penting anak bukan bapak! Takkanlah si Wulan yang jelitawan inginkan suami yang sudah tua bangka? Tak ada kelas namanya! Namun, impiannya itu menyimpang jauh tatkala dia menjejakkan kaki ke Restoran Pasta Delight. Dia yang tidak pernah sekalipun jatuh cinta akhirnya terkena panahan cinta pada chef Raykal Hazizi. Seorang chef yang sangat segak dan penuh dengan karisma. Pelbagai cara yang Wulan lakukan demi untuk merebut hati chef idamannya tu walaupun acap kali dimaki hamun oleh si chef. Dia tabah. Katanya demi my chef... "Nama pun tak boleh nak tahu ke? Kedekutlah chef ni." "Tak ada sebab untuk cik nak tahu nama saya. Saya bukannya kenal dengan cik pun." "Siapa kata tak ada sebab?" Mata mereka saling berlaga. "Sebabnya awak tu bakal suami saya." Raykal merengus kasar. Kucar kacir hidupnya bila perempuan gila itu tiba-tiba muncul. Semua serba tak kena dia rasakan. Dia yang sememangnya terkenal dengan hati batu berubah menjadi lelaki yang paling sweet untuk cik bulan dia. "Aku mencintai kau kerana gigihnya usaha kau untuk mendapatkan aku. Sudikah kau jadi makmum aku buat selamanya?" Lamaran Raykal diterima tanpa berfikir panjang. Sungguhlah usaha dia selama ini tidak sia-sia. Gedik dia pun berjaya juga tundukkan chef hati batu itu. Kehidupan berumah tangga memang indah. Lebih-lebih hidup bersama orang yang dicintai. Namun, tidak semuanya menjanjikan kebahagiaan. Ujian tetap melanda walau utuhnya cinta antara mereka. Pelbagai cara yang Wulan gunakan demi menyelamatkan hubungannya bersama si suami daripada perempuan di luar sana. Termasuklah meminta tips hamil dengan kadar segera pada Dania, sepupu Raykal yang juga merupakan seorang doktor.
REVIRA : The Seductive Villain [C] by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 965,392
  • WpVote
    Votes 43,983
  • WpPart
    Parts 104
UNTUK PEMBACA MATANG *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
CINTA UNTUK KANDA by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 266,958
  • WpVote
    Votes 9,010
  • WpPart
    Parts 64
2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHAFIYAH ROSELILY KARTIKA. Bak kata Arman, nama sepanjang selat melaka. Gadis yang kecil molek yang Arman jumpa ketika di sebuah cafe. Cantik orangnya. Seorang graduan dalam bidang fashion and design. Tapi terpaksa melupakan bakat yang ada demi bekerja di syarikat papanya. Menyapa gadis itu di Cafe membuatkan timbul rasa sesalan dalam diri Arman. Kalau dia tak tegur gadis tu, mungkin dia tak akan selalu berjumpa. Naik rimas dibuatnya. Gadis itu suka sangat cari pasal dengan dia. Dia pun apa lagi. Takkan nak diam saja. Hasrat untuk membuka butik ditentang keras oleh bapa Shafiyah sehingga meletakkan syarat dia harus berkahwin. Sangat tak masuk akal. Kalau dia kahwin, mestilah dia kena ikut cakap suami. Dia tak mahu. Fikir punya fikir, Haris Arman yang menjadi targetnya. Arman masih belajar. Mesti dia lebih fokus pada pembelajarannya. Tak perlu bersusah payah Arman fikir untuk menjalankan tanggungjawabnya nanti. Tawaran yang di berikan oleh Shafiyah, membuatkan Arman setuju untuk berkahwin dengan gadis itu. Tapi Shafiyah silap dengan pemikiran dia sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang jatuh cinta dengan Arman. "Saya rasa saya dah sukakan awak. Kalau saya nak mengorat awak boleh tak?" -Ummu Shafiyah. Berjayakah Shafiyah menawan hati Arman? Cinta yang ada dihatinya, memang mahu diberikan buat Arman saja. Si kanda yang telah bertahta dihatinya.
Dia Adalah Jawapan by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 6,518
  • WpVote
    Votes 557
  • WpPart
    Parts 10
Hubungan antara Haifaa Azany dan abangnya telah lama retak sejak pemergian ibu dan ayah. Sejak itu, tiada lagi pelukan hangat seorang abang, tiada lagi ketenangan dalam rumah yang dulu penuh kasih. Dalam hati Haifaa, luka itu berubah menjadi benci. Dan kerana itu, dia tekad. Dia pilih untuk hidup sendiri, menapak tanpa berpaling, tanpa harap pada sesiapa pun... termasuk darah dagingnya sendiri. "Aku takkan tinggal dengan kau! Selepas ibu dan ayah meninggal, kau bukan sesiapa dalam hidup aku!" - HAIFAA AZANY "Kalau kau tak nak aku jaga kau, kau kena cari lelaki yang boleh jaga kau and he need to be your husband. Kalau tak, kau kena tinggal dengan aku. Faham?" - HANIF AZRIL Haifaa nekad. Dia tak mahu tinggal dengan lelaki yang telah meragut nyawa kedua-dua insan yang paling dia cintai di dunia, ibu dan ayahnya. Setiap sudut rumah itu menjadi saksi luka yang tak pernah sembuh. Dan kerana itulah, dia buat keputusan paling drastik dalam hidupnya. "Amirul Hafiz, I nak kahwin dengan you" - HAIFAA AZANY Tanpa ragu, tanpa berpaling, dia pandang wajah lelaki yang selama ini menjadi tempat dia berlindung. Itu bukan kerana cinta semata. Tapi kerana dia mahu lari. Mahu bebas. Mahu bina hidup baru yang tidak lagi dihantui bayang si pembunuh. Dan bagi Haifaa Azany... perkahwinan itu adalah satu-satunya jalan keluar dari neraka yang bernama rumah. Malangnya, si kekasih tidak sedia memegang tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya. "Aku nak kahwin dengan kau. As soon as possible" - HAIFAA AZANY "Kau lamar aku hanya kerana kau tak nak tinggal dengan abang kau? Like seriously?" - WAFIQ EUSOFF Published : *AUGUST 2023*
Takdir terakhir kita | OG by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 523,827
  • WpVote
    Votes 26,406
  • WpPart
    Parts 63
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : unknown
HIS SIDE OF LOVE by elvy_syer
elvy_syer
  • WpView
    Reads 118,517
  • WpVote
    Votes 4,064
  • WpPart
    Parts 55
Ryanne Delisha bukan perempuan biasa. Dengan kecantikan yang menggoda dan langkah yang yakin, dia simpan luka lama yang tak pernah sembuh. Di langit antarabangsa, dia terbang bebas... tapi di bumi, hatinya terikat pada seorang lelaki yang tak sepatutnya dia cinta - Dato' Riaz Mikael, duda yang menyimpan terlalu banyak rahsia. Riaz bukan lelaki mudah disentuh. Tapi Ryanne bukan perempuan mudah dilepaskan. Segalanya mula rumit bila anak lelaki Riaz, Zayyan, mula tertarik pada adik Ryanne sendiri. Dan saat bekas isteri Riaz kembali menuntut apa yang pernah jadi miliknya, permainan ini jadi lebih gelap. Dalam dunia penuh darjat, politik dan rahsia - cinta mereka bukan hanya salah... tapi juga berbahaya. Dan satu nama, mungkin tak cukup untuk sembunyikan segalanya.
When We Meet Again (bakal terbit) by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 131,883
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 1
Siri 1 Trilogi Cinta Qaseh Imani dan Syakir Ilham adalah dua nama yang tak pernah serasi sejak di bangku sekolah. Qaseh adalah gadis pintar yang sentiasa menjadi harapan guru dan rakan-rakan. Syakir pula pelajar yang tak pernah jemu mengusik, mengejek, dan kadang-kadang menyakiti hati Qaseh hanya kerana dia suka sangat melihat pipi bulat Qaseh merah kerana memarahi dia. Namun, bagi Qaseh...Syakir hanyalah luka lama yang ditoreh bertahun-tahun. Peristiwa itu buat dia bencikan Syakir. Terlalu benci. Bagi Syakir pula Qaseh ialah satu-satunya gadis yang sentiasa berada diingatannya. Tamat persekolahan memisahkan mereka. Mereka membina kerjaya. Syakir kembali dari luar negara setelah 13 tahun tinggal di luar negara. Nama dan wajah masing-masing hanya tinggal dalam lipatan kenangan, sehingga satu hari takdir mempertemukan mereka kembali di sebuah majlis reunion. Bagi Qaseh, pertemuan itu ibarat membuka semula kotak lama berisi rasa marah, kecewa dan luka yang tak pernah benar-benar sembuh. Bagi Syakir, inilah peluang untuk dia mendekati si Qaseh yang kini sudah menjadi seorang pegawai psikologi. Namun perjalanan hati mereka tak semudah itu. Rahsia lama terbongkar. Hati yang membenci dulu goyah. Syakir pula berjuang untuk meyakinkan Qaseh bahawa lelaki yang berdiri di hadapannya hari ini bukan lagi budak lelaki yang suka mengusik dia dulu. Mampukah mereka berdamai dengan masa silam dan memberi peluang kedua untuk cinta? Atau adakah luka lama terlalu dalam untuk diubati?