MATTE
10 stories
hello husband by zuleezan
zuleezan
  • WpView
    Reads 1,288,508
  • WpVote
    Votes 42,255
  • WpPart
    Parts 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk tanya macam macam katanya. Tapi hari hari ada je orang mengorat suaminya, doktor pelatih la, MO la, HO la, jururawat lah. "Ni tak boleh jadi!!!" kata sofea
Gadis Penjual Bunga [✔] by nanadeea
nanadeea
  • WpView
    Reads 289,822
  • WpVote
    Votes 16,458
  • WpPart
    Parts 53
----- [C] ----- "Kau bercinta untuk apa?" --- Qaim Zufar Qaim belum pernah bercinta. Gara-gara mama, dia jadi takut untuk menyerahkan hatinya pada insan bergelar kekasih. Dia lari dari segala kemewahan biar tak timbul peluang untuk disakiti lagi. "Cinta itu buta? Bullshit." Trauma ditinggalkan mama itu buat hatinya separuh beku membenci kaum Hawa. Namun akal dan tindakan tidak lagi jalan seiring apabila suatu hari Tuhan takdirkan dia bertemu dengan si gadis ayu persis wanita melayu terakhir yang menangis dalam hujan, meraih simpati dan perlindungan darinya. Apa yang bakal terjadi seterusnya? ➖➖➖➖➖➖➖➖ "Aku bercinta untuk hidup. Cinta buat jiwa aku tak mati." --- Indi Imani Hidup Indi tak seindah kedai bunganya. Selepas kematian orang tua, cinta dia yang selama ini setia hanya untuk seorang pria kecundang selepas dipersendakan lelaki itu. "Aku tak pernah pun cintakan kau. Nak tahu apa yang aku cinta? Duit. Duit, Indi." --- Faiz Demi memuaskan hati sendiri, dia bertekad untuk membalas perbuatan bekas kekasih yang mengkhianatinya dengan mendapatkan teman lelaki palsu. Tetapi bagaimana jika pertolongan yang datang cuma dari posmen garang yang kurang kasih sayang itu? Bolehkah bunga yang mengejar kumbang, atau sebaliknya? Kerana bagi Indi, manusia tanpa cinta ibarat lagu tanpa irama, langit tanpa bintang.
Your Boss Your Husband by aperson309
aperson309
  • WpView
    Reads 5,761,766
  • WpVote
    Votes 63,279
  • WpPart
    Parts 47
C O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim Kahwin dengan saya, tuan. Saya rela, jadi perempuan simpanan. Tapi biarlah halal. Gadis yang kosong, tanpa apa-apa. Bergelar Mrs. Zill to the whole world. That is Adara Aaliya Badrul, Aleesya Nurin, Naila Dayanne. Uncle Allan. Cinta antara dua hati. Wealth and poor. Peerage and commoner. CEO and coffee lady. Daddy and his little girl. Halangan boleh dimatikan dengan duit dan kuasa. THIS IS A SFW (SAFE FOR WORK) VERSION. WHOLE EBOOK NSFW (NOT SAFE FOR WORK) WITH WHOLE, DETAILED, FULL SEX SCENES, CAN GET IT DIRECT FROM ME * Got British Slang and heaven of Cockney Rhyming Slang and London behaviour * * No matured scene, but curse sign and said * * You have been warned * * This story got LICENSED copy right, so please jangan cuba nak tiru atau bawa ke tujuan lain * ©️APERSON309 ©️2017
Aku Kan Ada (Sudah Terbit)  by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 122,037
  • WpVote
    Votes 891
  • WpPart
    Parts 10
Ini cerita Yah dengan Lid yang dah berkawan sejak dari baby. Di mana ada Lid, di situ ada Yah. Yah kata, dia penat nak layan Lid sebab dia tu raja drama, Lid pula kata, dia tak larat dengan Yah si ratu masalah. Orang kata, perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan baik, mesti salah seorang akan tersuka. Betul ke? Atau itu cuma mitos purba kala? Biar Cik Berry buktikan, fakta atau auta! Another romance by, Akyelrahim
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,313,870
  • WpVote
    Votes 58,401
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,447,602
  • WpVote
    Votes 90,871
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Medicine by Jelitainyellow_
Jelitainyellow_
  • WpView
    Reads 20,961
  • WpVote
    Votes 1,074
  • WpPart
    Parts 54
Jelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Baginya itu merupakan satu hiburan. Segalanya berubah setelah segala nikmatnya ditarik. Sekelip mata segalanya diambil darinya. Dia hilang semuanya termasuk keluarga. Dia ibarat sebatang kara. Namun, dia tidak sedar ada seseorang yang setia bersamanya. Tengku Wafie, identitinya sangat misteri. Setiap hari bergaduh dengan Jelita merupakan perkara wajib baginya. Dia memang sengaja ingin membuat Jelita marah. Dia suka mendengar bebelan Jelita. Makin dekat mereka dengan peperiksaan besar SPM, makin banyak perkara yang menguji mereka sehingga mereka hampir mengalah. Takdir mereka kini menjadi kacau bilau. Segala yang tersirat kini sudah tersurat. Kenyataan yang mereka tidak ingini terpaksa mereka terima. Mereka tidak dapat menolak segala aturan apabila darah, nyawa dan yang tersayang menjadi taruhan. Wafie tahu tanggungjawabnya berat dan dia sendiri tidak mahu menanggungnya. Dia tersepit namun apalah pilihan yang dia ada lagi. Dia tahu tindakkannya bahaya namun dia buat semua itu demi Jelita.
Rayden Rose by medinarose
medinarose
  • WpView
    Reads 3,164,171
  • WpVote
    Votes 90,432
  • WpPart
    Parts 22
"Rose..." Tangan sasa Rayden mula naik merangkul pinggangku erat. Pandangan matanya tajam. Aku cuba memberanikan diri membalas renungannya itu. Mata biru kehijauan milik Rayden kupandang dalam. Jantungku sudah mula berdetak laju. Aku terus memandang wajah tampan Rayden dengan hati yang berdebar. Rambutnya sedikit kusut dan jatuh berjuntai ke dahi. Aku tahu aku sepatutnya menjauhkan diri daripada Rayden tapi dia seolah-olah mempunyai tarikan magnet kepadaku. Tarikan yang sentiasa menarikku dekat bersamanya. Yang membuatkan aku tidak dapat mengelakkan diri daripadanya. Rayden seperti seorang bad boy. Dia merokok. Dia bertatu. He's tall. He's dark. He's trouble. Dia bukan seperti lelaki lain. He's different; wild dangerous and mysterious. ××× ❝Bad boys ain't no good, but good boys ain't no fun❞ Δ mēdînärøśē Δ ⚠ WARNING: This book will have strong language
Laura by Jelitainyellow_
Jelitainyellow_
  • WpView
    Reads 18,173
  • WpVote
    Votes 950
  • WpPart
    Parts 49
'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan Tuan Shirotani ialah, Laura kena membunuh. Laura jahat tetapi Laura tidak sekejam itu. Muncul Haries Erwin, bodyguard yang mengawal tingkah laku Laura tetapi bukan keselamatannya. Haries menyuarakan hasrat hatinya pada waktu yang tidak tepat. Muncul yakuza Himitsu. Ketuanya berfigura seperti Haries. Himitsu merupakan kumpulan yang kejam. Kumpulan Himitsu sering mengejar Laura tetapi mereka tidak mengapa-apakan Laura. Persoalannya, macam mana Laura nak lepas dari cengkaman Tuan Shirotani?? Apa yang yakuza Himitsu nak dari Laura? Siapa sebenarnya Himitsu? Dalam 'permainan' yakuza ini, adakah Laura akan tertumpas atau ..... Adakah Si Yakuza yang akan ditumpaskan? Bacalah kisah ini untuk mengetahuinya. Kisah muslihat disebalik muslihat... '3'