wnnbell's Reading List
5 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,760,121
  • WpVote
    Votes 139,894
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Luka Bukan Mimpi (SCARS) by DahliaHumaira89
DahliaHumaira89
  • WpView
    Reads 747,566
  • WpVote
    Votes 20,213
  • WpPart
    Parts 51
🔞⚠Sebuah kisah benar yang sarat emosi. Adalah diingatkan bahawa jalan cerita Luka Bukan Mimpi (SCARS) diambil dari 100% cerita asal yang diceritakan kepada penulis dan bukanlah rekaan semata-mata. Hanya nama yang ditukar supaya identiti & privacy pemilik cerita tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak. Perkahwinan yang disangka membawa bahagia akhirnya kecundang jua kerana fitnah & nafsu yang bermaharajalela. Namun bila hatinya sudah mula dilambung bahagia buat kedua kalinya, sekali lagi bahagianya direntap pergi buat selamanya. Mampukah Sarra bertahan dengan ujian demi ujian yang menyungkurkannya berkali-kali? Telusuri ketabahan seorang wanita bernama Sarra dalam meneruskan kehidupannya.
CINTAI AKU SEADANYA || telah terbit 2024 - DearNovels ❤ by Eyra_Shazleyra
Eyra_Shazleyra
  • WpView
    Reads 75,355
  • WpVote
    Votes 562
  • WpPart
    Parts 13
3rd ❤ LoveStory ❤ by EYRA_SHAZLEYRA LANGIT MASIH BEGITU. CINTAI AKU SEADANYA. Kerana HATIKU hanyalah MILIKMU. Aira Safiya - kesukaran hidup mengajar erti kedewasaan. Ujian yang bertimpa menjadikan diri semakin matang. Bahkan pemangkin untuk dia cekal menghadapi segala. Dalam hidupnya hanya ada ayah dan Afiq. Segalanya Safiya sanggup lakukan demi kebahagiaan keduanya walaupun terpaksa mengorbankan hasrat hati. Raef Afham - anak bongsu kesayangan keluarga. Terlahir dalam keluarga yang memiliki segala. Hidup tak pernah menghadapi kesukaran. Namun saat berdepan kejatuhan, diri seakan tersungkur. Namun perlu bangkit demi membuktikan pada semua yang dia mampu teruskan hidup seperti orang lain. Perhubungan di antara keduanya sudah lama dijanjikan. Namun tak seorang mahu akur dan menurut. Hanya setelah merasakan egonya tercalar oleh gadis yang bukan sesuiapa, Raef tekad untuk memerangkap Safiya demi dendam di dada. Namun akhirnya yang benci menjadi cinta. Keduanya saling mendambakan kehadiran setelah saling kehilangan sesuatu yang berharga. Raef Afham diharapkan Aira Safiya setelah diri menghadapi kesuakran. Dan Raef berjanji takkan pernah meninggalkan. Perhubungan yang terjalin atas dasar cinta diharapkan kekal sehingga ke akhirnya. Namun tak siapa mampu menduga duka akan mencelah meregut kasih. Aira Safiya yang diharapkan Raef Afham untuk menunaikan segala impian telah mengkhianati cintanya dalam diam. Lalu sukar untuk diri menerima segala. Lantas meretakkan perhubungan. Perpisahan. Itu jalan terakhir yang akan menyelamatkan keadaan. Saat hubungan semakin retak, barulah Raef tersedar cinta untuk Safiya adalah segalanya dalam hidup. Namun sudikah Aira Safiya kembali berpaling memandang? Masihkah sanggup membiarkan hatinya terluka kerana sebuah pertuduhan yang bukan sebarangan? Atau Safiya memilih Nazrin yang sudi menerima setiap kekurangan? # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara. # 03 Januari 2020.
KAU TETAP MILIKKU SEORANG by Miss_Insomniacs892
Miss_Insomniacs892
  • WpView
    Reads 2,035,520
  • WpVote
    Votes 28,806
  • WpPart
    Parts 54
kerana dendam Tengku Ryan Shah tega memerangkap Hamna Farhana supaya menjadi miliknya. cemburu yg menguasai Tengku Ryan menyeksa Hamna lantas ego yang menguasai keduanya membenam cinta yg kian berputik ...mampukah cinta yg terbina oleh dendam dan benci menyatukan mereka atau terpisah dek orang ketiga "disebabkan kau dah jatuhkan maruah aku... kau mesti terima padahnya ... walau apa pun jadi... kau akan jadi hak aku..."Tengku Ryan Shah "kau lelaki paling kejam yg pernah aku jumpa ... aku benci kau !! sampai mati pun aku benci kau!!!" Hamna Farhana "aku akan pastikan Tengku Ryan jatuh dalam perangkap aku...even aku terpaksa guna cara kasar sekalipun!"Tengku Amanda Imani "kenapa awak kena bertahan untuk terus jadi isteri kepada seorang lelaki yg kejam macam Ryan tu Hamna!! awak layak bahagia... Ryan tu memang setann!! aku akan pastikan kau jatuh tersungkur itu janji aku !!" Dr.Tengku Shahrizal
Hostel by LizzaHan
LizzaHan
  • WpView
    Reads 128,148
  • WpVote
    Votes 7,690
  • WpPart
    Parts 58
Terikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mata. Namun,jikalau sudah tertulis di dalam surah Al Baqarah mengenai mahkluk ini,adakah kita masih degil untuk mempercayai? Sehinggalah "ia" hadir mengahantui dan membuat huru hara dalam kehidupan pelajar Asrama Engku Puteri.