hyeejea's Reading List
178 stories
Cryptic Hearts [OG] by mslalysa
mslalysa
  • WpView
    Reads 909
  • WpVote
    Votes 125
  • WpPart
    Parts 13
Jika dunia ini ada bahasa lain, hubungan Dara dan Leon ditulis dalam bahasa yang lebih liar, lebih gelap, dan lebih keras. Mereka bukan pasangan. Mereka bukan musuh. Mereka adalah cermin yang saling memusnahkan. Setiap kali Dara dan Leon bertemu, dunia sekeliling mereka terasa kecil, seolah-olah ruang hanya wujud untuk menyaksikan dua hati yang terpecah ini bertembung. Mereka berdua memiliki ego yang sama besar. Mereka berdua memakai dinding setebal beton untuk menahan trauma masa lalu. Mereka berdua menyamar sebagai orang yang kebal. Tetapi jauh di dalam diri masing-masing ada sesuatu yang tidak mereka akui: Dara takut bergantung pada sesiapa. Leon takut kehilangan sesiapa. Gabungkan dua ketakutan itu, maka lahirlah badai bernama Cryptic Hearts. Semakin dekat mereka, semakin keras mereka menolak. Semakin mereka cuba lari, semakin mereka terikat. Semakin mereka cuba saling membenci, semakin hati mereka menjadi lemah. Dan setiap kali mereka berdua hampir runtuh, General Zane, yang sentiasa memerhati dari jauh, berkata dengan tenang: "You don't hate each other. You're just terrified that you finally found someone who sees you." Dara dan Leon akhirnya belajar menerima antara satu sama lain, menerima masa silam mereka, dan menjadi pasangan paling berbahaya dalam sejarah Helix Division Agency dan The Nexus Agency.
Cinta Helena [C] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 87,632
  • WpVote
    Votes 4,852
  • WpPart
    Parts 58
Cinta Helena : Dia luka yang aku pilih. Cinta Helena x Qays Hayyan SUDAH tertulis di langit takdir, dua jiwa itu bersatu dalam mahligai cinta yang disangka abadi. Setiap senyuman mereka seperti puisi yang dibisikkan angin. Dunia menyaksikan cinta yang seolah dipupuk dari syurga. "Qays... promise me your love won't ever belong to anyone but me. Forever." "Cinta... you're my whole heart. I promise I'll love you today, tomorrow, and every lifetime after this. You're my forever." SATU JANJI. Tapi sejauh manakah layar sebuah janji mampu berlabuh saat badai takdir mula menjentik layar bahagia mereka? Dalam satu detik yang malang, Helena kehilangan segalanya. Luka bukan sahaja menghuni tubuhnya, tapi juga relung hatinya yang terdalam. Dan ketika itu, setia Qays mula dipertaruhkan. "You masih sayangkan I? Walaupun I dah tak sempurna lagi?" "Ya, Cinta. I akan sayangkan you sampai mati..." Namun setia itu diuji dengan satu perkataan yang paling ngeri buat seorang isteri ' poligami '. Mampukah hati yang retak menampung luka yang lebih dalam lagi? Sedang takdir menjemput wanita lain mengisi ruang yang dulunya hanya milik Helena. "Mummy nak Qays kahwin dengan Inara. She's a real woman, Qays. She can carry your child... not like Helena." "You nak kahwin lain? You nak duakan I!?" Dunia yang dulu cerah, kini gelap dan kelam. Apatah lagi saat pengkhianatan datang dari arah yang paling tak terduga. "Helena...aku-" "Kau kawan aku, Inara. Orang yang aku tak pernah sangka akan tikam aku!" Rasa dikhianati itu menghunjam dada lebih dalam dari sembilu. Hanya kerana kekurangan diri Helena di paksa mengerti walaupun hatinya tiada yang peduli. "I have no choice... H-Helena izinkan. Kalau itu yang buat semua orang bahagia... biar Qays kahwin." Sanggupkah dia terus bertahan, sedang mahligai yang dibinanya kini berkongsi nama dan kasih? Sedang senyum suaminya bukan lagi hanya untuk dia? Sejauh manakah layar perkahwinan ini akan terus belayar di lautan luka dan harapan?
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 508,720
  • WpVote
    Votes 31,074
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Pengantin Buat Nelayan - Terbit PBAKL 2026  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 313,323
  • WpVote
    Votes 2,399
  • WpPart
    Parts 7
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangan tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
HALYN : WIFE FROM THELESIA by asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    Reads 30,115
  • WpVote
    Votes 1,731
  • WpPart
    Parts 55
[COMPLETE] [ROYAL FANTASY] Sakit hati Puteri Halyn tatkala menerima titah untuk berkahwin dengan panglima tentera Minglan daripada ayahandanya sendiri. Sudah diberitahu tidak sudi, tetap juga memaksa. Bukan sifat Puteri Halyn untuk menyerah begitu sahaja dan berlembut hati. Dia akan memberontak! Ayahanda sendiri sebagai raja pun dia tak hormat. Apalah sangat menolak titah tersebut. "You are useless! Stubborn dad!" Makian bersemuka pun dia berani. Mahu tidak mahu, perkahwinan tetap dijalankan. Apalah nasib dia terpaksa berhadapan dengan seorang panglima yang tegas? Dah kerja pun mengawal ratusan ribu tentera, sudah dapat dijangka bagaimana peribadi lelaki tersebut. Kaku, tegas, serius, dingin, semua dia sapu! Tak suka perempuan luar pula tu. "Mulai hari ini, aku akan mengatur rutin harian kau." Terlepas dari sarang ular, dipaksa masuk dalam kepungan serigala pula. Tak kira ke mana dia lari, dia pasti akan sampai di hadapan Panglima Zynlan. "Ish! Zynlan tak guna! Psikopat! Teruk! I hate you! You are bad bad like a shit! Huh!" Tiada hari mulutnya tidak memarahi lelaki itu jika bertembung. 𝐃𝐀𝐓𝐄 : 𝐒𝐀𝐓 𝟏𝟒|𝟎𝟗|𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐄𝐍𝐃 : 𝐓𝐇𝐔 𝟐𝟓|𝟎𝟗|𝟐𝟎𝟐𝟓
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,667,918
  • WpVote
    Votes 60,625
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
KHALI - HEKHAYAAD SIRI 1 🔞 by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 448,404
  • WpVote
    Votes 26,564
  • WpPart
    Parts 50
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ CERITA INDIAN BUKAN MELAYU ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."