Mdyunis's Reading List
3 stories
Her Brother's Keeper  di Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    LETTURE 47,445
  • WpVote
    Voti 3,060
  • WpPart
    Parti 49
Dalam keluarga yang dihuni tujuh orang abang, Alya membesar sebagai satu-satunya bongsu perempuan dan sekaligus menjadi pusat perhatian, pusat kerisauan, dan pusat kasih yang tidak pernah surut. Setiap abang punya perangai dan cara sayang yang berbeza: Ada yang keras demi melindungi. Ada yang lembut untuk menenangkan. Ada yang lebih banyak memendam daripada berkata-kata. Di rumah ini, gaduh kecil adalah bahasa sayang. Jeritan dari dapur sampai ke ruang tamu adalah perkara biasa. Namun di sebalik tawa dan hiruk-pikuk itu, ada hati yang pernah retak. Ada luka yang tidak pernah diberi masa untuk sembuh. Dan Alya, si bongsu yang selalu dijaga, perlahan-lahan mula sedar bahawa abang-abangnya juga manusia yang boleh rapuh. Ini bukan kisah keluarga yang sempurna. Ini kisah tentang proses belajar menjadi penjaga. Tentang adik perempuan yang disayangi lebih daripada apa yang dia sedari...dan tujuh orang abang yang, satu demi satu, akhirnya belajar menjaga hati mereka sendiri. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.
Seindah Tujuh Warna Pelangi di EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    LETTURE 120,469
  • WpVote
    Voti 1,774
  • WpPart
    Parti 19
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan mengubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa! " Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?" - Andika " Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat" - Aira Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira "Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri." - Andika "Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan - Aira Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.
Jadikan Aku yang Terakhir di EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    LETTURE 20,345
  • WpVote
    Voti 740
  • WpPart
    Parti 22
Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur.Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz. Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar. " Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... syaratnya... jadi isteri abang nak?" - Reyhan "Ieee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja..Orang seriuslah!" - Aisyah Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa! "Awak tak patut libatkan Reyhan... apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia... Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah..." - Iskandar "Orang yang saya kenal selama ni, nama betul dia pun saya tak tahu! Saya tak tahu dengan siapa saya bercinta selama ni! Saya... Saya sambut hari lahir siapa? dan saya nak kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Aisyah atau Deniz?" -Reyhan