NapisahUtin's Reading List
4 stories
Aku Yang Salah [EDITING] by Nyctophiliatbh
Nyctophiliatbh
  • WpView
    Reads 205,738
  • WpVote
    Votes 3,588
  • WpPart
    Parts 74
𝐀𝐌𝐌𝐀𝐑 𝐙𝐔𝐇𝐀𝐘𝐑 - "Pembunuh macam kau tak layak untuk mengemis cinta dan kasih sayang dari aku. Kau yang patut mati bukan Irina. Mereka disatukan bukan atas cinta tetapi kerana dendam dan kebencian yang sudah lama membara dalam relung hati. Perkahwinan dia dambakan memberi kebahagiaan hanyalah satu jerat sengsara yang perlahan-perlahan membunuh jiwa. Bagaimana Ammar hendak menerima Hadeeqah sedangkan hatinya masih bertaut setia pada Irina. Sulit untuk melepaskan pemergian Irina dengan ikhlas. Umpama bersangka buruk pada suratan takdir yang telah merampas separuh nyawanya pergi. 𝐇𝐀𝐃𝐄𝐄𝐐𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐘𝐀𝐍𝐀 - "Sampaikan cinta awak kepada wanita yang akan bahagiakan awak selepas ini". Tanpa sedari hubungan mereka terlalu hancur dimana gadis itu terpaksa menerima segalanya. Bagaimana mungkin kita jatuh cinta namun tidak ditakdirkan untuk bersama kerana cinta itu tidak seharusnya memiliki. 📌My own idea 📌 No plagiarism 📌Rekaan semata-mata
Dia Amanah Buatku | 𝐂 by flowerryian
flowerryian
  • WpView
    Reads 245,371
  • WpVote
    Votes 10,169
  • WpPart
    Parts 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,425
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?
Yang Terlarang Itu Godaan by MrEzekiel79
MrEzekiel79
  • WpView
    Reads 302,303
  • WpVote
    Votes 3,063
  • WpPart
    Parts 40
"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardiana Anoura. "Atas nama CINTA, segala apa yang kulakukan hanyalah untukmu sayang. Hadirlah seribu bidadari, tetap engkau yang kumahu. Tanpamu aku 'mati'. Aku perlukan kesetiaan dan kecintaanmu untuk terus 'hidup'. Jangan kau khianati cinta suci ini. Andai ianya terjadi, maka luluhlah hatiku. Saat itu aku harus redha, namun melepaskanmu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin aku harus 'mati' agar tiada hati yang tersakiti." - Muzaffar Irsyad. Akan bahagiakah tiga hati, andai CINTA harus dibahagi? Disclaimer: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekiranya ada, ianya hanyalah suatu kebetulan sahaja. Sebuah cerita hasil kolaborasi bersama @MrsYurina