RosmalizaKamaruddin's Reading List
2 stories
#GHOST2 (Sequel #GHOST) by ZuraNovelis
ZuraNovelis
  • WpView
    Reads 2,039
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 11
"When a man's ego is bigger than himself, he is looking for destruction."~Ghost Setelah Kimi Rafael a.k.a Ghost mengambil keputusan untuk kembali ke dalam hidup Dr Daryn Areena, dia hanya khuatirkan kerjayanya yang akan membahayakan nyawa wanita itu. Sedikitpun tidak terlintas tentang kisah silam isterinya. Semuanya dirasakan sempurna, sehinggalah Ghost berjaya menghidu bahawa isterinya sering berjumpa dengan seorang usahawan sarang burung walet yang kacak, kaya dan berjaya, ketika dia sedang sibuk menyelesaikan misi penting lagi rahsia di Filipina. Untuk menghalang Ghost dari campur tangan, dia telah dihantar ke luar negara untuk melakukan pelbagai misi dan latihan. Tanpa pengetahuannya juga, Alpha Team diarahkan supaya 'melindungi' isterinya daripada Boss, seorang penjenayah yang dikehendaki PDRM. Diganggu lelaki kaya dan penjenayah , hatinya tidak tenang. Kendatipun penuh misi, Ghost telah pulang ke Malaysia. "Saya tak pernah lupakan janji kita, dan saya tak pernah lupakan awak." ~ Jeff. Jeffrey, ataupun Jeff, rupanya telah terselamat dari kemalangan ngeri dan telah pun berjaya sebagai seorang usahawan. Beberapa tahun di Hong Kong, dia pulang untuk menuntut haknya. Malangnya, kekasih hati telah menjadi milik orang lain. Jeff yang disangka telah mati, tampaknya masih hidup dan masih mengejar cintanya. Cinta Jeff, bukan sekadar cinta mengakar setia. Ia bersulam dendam dan obsesi. "I'm back to reclaim what is righfully mine. If I can't have you, no one can. No one will!" ~ Jeff. Cuba mengatasi rasa cemburu dan bimbang dengan rasional, Ghost memulakan siasatannya sendiri. Masih cuba untuk merahsiakan identiti sebenarnya, Ghost terpaksa keluar dari sarangnya demi isteri tercinta. "Aku tahu siapa kau."~ Jeff. "Aku tak buat kerja jenayah." ~ Ghost Ghost, lelaki misteri itu kembali lagi. Kali ini untuk menyelamatkan isteri dan perkahwinannya. Berjayakah dia? Adakah rahsianya masih kemas tersimpul? "I would swim a thousand miles to come and save you."~ Ghost
#GHOST by ZuraNovelis
ZuraNovelis
  • WpView
    Reads 2,716
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 9
Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru. If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself, you have to trust me ~ Ghost Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu? Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu... penuh kedukaan. Dia... diselubungi tanda tanya. ~ Dr Daryn Areena Misteri tentangnya tiada bernoktah. Siapa dia yang sebenarnya?