aisyahoon's Reading List
5 stories
Cinta Yang Telah Mati [ C ] by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 169,688
  • WpVote
    Votes 5,163
  • WpPart
    Parts 80
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,231,763
  • WpVote
    Votes 97,890
  • WpPart
    Parts 57
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,907,975
  • WpVote
    Votes 19,422
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Gelaran Isteri by Qlyyra
Qlyyra
  • WpView
    Reads 1,133,712
  • WpVote
    Votes 29,639
  • WpPart
    Parts 36
[ #2 in Romance ] "You are the one who decided to get married with me. So, welcome to the hell, sweetheart." -Edyan Naufal Menyesal. Itulah apa yang boleh dicop pada Umairah. Dirinya hanya ditemani air mata. Didera mental dan fizikal. Hati lelaki itu kering! Kejam! Langsung tiada hati perut. Apa salah dia? Dia hanya mahu dilindungi bukan menginginkan harta mahupun wang ringgit semata-mata. "Tuan saya merayu tolong jangan buat saya macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Memang salah saya. Saya mengaku." "Maaf kau tu tak mungkin boleh putarkan masa." Hari demi hari berlalu bersama tangisan. Menjadi isteri kepada Edyan Naufal hanyalah sebuah kesilapan. Umairah terjerat. Inikah pengorbanan yang perlu dihadapi untuk menyelamatkan nyawa insan yang tidak dikenali? "I'll save you with all the mess up. Please trust and believe me."- Daniel Haqiem Dapatkah gelaran itu bertahan dengan masjid yang dibina atas dasar taktik kotor atau pengakhirannya hanya sebuah kekecewaan? "Semoga awak melindungi saya dan gelaran itu. Forgive me." Pesanan ringkas penulis: [Cerita ni dituliskan pada tahun 2018 masa saya masih lagi remaja jadi sebarang ke tidak logikkan harap diabaikan termasuk dengan kesalahan ayat, bahasa dan grammar. Terima kasih. ]
Isteri Yang diBeli by SilaAbaikanAccIni
SilaAbaikanAccIni
  • WpView
    Reads 6,120,350
  • WpVote
    Votes 152,861
  • WpPart
    Parts 38
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginya, perempuan hanyalah tempat untuk dia puaskan nafsu. Petik sahaja jari, pasti wanita akan beratur untuk melayaninya. Dengan rupa dan harta yang ada, dia mampu membuatkan sesiapa sahaja tunduk hormat padanya. Ya! Dialah Adam Mikhail. Seorang lelaki berhati batu yang sentiasa mahu kehendaknya dipenuhi. Namun takpernah dia sangka yang dia akan dimalukan oleh seorang gadis kampung. Raihana Batrisya, cintanya ibarat dipijak-pijak oleh Taufiq apabila tunangnya itu sanggup 'menjualnya' pada Adam beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Dasar mata duitan! Sudahlah dia anak yatim piatu, dianiaya pula. Maruahnya hilang sebaik sahaja dia sah menjadi isteri Adam. Nama saja isteri, tapi layanan Adam terhadapnya adalah seteruk hamba. Raihana dijadikan tempat melempiaskan nafsu dan amarahnya sahaja. Akad yang terlafaz dengan dendam, Mahligai yang dibina dengan kebencian, Perkahwinan yang dihiasi dengan keperitan dan kesakitan, Mungkinkah masih ada sinar harapan? Start: 19 Oct 2016 End: 07 Dec 2016 Achievement: -1 in Random -2 Romance