MAFIA
3 stories
MR MAFIA MISS SPY by sweetyairin
sweetyairin
  • WpView
    Reads 670,331
  • WpVote
    Votes 34,609
  • WpPart
    Parts 81
status ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cukuplah tugasnya menjadi hobi tetapnya. Menjadi perisik rahsia bukan sesuatu yang mudah. Menyiasat, mencari dan membunuh sudah lali dengan kehidupannya. Misinya kali ini bukanlah biasa-biasa. Memusnahkan kumpulan mafia yang hebat dan handal, terlalu merisikokan dirinya. Tetapi siapa tahu, Riana tetap Riana. Tetap juga dihabiskan misi walaupun satu persatu insan istimewa dalam hidupnya pergi. Sedikit demi sedikit rasa semangatnya kian pudar. Ditambah pula masa hadapannya dicampur adukkan. Mampukah dia untuk bertahan? ARYAN HENDRIC LOUISE Jejaka dingin yang telah lama mendiami dunia gelap mafia. Satu persatu musuh dijatuhkan dengan mudah. Jika dia kata 'engkau' , maka 'engkau' lah mangsanya. Tidak pernah terlepas dan tidak pernah seorang pun selamat darinya. Pistol, jeritan, tembakan, raungan dan darah sudah sebati dalam dirinya. Pertemuannya dengan seorang gadis, seorang boss atasan syarikat yang perlu bekerjasama dengannya, membuatkan mereka berdua masuk ke dalam alam perkahwinan walaupun tempoh perkenalan mereka tidaklah lama. Tetapi demi keselamatan gadis itu, dia terpaksa walaupun hati tidak berkata cinta. Apakah benar cintanya untuk si gadis? Satu persatu rahsia terbongkar. Sedikit demi sedikit misi diselesaikan. Namun pengakhiran mereka tidaklah sama seperti yang mereka harapkan. Dan akhirnya mereka terpaksa berpisah. Persahabatan yang baru tercipta sudah goyah. Pertunangan yang baru terbina sudah putus. Tetapi kerana takdir yang ditetapkan, mereka bertemu dengan satu sasaran dan musuh yang sama. Demi sebuah keamanan dan kebahagian, mereka bekerjasama. Kerana dendam mereka diburu. Kerana sayang mereka memburu. Bagaimana jalan kisah mereka seterusnya?
The Chosen One by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,206,930
  • WpVote
    Votes 62,422
  • WpPart
    Parts 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.
I'm A Fighter! by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,009,272
  • WpVote
    Votes 55,217
  • WpPart
    Parts 79
Siri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia membuatkan harinya semakin menarik tanpa sebarang kekacauan. Namun, segala-galanya bertukar haru-biru semenjak berjumpa dengan seorang lelaki tua gatal nak mampus. "What the...Hoi! Tak guna punya orang tua! Kau nak curi dompet aku ye?!" -Liah "Amboi, sesedap tekak badak kau je nak tuduh aki aku!" Takiya Genji. "Kau tahu aku ni sape? Aku polis! Aku boleh tangkap kau bila-bila masa yang aku nak!" Liah. Berjumpa dengan seorang lelaki daripada Jepun tetapi fasih berbahasa melayu membuatkan hidup Tengku Nurfaiza tiba-tiba menjadi malang. "Mummy, please wake up! Dia tu cuma penjual ikan! Lagipun aki dia tu gatal nak mampus! Dahlah gigi warna hitam! Rongak pulak tu! Faiza tak nak kahwin!" -Tengku Nurfaiza. Apakah sebab si cantik manis itu harus berkahwin dengan Takiya Genji? "Sedarlah sikit. Kau tu tengah tinggal kat rumah aku. Hanya menumpang!" -Takiya Genji. Dipaksa tinggal bersama lelaki yang tak setarafnya, memang menyakitkan hati! Ada sahaja cara mereka untuk bergaduh. "Kau ingat aku ni orang gaji kau? Dahlah rumah macam pondok! Tandas takde flush! Pintu nak roboh! Kau tinggal kat mana ni? Elok tinggal kat gua aje." - Tengku Nurfaiza. "Kau tahu tak apa perbezaan kau dengan sampah? Hmmm..takde! Sama-sama buruk! Busuk pulak tu! "-Takiya Genji. Tanpa disedari oleh pasangan tersebut, mereka tak tahu bahawa masing-masing memendam perasaan cinta. Setelah semuanya diluahkan, Tengku Nurfaiza dapat tahu bahawa Takiya Genji bukanlah seorang penjual ikan melainkan seorang lelaki yang amat dikenalinya daripada Jepun. Apakah sebab Takiya Genji pergi ke Malaysia? Adakah pertemuannya bersama gadis itu hanyalah sebuah kebetulan atau dirancang? "Aku bukan lelaki yang kau sangkakan."-Takiya Genji. Comedy+ Romance+ Action.