We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Fav 2.0 ✔
4 stories
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 672,460
  • WpVote
    Votes 25,075
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Tengku Farrel's Dark Obsession (C) by LifeSlave
LifeSlave
  • WpView
    Reads 4,014,211
  • WpVote
    Votes 99,193
  • WpPart
    Parts 90
A Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel Fahrezzi yang penuh obsesi dan posesif dalam mendapatkan kembali cinta pertamanya itu. Status: complete Garis masa: Tarikh mula: 15 Jun 2022 Tarikh tamat: 13 Januari 2023 WARNING ALERT: THIS STORY MAY CONTAIN: ✅ Cliche storyline ✅ Harsh words ✅ some 18+/ Adult content/Uncensored scene ✅ Red Flag Hero ✅ Konflik berat ✅ some adaptations from movie. Read at your own risk ⛔️ All Rights Reserved by @LifeSlave
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 4,929,797
  • WpVote
    Votes 94,248
  • WpPart
    Parts 85
Sequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan anak aku! Lagipun kau dah lupa, aku yang beli kau? Hmm? Jadi kau sepatutnya patuh dengan setiap arahan aku!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 𝐐𝐇𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐄, gadis yatim piatu berusia 18 tahun yang dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Saban hari dia diseksa, dicaci, dicemuh dan bapa saudara serta sepupu lelakinyanya juga sudah hampir beberapa kali cuba untuk meragut kesuciannya. Dek kerana bebanan hutang dan rasa benci kepada gadis polos itu, Aisya Qhaisarah Rose dijual demi melunaskan hutang mereka sekeluarga. 𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐅𝐈𝐐 𝐙𝐀𝐘𝐘𝐇𝐃𝐈𝐓𝐇, sebaris nama yang sangat digeruni di dalam dunia perniagaan dan di dalam dunia pembunuhan. Jejaka berusia 25 tahun yang memiliki sifat kejam dan panas baran. Tampan dan kaya namun tidak berperikemanusiaan. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang dicintai olehnya. Gadis yang menjadi pilihan hatinya namun dibantah keras oleh keluarganya. Bertemu dengan Aisya Qhaisarah Rose yang dijadikan pelacur di sebuah kelab malam yang terkenal. Dia bertekad mahu membeli gadis sunti itu dan dibawa pulang ke 'istananya'. Disangkakan jejaka itu penyelamatnya, namun hanya tubuhnya sahaja yang diingini oleh jejaka itu. Kerana tidak tahan menanggung dosa, Aisya Qhaisarah Rose meminta agar dia dinikahi dan jejaka itu bersetuju tetapi dengan syarat, perkahwinan itu menjadi rahsia. Dijadikan isteri namun dilayan tidak ubah seperti seorang perempuan simpanan. "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,963,318
  • WpVote
    Votes 98,106
  • WpPart
    Parts 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir. Nama aku Azierah Farisha dan korang semua boleh panggil aku Rafa. Mahu tahu dengan siapa aku bercinta? Erm.. nama dia Syed Hanaqi Faliq bin Syed Hadi Hamdan. Dari nama pun mesti ramai dapat bayangkan rupanya itu bagaimana kan? Aku fikirkan hubungan kami akan berpanjangan sampai ke pelamin namun nampaknya.. Tuhan berkehendakkan yang lain. Tak hujan, tak guruh pun.. aku dapat berita yang dia telah bertunang dengan perempuan lain. Waktu itu.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecainya perasaan aku waktu itu. Lepas itu, ada seorang mamat ni offer aku satu benda yang tak terlintas dek akal warasku. 'Saya dengar awak dah putus. Jom couple dengan saya.'-Mr. Burn. Paling gila bila aku kata.. 'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!'-aku. Aku tak serius pun dengan apa yang aku cakapkan itu. Main-main ajepun tapi tak sangat ayat aku itu buatkan si Mr. Burn itu nekad nak ambil aku jadi bini dia. 'I really want you, Rafa.'-Mr. Burn yang now I called Mr. Husband. ...