Hero
4 stories
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 414,323
  • WpVote
    Votes 22,849
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Arjuna Hatiku | C by MiracleQie_
MiracleQie_
  • WpView
    Reads 693,242
  • WpVote
    Votes 20,445
  • WpPart
    Parts 75
[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi benci... "Opss, maafkan saya encik." - Intan Zulaikha "Hey, tak nampak jalan ke?" - Hafiz Rafael Mereka pernah saling cinta, namun cinta yang terbina diikat tanpa restu. Belum sempat mengecap bahagia musibah pula datang menimpa. Mampukah sisa cinta semalam bertahan hingga ke akhirnya ? Antara kenangan dan masa depan yang mana satu pilihan hati Intan Zulaikha? Kehadiran Iqbal Shafique dalam hari-hari mendatang dalam hidup Intan Zulaikha lain pula ceritanya, mamat sewel yang tak padan langsung dengan tittle Leftenan Jeneral Airforce TUDM namun selalu menyakitkan hatinya. Sungguh dia pening dalam pilihan, yang kanan macam CatDog, yang kiri macam magnet! "Tajam tak?" - Iqbal Shafique "You ni penakut jarum ke? Jet pejuang yang besar tu boleh pulak bawak, jarum yang kecik ni pun you takut!" - Intan Zulaikha ..tapi aku lupa yang orang kata lagi, kalau kita terlampau benci dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi sayang.. "Jangan nak berdrama kat sini, kan saya dah cakap yang sekali saya sayang, sampai bila-bila pun sayang! " -Intan Zulaikha Siapakah arjuna yang bertakhta di dalam hati Intan Zulaikha? Start : 5 October 2018 End : 28 Jun 2019
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,556,153
  • WpVote
    Votes 340,723
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘