sna03__'s Reading List
6 stories
Suamiku Si Duda Bengis by Ezther92
Ezther92
  • WpView
    Reads 300,985
  • WpVote
    Votes 6,078
  • WpPart
    Parts 25
Perkahwinan Amna Safiyyah dan Muhammad Ariq Zayyan tidak pernah diduga. Perkahwinan mereka merupakan wasiat terakhir Dato' Johan yang harus ditunaikan demi menghormati erti sebuah persahabatan. Ketika itu Amna Safiyyah baru sahaja berusia 20 tahun manakala Zayyan berusia 34 tahun. Zayyan menikahi Amna atas kehendak keluarga. Sebelum ini, Zayyan pernah berkahwin namun perkahwinan itu tidak panjang dan bercerai. Saat cinta Amna dan Zayyan mula berputik, kehadiran Tengku Diyana Awliya iaitu bekas isteri Zayyan telah mencetus pelbagai konflik dalam rumahtangga Amna dan Zayyan. Dia berusaha untuk menagih kembali cinta Zayyan dan ingin kembali ke pangkuan Zayyan. Pada masa yang sama, Zayyan pula masih menaruh perasaan cinta pada bekas isterinya. Amna pula berusaha untuk meraih cinta dari Zayyan namun pelbagai konflik berlaku. " Abang... Amna tahu Amna tak sempurna tapi cinta Amna pada abang tak pernah berubah. Kalau abang masih cintakan Kak Diyana, Amna redha. Asalkan abang bahagia."- Amna Safiyyah " Tolong bagi saya ruang. Please ! Tolong biarkan saya bersendirian. Awak tak boleh paksa saya untuk lupakan Diyana. Jangan lupa yang Diyana pernah wujud dalam hidup saya sebelum awak !"-Muhammad Ariq Zayyan " You rasa you mampu ke nak bahagiakan Muhammad Ariq Zayyan tu ?! Jangan lupa yang I adalah orang pertama dalam hidup Zayyan sebelum you kawin dengan dia ! Dia takkan cintakan you seperti mana dia cintakan I ! "-Tengku Diyana Awliya Mampukah Amna mempertahankan cinta yang sedang berputik untuk suaminya ? Atau Amna akan mengundur diri demi kebahagiaan suaminya.
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,529,046
  • WpVote
    Votes 256,955
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Istimewa Kasih Sayangmu [Complete] by mrdhya_
mrdhya_
  • WpView
    Reads 1,193,334
  • WpVote
    Votes 28,087
  • WpPart
    Parts 87
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang gadis muda dan seorang duda telah mewujudkan suatu tanggapan yang tidak disangka. Mardiah yang lembut hatinya tersentuh akan seorang bayi kecil yang sudah kehilangan ibunya. Bukan insan itu sahaja,malah bayi itu juga turut kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehadiran Mardiah yang sudi menjadi ibu susuan bayi itu telah mendapat perhatian sang duda,iaitu bapa bayi itu. Azrell mula jatuh hati akan kasih sayang Mardiah terhadap anaknya,Qaysara. Disebabkan oleh amanah Arwah Syazira dan kasih daripada Mardiah, Azrell mengambil keputusan untuk menikahi Mardiah Hampir saja lamaran Azrell ditolak oleh kerana Mardiah masih belum bersedia untuk bersuami. Namun,saat Azrell menawarkan penjualan sebuah kafe yang amat Mardiah idamkan, gadis itu mulai setuju akan syarat Azrell iaitu mengahwini dirinya. "Encik Az, saya kahwin dengan Encik Az pun sebab Sara bukan sebab saya ada hati dengan Encik Az. " - Nur Mardiah "Tapi saya nak awak kahwin dengan saya sebab kasih sayang awak terhadap anak saya walaupun bukan pada saya. Saya akan terimanya. "- Azrell Ameer Memang tidak dapat dinafikan, Mardiah yang dulu buta pada cinta akhirnya tenggelam juga dek kerana penangan cinta majikannya yang sudah bergelar suaminya yang sah. "Mar, selama ini saya buat semua kemahuan awak sebab saya cintakan awak. Tapi, ini yang awak balas pada saya dengan cara kahwin dengan lelaki lain. " - Haykarl Mardiah diuji dengan banyak masalah yang menimpanya. Haykarl yang menagih cinta darinya membuatkan fikirannya jadi kusut dengan Azrell yang sudah hilang kepercayaan kasih sayang darinya. Semua orang yang dia harapkan selama ini lenyap dalam sekelip mata tanpa dia duga. Adakah Azrell akan mempercayai semua penjelasan Mardiah setelah apa yang terjadi?Dan adakah Haykarl tetap akan menanti cintanya pada Mardiah selama ini?. p/s: Cover by @Nraalalaa
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,186,965
  • WpVote
    Votes 74,332
  • WpPart
    Parts 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedik minatkan artis itu. Aku? Pfft.. mana layan artis-artis ni. Sibuk jaga kain diri sendiri sudah lah. Huzryle Khayril atau nama glamornya 'Ryle' merupakan artis yang sudah dua kali menjulang anugerah pelakon lelaki terbaik. Digilai ramai malah turut menjadi pujaan ramai gadis. Kerana popularitinya itu, Ryle jadi lelaki yang angkuh.. Depan kamera, dia tayang senyum.. belakang kamera, belangnya ditunjuk. Satu pertemuan yang terjadi antara mereka membawa kepada episod pertemuan yang seterusnya. Sehinggalah, pertemuan terakhir antara mereka menimbulkan masalah paling besar dalam hidup Ryle dan juga Aysara. 'Kau jebakkan aku dalam masalah ni kan?.. huh, Puas?!'-Ryle. 'Saya tak suka awak lah! Kalau boleh, saya pun tak nak terlibat dalam masalah ni!!!!'-Aysara. 'Tak guna! Macam mana benda ni boleh jadi?!'-Kuza. Bila benci itu boleh tumbuh menjadi cinta, tak ada siapa mampu mengubahnya. Romance 2018
Hadirnya Cinta by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 2,179,010
  • WpVote
    Votes 59,168
  • WpPart
    Parts 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat mana-mana universiti. Apa yang aku tahu aku nak kerja je. Nak menambahkan duit poket yang sedia kosong ni. Nampak je aku ni macam baik tapi sebenarnya aku tak baik mana pun. Tapi, hidup aku mula haru-biru bila terjumpa balik dengan si sengal Aryan ni. Memang menyesakkan hidup aku. Aku tak sangka pulak yang baby Dania adalah anak dia. -Airis Afina. Selepas kehilangan isteri aku, aku tak terfikir langsung nak cari mana-mana perempuan untuk dijadikan pengganti kepada isteri aku. Aku tak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Cukuplah aku dah kehilangan isteri aku di saat dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak aku ke dunia ni. Pengorbanan dia tak mampu dibalas. Aku rasa lebih baik aku membujang sampai bila-bila dan menjaga Dania dengan penuh kasih-sayang. Tapi, aku tahu kasih-sayang aku saja tak cukup. Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu. Tapi, aku malas nak ambik tahu sebab aku tahu ada aku pun dah mencukupi. Tapi, kenyataan aku salah sama sekali apabila aku berjumpa dengan Airis. Ada sesuatu pada diri Airis yang membuatkan aku terima dia dalam hidup aku. -Aryan Ezzriq "Oh...Nur Aqira Dania ni anak dia rupanya..." ~Airis Afina. "Tak sangka pulak aku yang dia jadi babysitter dekat nursery ni..." ~Aryan Ezzriq. Semakin Airis cuba mengelak dari berjumpa dengan Aryan, makin kerap mereka bertemu. Tidak kiralah di mana sahaja, pasti Airis akan bertembung dengan lelaki itu. Lari macam mana sekalipun, tetap akan berjumpa. "Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau je!" ~Airis Afina. "Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?" ~Aryan Ezzriq. ©Highest ranking #5 in romance (13/4/2018)
Aku Pilih Ketua Penyamun (COMPLETE ✔️) by RabbLauren
RabbLauren
  • WpView
    Reads 457,458
  • WpVote
    Votes 15,374
  • WpPart
    Parts 54
SEORANG KETUA PENYAMUN tangkap cintan dengan BUDAK HYPER ACTIVE YANG COMEL? Pffft! Tak kena lansung! Namun..macam mana cinta boleh berputik?... Ya dia penyamun, Ketua penyangak Hidup macam apa saja... Tak.minta pun nak jadi macam ni. Tapi perasaan tak boleh nak tahan kalau dah jatuh suka dengan mulut murai ni... Andra,kau buat aku gila! - Ariq Naiq Gila ke apa?! Drastik gila! Nak kahwin terus ke??? Makkk Andra bakal jadi isteri Gengter ketua penyangak mak...Tolong!!! - Andra