Miss_LilyZahra's Reading List
3 stories
Dear Dictator [Completed] ✓ by elviraeth
elviraeth
  • WpView
    Reads 327,860
  • WpVote
    Votes 4,972
  • WpPart
    Parts 84
[KARYA KEDUA] Antara dendam dan kasih yang tak diundang, mampukah dua hati yang pernah hancur menemui erti cinta semula?
UGLY DUCKLING by Hawa_Eve
Hawa_Eve
  • WpView
    Reads 56,406
  • WpVote
    Votes 7,800
  • WpPart
    Parts 33
"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster. Itulah dirinya.. Muhammad Eesa. Kejian dan hinaan, seolah sudah sebati dengan dirinya. Ada pandangan kasihan, simpati.. tapi dia tahu, hanya dengan itu saja tidak cukup untuk membuat mereka menerima keadaan dirinya seadanya. Manusia terlalu mementingkan rupa. dia tahu itu. Tapi tidak bagi sigadis.. yang mengagumi si jejaka. hanya dia yang melihat Eesa dengan pandangan kekaguman. Si gadis yang digelar puteri mengagumi jejaka yang digelar raksasa. "Dia tak cacat! Dia tak hodoh! Dia bukan monster! Dia hero. Dia selamatkan Poetry."- Poetry Sakeenah Orang kata cinta itu buta.. Tidak, cinta tidak buta. Manusia yang buta kerana tidak melihat menggunakan mata hati. Ini bukan cerita dongeng Beauty and the Beast. Ini kisah Poetry and The Ugly Duckling. ******** Kasih yang dipupuk sejak kecil, tidak akan selamanya menjadi cinta. Jarak dan masa menjadi pemisah. Hati dan ingatan tak pernah juga berubah. Masa dewasa mempertemukan mereka kembali. Tapi tidak seindah dongeng dimalam hari. Dimana sang puteri dan sang hero bertemu lalu cinta dan bahagia mengakhiri. Jauh berbeza sekali. "Bila dua hati bertemu dan terpaut, tidak semestinya terus diakhiri dengan percintaan.." "A..ap..apa?" "Kerana ada perkara yang lebih penting dari itu.."
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,159
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!